“Hitam..Dah Jangan Sedih-sedih”-Nazir Masjid ‘Pujuk’ Lembu Korban Menangis, Ramai Tersentuh Hati!

Share

Bersempena Hari Raya Aidiladha, ibadah korban dilaksanakan di pelbagai tempat dan tentunya ada pelbagai kisah yang dikongsikan di media sosial. Salah satunya yang viral adalah mengenai perkongsian video daripada Shukri yang juga merupakan Nazir Masjid Felda Bukit Cherakah selepas dia memuat naik video Hitam iaitu seekor lembu yang mengalirkan air mata.

“Hitam…dah…jangan sedih-sedih…jangan sedih-sedih ya…Insya-Allah kita jumpa dekat sana nanti..,” kata Shukri Zainal ketika ‘memujuk’ lembu peliharaannya yang digelar Hitam apabila terlihat lembu korbannya itu  mengalirkan air mata.

Perkongsian video dimuat naik semalam itu membuatkan ramai beranggapan bahawa Hitam bersedih kerana akan dikorbankan  sempena Aidiladha.

Pada kapsyen video berkenaan, Shukri menyatakan ‘Qurbankan apa yang kita sayang’ dengan emoji sedih.

@shukzainal22 Qurban kan apa yang kita sayang 🥺 #masjidfbc #fyp #aiduladha #nakalbutberakal #nazirmuda ♬ Instrumen Sholawat Sedih

Menerusi hantaran berasingan, Shukri turut memuat naik video kenangannya bersama Hitam.

“Qurban yang terbaik adalah qurban apa yang kita sayang. Semoga Allah terima amalan kita,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya memahami perasaan Shukri dan turut meluahkan kesedihan mereka selepas menonton video berkenaan.

“Dulu masa korban lembu, lembu tu g tgk kawan dia kena sembelih..nampak air mata dia laju sgt turun. aku plak yg jiwa halus pun bergenang air mata tgk,” kongsi Shanana Ann

“Dia tau yg dia akan brtmu dgn penciptanya namun dia juga syg dgn tuannya,” tulis yang lain pula.

“Antara pngorbanan yg trbesar bila blajar mngikhlaskn & melepaskan ssuatu yg disyg dijlan Allah . slamat jalan Tam,” tulis Hakak Ninja sayu.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club