Penyanyi terkenal yang mula menciopta nama pada tahun 1980-an, Dato’ Hj. Mohd Nasir bin Abd. Wahab atau lebih popular dengan nama Nassier Wahab disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 57 tahun.
Hal ini telah dikongsikan oleh rakan bidang seni, Fauziah Ahmad Daud, Ezzad Lazim dan beberapa kenalan lain di akaun media sosial mereka.
Di dalam perkongsian oleh .Berita Harian Online, menurut pembantu peribadinya, Ariff Salim memberitahu, Allahyarham pergi dalam keadaan mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 malam tadi.
"Seperti semua sedia maklum, arwah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.
"Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.
"Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 pagi, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada,” katanya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.
Nassier yang memulakan karier sejak era 1980-an, berasal dari Pulau Pinang dan aktif menyanyi serta berlakon. Antara lagu popular Allahyarham adalah Sekali Aku Jatuh Cinta, Undangan Rindu dan Memori Cinta Luka.
Ads
Pada 1988, Nassier merakamkan lagu duet Susah Senang Kita Bersama dengan Ramlah Ram. Nassier turut menyertai musim kedua Gegar Vaganza (GV) hingga ke pentas akhir pada 2015 dan mendapat tempat keempat.
Pada 15 Julai lalu, BH Online melaporkan Nassier menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di sebuah pusat perubatan, di sini.
Ads
Ariff dilaporkan berkata, ketumbuhan itu mula dikesan selepas Nassier menjalani prosedur mencabut gigi, beberapa tahun lalu.
Sejak itu, Nassier dilaporkan kerap sakit gusi dan bergantung kepada ubat tahan sakit. Namun, apabila kesakitan itu berulang, penyanyi itu membuat pemeriksaan rapi dan doktor mendapati ada ketumbuhan kecil pada bahagian berkenaan.
Ads
Ketika laporan itu disiarkan, keadaan kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu semakin baik, malah sudah boleh makan seperti biasa tanpa bergantung kepada tiub.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar kepada industri muzik.
Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah dalam kenyataannya kepada BH memberitahu, kepimpinan tertinggi dan ahli SENIMAN meratapi pemergian Nassier dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang tidak dinafikan nak bina rumah tangga bahagia bukan mudah. Sudah tentu ada onak dan duri.
Ada pasangan yang dahulunya bahagia tapi disebabkan sikap yang mudah kesian kepada orang luar boleh menjadi cetusan kepada kemusnahan rumahtangga.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan seorang doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal dalam coretan berkongsi kisah benar seorang rakannya.
Beliau menasihat lelaki yang sudah bergelar suami, jangan mengamalkan sikap kesian kepada wanita lain selain daripada ibu atau isteri supaya dapat kekalkan kebahagian keluarga.
Ada seorang kawan lelaki saya ni kata dia kasihan dengan seorang wanita ni.
Terus tegak bulu roma saya. Meremang rasanya sampai ke tengkuk ni.
Dalam banyak-banyak rasa kasihan ni, jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita selain dari isteri dan mak kita sendiri.
Kasihan dia kerja susah, kasihan dia duduk jauh, simpati dia ada masalah rumah tangga, simpati dia baru bercerai, kasihan dia anak yatim. Semua orang pun ada masalah hidup.
Kalau nak rasa kasihan pada wanita lain, fikir dulu kita ni dah cukup kasihankan isteri sendiri ke belum.
Dia buat kerja rumah, penat lelah dia, pengorbanan dia siang malam, ini yang patut kita sayang-sayangkan.
Hanya mak dan isteri kita saja yang layak dapat rasa kasihan dari seorang lelaki bernama suami ni.
Yang lain dari tu, kita simpan saja rasa kasihan tu. Dari rasa kasihan tu lah, timbul rasa suka yang tak sepatutnya. Asalnya nak tolong, lama-lama jadi lain.
Biarlah kawan-kawan perempuan yang bantu. Kita doakan pun dah lebih dari cukup.
Kemiskinan hidup tidak menjadi halangan kepada anak ini untuk berjaya dalam hidup. Kisah seorang pelajar cemerlang, Abdul Manaf Abdul Aziz, 18 dari Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dengan memperoleh 10A yang sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa beberapa agensi kerajaan dan swasta telah mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee bin Malik.
Melalui perkongsian di laman facebook Menteri Pendidikan,Dr Maszlee Malik menyatakan kisah pelajar berkenaan telah mendapat perhatian daripada pihaknya. Semoga impian adik ini bergelar seorang doktor pakar dalam bidang otak dan saraf tercapai suatu hari nanti. Serta dapat membela nasib keluarga yang hidup serba kekurangan.
Kisah adik Abdul Manaf Abdul Aziz yang datang dari keluarga kurang berkemampuan tetapi mendapat keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah mendapat perhatian ramai pihak.
Saya mendapat maklumat mengenai adik Abdul Manaf pada Ahad (31 Mac 2019) dan semalam saya telah menghantar pegawai saya ke Pekan, Pahang untuk melihat sendiri keadaan adik Abdul Manaf dan keluarganya.
Biasiswa
Saya sedih mendengar cerita adik Abdul Manaf. Ibunya sudah meninggal dunia pada tahun lalu dan ayahnya cuma bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu namun di sebalik semua halangan berkenaan beliau berjaya membesarkan anaknya menjadi insan yang berilmu.
Saya difahamkan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengemukakan surat tawaran bersyarat kepada adik Abdul Manaf untuk memasuki Pusat Asasi UIAM.
Dalam masa sama beberapa pihak juga sudah berhubung untuk memberikan biasiswa.
Adik Abdul Manaf akan diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan laluan khas untuk golongan B40 dan saya mendoakan adik Abdul Manaf menggunakan segala ruang dan peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor.
Tahukah anda, anak yang sentiasa berkelakuan meragam, mengamuk dan pelbagai lagi sikap yang pada pandangan mata kita sebagai orang tuanya sentiasa bermasalah, adalah hakikatnya terjadi berpunca daripada kita sebagai orang tuanya.
Perkaitan ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari. Diharap selepas ini, kita lebih bijak memainkan peranan sebagai ibu ayah. Jom semak.
Kita selalu je terlupa nak tinggalkan emosi yang tengah berserabut tu kat luar pintu rumah.
Lepas tu mulalah sibuk duk rasa pelik, rasa bingung dan tertanya-tanya,
“Kenapalah anak aku ni suka sangat meragam, menangis dan mengamuk tak tentu pasal…”
Rupanya kalau kita periksa betul-betul, anak kita tu cuma terkesan dengan emosi kita sendiri.
Boleh jadi si ayah tak sengaja tertengking si kecil tu sebab dah penat sangat dengan rutin kat tempat kerja.
Boleh jadi mak pulak tak sengaja marah-marah sebab minda dah berserabut seharian mengurus hal rumah. Kadang tu tak sedar emosi berterabur disebabkan efek Pre-Menstrual Syndrome (PMS) nya.
Boleh jadi jugak dua-dua terlupa nak bertenang dan buang jauh-jauh stress dari tempat kerja sebelum melangkah masuk ke rumah.
Bila dah macam tu mata kita pun asyik nampak si anak tu bermasalah, selalu duk buat perangai pelik-pelik. Padahal dia jadi macam tu efek dari emosi kita yang tak terurus tadi. Kesian sangat kat si kecil tu.
Sebab tu benda paling penting sebenarnya kita kena usaha untuk belajar tenangkan diri dan kawal emosi kita ni dulu sebab anak kita pun akan belajar bertenang bila dia dapat rasakan ketenangan tu dari mak ayah dia sendiri.
Tolong kongsikan ilmu penting ni dengan pasangan kita ye demi kebaikan keluarga kita sendiri jugak.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.