Perkhabaran duka. Hilang satu lagi permata yang mendidik kita tentang agama. Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Menurut EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah.
Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Ads
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian paru-paru.
Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Ads
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
Ads
“Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan As-Sobirin, pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak didik anak ini memang mencabar lebih lagi bila anak semakin membesar. Bila bagi nasihat atau tegur asyik tak dengar kata.
Oleh sebab itu, si ibu akan membebel hinggakan ada anak terutama remaja menyatakan ibunya membebel hampir 24 jam sehari walhal si ibu sekadar mahu menasihati serta membetulkan apa yang salah.
Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anaknya namun ia sering disalah erti.
Namun apabila ayah mula masuk campur dalam mendidik, terus anak angkat muka dan patuh pada arahan. Bahkan sepatah teguran ayah terus didengar! Hakikatnya cara ayah mudah untuk anak mendengar kata berbanding ibu.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ada benarnya. Ikuti pandangan beliau mengenai hal ini.
Mohd Fhais Salim bersama ana-anaknya
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita. Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Impak yang positif
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak. Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap orang, biarlah kecil pun janji dibeli dengan titik peluh sendiri.
Bagi yang suka menghias, inilah masanya nak tunjukkan skill atau bakat,ada yang gemarkan perhiasan sarat tak kurang yang menyukai tema simple tetapi sedap mata memandang.
Demikian juga dengan pemilik kediaman ini. Biarpun kediaman sederhana kecil, namun atur letak dan pemilihan perabut membuatkan ruang di dalamnya cukup menarik mata memandang.
Perkongsian idea rumah kemas Dan selesa 😍😍Alhamdulillah…walau rumah kami saiznya “halusss” je, syukur seadanya. Asal kemas, teratur dan bersih.
Setiap ruang di dalam rumah ini pasti terselit pokok yang ‘menghidupkan’ suasana.Ruang menonton dengan konsep yang simple tetapi tetap kemas tersusun.
Itu dah buat rasa tenang dan aman. Raya tahun ni semuanya recycle. Takde upgrade apa2 pun. Hanya tambah penyeri “real live plant” je dlm rumah. 😁❤️
lampu penyeri ruang dapur. Ringkas tetapi menarik mata memandang.Inilah pokok-pokok yang tersusun kemas di salah satu sudut kediaman.
Bagi ibu yang sedang menanti saat kehamilan tentu berdebar menanti tempoh itu. Salah satu hal yang membimbangkan adalah ada segelintir ibu bimbang apabila bersalin cara mengejut.
Sudah pasti kenangan tak boleh lupa. Bahkan, ada juga yang akan menjadi ‘bidan terjun’ apabila berada di lokasi yang berdekat. Tentu cemas dibuatnya!
Begitulah detik cemas yang dikongsi oleh seorang guru yang melalui pengalaman yang sama apabila rakan sekerjanya secara mengejut di sekolah.
Kisah itu dipaparkan di facebook milik, Norazura Zikir yang tidak menyangkan akan melalui situasi itu.
Pengalaman berharga n takkan dpat lupa sampai bila2 hari ni buat semua warga SK Rantau Panjang,Masjid Tanah Melaka.
Jadi bidan terjun beramai2 sambut ppm sis bersalin kat kelas prasekolah sis Sis punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm sis bgtau dia rasa macam nak bersalin….trus lari naik pjbat minta kerani call 999.
Tidak sempat ambulan sampai, guru berkenaan telah melahirkan bayi.
“Sementara tunggu ambulan..ppm sis dah jerit2 tak tahan sakit…lpas tu air ketuban plak dah pecah….memang xbleh tunggu dah ni…dia kata baby nak kluar sangat dah….berlari sis n cikgu lain tanya satu skolah sape bleh sambut baby….sis tak berani.
Mujur ada makcik guard n PT sis yg cool ni tolong…sis dduk sbelah bantu. Memang brdebar bila tgok kpala baby dah keluar…mintak ppm try push Alhamdulillah mudah sgt baby kluar.
Tunggu ambulan n nurse sampai utk potong tali pusat n kluarkn uri…kami mandikan n cuci baby dengan pemantauan nurse..pakai je besen apa yg ada.
Puas pujuk baby kluar kat hospital tp dia nak jgak kt surat branak tulis tempat lahir SK Rantau Panjang☺️…..tak sabar nak gi skolah…smoga membersar jd ank yang pandai…we love u baby….
ramai mak2 angkat yg sambut dia hehe…cikgu2 lelaki n gbsar pun kalut satu skolah dh mcm bini diorg nk branak hehe….sume x sabar nk tgok baby…Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni. Alhamdulillah yg penting bagi kami baby n mummy dia selamat….syukur Ya Allah
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.