Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, timun, ulam-ulaman, kacang panjang dan beberapa sayuran lain semua sudah maklum memang kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh.
Pun begitu, untuk pastikan khasiat dan kebaikkan sayuran ini dapat diserap sepenuhnya, hal mencuci sayur-sayur telah menjadi antara perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh ibu-ibu bagi memastikan hidangan yang dimasak adalah selamat dan bebas daripada bahan-bahan kimia dan seumpamanya.
Untuk itu, ketahui cara mencuci sayur brokoli dengan lebih mudah dan selamat. Ini memandangkan jika ada yang perasan, kebiasaannya jika diteliti pasti ada warna-warna putih pada bahagian atas brokoli seakan lilin.
Melalui perkongsian Puan Salmy Saznira, rupanya dia ada cara untuk menghilangkan dan mencuci sayur brokoli agar lebih selamat untuk dimakan.
Dulu kakmie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.
Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu.
Ada perasan tak?
Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ.
Tu la kakmie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.
Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.
Bahan-bahannya:
Cuka (kakmie guna cuka epal)
Garam (kakmie guna garam himalaya pink)
Air bersih
Cara-caranya :
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. InsyaAllah.
Dan ini hasil ujikaji yang dilakukan sendiri oleh Puan Salmy atau lebih mesra disapa KakMie
– Brokoli (kiri) sebelum direndam.
– Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli-(Racun lilin dah hilang).