Hilangkan Stress & Jalani Hidup Lebih Tenang Bila Buat Perkara Ni!

Share

Cabaran hidup masa kini boleh dikatakan memang hebat dan andai seseorang itu gagal mengurus emosi, bimbang akan menyebabkan stress berpanjangan dan akhirnya memudaratkan diri sendiri.

Mengelakkan semua yang tidak diingini terjadi pada diri kesan akibat daripada stress melampau yang dirasai, wajar untuk kita mencari solusi untuk melegakan bebanan difikiran dengan menjalani kehidupan berkeluarga yang menenangkan.

Soalnya, bagaimana caranya?

Sekiranya tidak tahu cara untuk membuatkan diri berasa tenang, di sini dikongsikan perkara perlu buat sebagaimana yang diamalkan oleh Siti Aminah Sulaiman ini. Jom semak.

Wajib buat 4 perkara ni jika rasa ada tanda stress melampau pada diri. Kalau yang ada depression, anxiety ,panic attack tu SANGAT digalakkan cuba tips ni

Izinkan saya berkongsi sedikit amalan saya :

1) ZIKIR PAGI

Setiap hari Rasulullah saw akan menghidupkan pagi Baginda dengan memuji zat Allah. Kompilasi zikir pagi yang Rasulullah baca ada dalam Hisnul Muslim (boleh Google untuk download)

Jangan hanya baca saja tapi fahamkan makna dia sekali. Ada beza dari segi emosi bila baca tak faham dengan baca berserta kefahaman. Dicadangkan lepas solat subuh terus baca zikir ni. Tak banyak pun, dalam 15 minit siap!

Banyaknya content zikir ni ialah pujian pada Allah,janji kita tidak syirik padaNya dan mohon petunjuk dalam menghadapi hari yang baru.

2) JALAN BAWAH MATAHARI

Keluar dari rumah.. buat aktiviti luar rumah walaupun simple seperti menyapu. Matahari pagi ni banyak manfaat especially untuk stimulate hormon kortisol dan serotonin.

Serotonin juga dipanggil “happy” hormone. Amazing, subhanaAllah. 

Allah juga bersumpah demi waktu Dhuha (matahari naik) menunjukkan betapa significant waktu ni. Boleh cabut kasut jalan atas tanah untuk grounding. Tapi tak payah la nak meditasi bagai atau beryoga pulak.

Sebab Allah dah beri solusi pada kita melalui syariat agama islam ni, jangan tiru agama lain

3) SOLAT DHUHA

Kan ada solat Dhuha..buat apa nak beryoga. Rasulullah saw dalam sebuah hadith sohih riwayat Muslim mengatakan bahawa solat Dhuha merupakan sedekah kita pada sendi-sendi tubuh.

Tubuh kita sangat memerlukan ‘sedekah’ ini. Pasti ada banyak manfaat kesihatan jika dikaji dengan mendalam. Jangan kita letak niat bersolat dhuha kerana hajat duniawi seperti tarik rezeki atau senang close deal dengan customer. Tetapi ikhlaskan hati bila bersolat kerana Allah.

Moga dengan niat ikhlas kita mahukan cinta Allah, Dia beri kita kesembuhan pada sakit emosi yang kita tanggung

4) BELAJAR FAHAM QURAN & AMAL

Ramai yang menderita sakit emosi selalu beritahu awal-awal supaya jangan nasihatkan mereka solat atau mengaji kerana mereka dah buat semua ni.

Saya nak minta kita upgrade bukan hanya setakat baca Quran tapi BELAJAR untuk faham Quran. Fahamkan satu persatu ayat Quran yang kita baca, belajar makna linguistic dia.

Kerana terjemahan bahasa Melayu tak cukup untuk beri gambaran maksud ayat Allah. Ayat Allah terlalu indah dan tak mampu untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Belajar dari guru Al Quran yang bertauliah.

Pengalaman saya pernah hampir mengalami depressi satu ketika dulu,kemudian seorang sahabat saya anjurkan saya belajar fahamkan Surah Al Kauthar..

Bila saya belajar dengan mendalam sirah turun surah ni dan tafsir,hilang segala tekanan yang saya alami. Seolah Allah angkat ke langit semua beban hati. Benarlah Al Quran sebagai penawar buat mereka yang ingin percaya kepada ayatNya.

Kalau kelas bisnes kita sanggup melabur beribu untuk belajar skil berniaga, pada saya kita patut juga melabur masa dan wang untuk faham mukijizat yang berupa Al Quran ni. Beza sangat bila baca faham dengan tak faham.

Semoga Allah jadikan Al Quran penawar bagi setiap sakit yang kita hadapi dan jalan kembali kita semula padaNya.

sumber : Siti Aminah Sulaiman