Hilangkan Sakit Lutut Dengan Petua Terlajak Mudah Ini. Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Sahaja. Wanita Ini Kongsikan Caranya.

Share

Sakit lutut jangan dibuat main. Memang sudah nak melakukan segala kerja kalau sudah alami masalah ini.

Nak bersolat pun rasa sakit terutama sekali ketika rukuk dan bangun. Masalah sakit lutut ini disebabkan oleh sendi yang lusuh dan haus.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, apa kata cuba  petua semulajadi ini dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.

Bahan-bahan ini sudah diketahui mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai penambah rasa dalam makanan, tetapi juga kesihatan dan kecantikan.

Petua ini dikongsikan oleh No Or 

di laman facebooknya. Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua terutama bagi yang mengalami masalah sakit lutut.


Ramai sangat yang sakit lutut zaman ni, ramai yang pm tanya apa petua dan tips lagi yang boleh Cik No kongsikan.
No problem, Cik No tak kedekut ilmu pun. Boleh je share ngan korang. 
Ni antara lain untuk PETUA HILANGKAN SAKIT LUTUT.

1. CUKA EPAL

Di sebab kan sifat alkalinya, ia mampu untuk larutkan mineral dan toksin yang berbahaya dalam sendi lutut. Ia jugak mampu untuk pulih kan pelincir dan kurangkan sakit.

Cara:
Campurkan 2 sdt cuka epal ke dalam 2 cawan air. Minum sepanjang hari untuk setiap hari. Amalkan sehingga pulih sepenuhnya.

2. MINYAK BIJI SAWI

Urutan yang lembut dilutut yang sakit dengan minyak biji sawi suam mampu tuk kurangkan sakit.

Cara:
Panaskan 2 sdt minyak biji sawi. Goreng seulas bawang putih yang dah di cincang sampai tukar kaler keperangan. Kemudian, sejukkan minyak dan tapis.

Guna minyak tadi untuk mengurut (buat dalam gerakan bulat). Lepas tu tuam dengan towel (suam panas). Buat 2 kali sehari selama 1 – 2 minggu.

 

3.HALIA

Adalah ubat yang berkesan untuk kurangkan sakit dan kurangkan bengkak. Ini disebabkan sifat halia tu sendri yang anti radang.

Cara:
Hancurkan sekeping halia ke dalam secawan air. Didihkan selama 10 minit.
Tapiskan air rebusan tadi. Tambahkan perahan lemon dan 1 sdt madu.
Sedia tuk di minum. Amalkan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.

4. LEMON

Berkesan untuk rawat sakit lutut yang berpunca dari artritis. Asid sitrik dalam lemon boleh jadi pelarut untuk kristal asid urik.

Cara:
Potong 1 – 2 biji lemon menjadi kepingan kecil. Bungkus ke dalam kain kapas. 
Celup bungkusan kain tadi ke dalam minyak bijan. Letakkan kain pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari sehingga sakit hilang.

 

CANNELLA

Haaaa. Dah baca macam macam petua kan, yang Cik No dah kongsi. Kalau masih beralasan lagi, meh cuba #Cannella je la!
Senanggg. Goncang – Tuang – Minum. 2 sudu je punnn.