Hilangkan Rasa Tak Bermaya & Badan Lemau Dengan Air Jamu Asam Kunyit, Resipi Yang Banyak Khasiat Mudah Nak Buat!

Share

Semakin berusia seseorang, antibodi pun dah tak kuat. Ada sahaja rasa sakit sana sini. Angin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.

Buat ibu-ibu yang ada masalah badan lemau dan tak bertenaga, kerap mengantuk, apa kata cuba petua mudah ini.

Jom cuba resipi jus kunyit perkongsian dari puan Ct Mazni.

Moga dapat membantu  mengembalikan tenaga ibu-ibu.

Selamat pagi

Badan rasa tidak bertenaga?

Lesu, lemau?

Kerap mengantuk?

Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan basic.

Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Bole ulang2 minum kalau ikot sukatan ni.

Untuk yang nak berniaga, bole jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.

Kos:
Kunyit hidup (RM6/kg)
Temu kunci (RM10/kg)
Asam jawa (RM3.5/500g)

Bahan-bahan:
1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender)
Segenggam temu kunci (ketuk)
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5liter air
1/3 sudu kecil garam

Cara- cara:

  • Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkn semua bahan.
  • Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api.
  • Tapis, dan simpan.

Cara minum; panaskan dan boleh diminum ketika panas.

Sesuai untuk lelaki,perempuan,ibu pantang bersalin,perempuan period dan keguguran.

Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:

✔Menghilangkan sakit-sakit badan

✔Melancarkan peredaran darah

✔Mengurangkan lemak dalam badan

✔Memberi tenaga

✔Membuang angin dalam badan

✔Melancarkan darah haid & nifas

✔Merawat masalah senggugut

✔Menghilangkan bau-bau badan

✔Memberi kecergasan tubuh

✔Melawaskan pembuangan

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!

ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club