Orang tua dulu selalu berpesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Salah satu caranya adalah dengan amalan minum air herba selepas waktu haid. Ini khusus  bertujuan untuk menjaga bahagian dalaman wanita teruramanya miss V agar kekal bersih, sihat dan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya ada bau yang kurang menyenangkan jika tidak dijaga dengan sebaik mungkin.

Ini sebagaimana juga yang diamalkan oleh Puan Suzy Honey dan turut dikongsi untuk manfaat bersama.  Ayuh kita pelajari cara penyediaannya dan selepas ini bolehlah diamalkan.


Saya kongsikan cara mudah menjaga kewanitaan anda selepas kedatangan haid . Menjadi wanita harus peka dengan penjagaan dalaman. Barulah bahagia sentiasa dan bertambah keyakinan. Inilah dikatakan cantik sebenarnya dari dalam !

Selepas haid sila amalkan resepi minuman :

IKLAN

Hilangkan Masalah Miss V Berbau Selepas Haid, Orang Perempuan Perlu Buat Ni!

Bahan-bahan:

*1 batang serai diketuk
*2cm kunyit hidup di ketuk
* setiap 1 bunga lawang/cengkih/pelaga/ kayumanis
*sehelai daun pandan
* 3-5 ketul gula batu saiz kecil.

IKLAN

Cara Penyediaan:

  1. Rebus semua bahan-bahan di atas dengan 5 gelas air sehingga mendidih menjadi 2 gelas
  2. Sila minum 1 gelas siang / 1 gelas malam sebelum tidur.
  3. Amalkan sehingga 3 ke 4 hari selepas habis haid.

Hilangkan Masalah Miss V Berbau Selepas Haid, Orang Perempuan Perlu Buat Ni!

IKLAN

Insha allah jika rajin amalkan, tidak perlu bimbang miss V berbau selepas haid. Amalan ini menyegarkan.

Siapa yang boleh amalkan ini ya :

*Anak dara
*Wanita sudah berkawin
Wanita mengandung dilarang ya. Tunggu dalam pantang boleh amalkan ini.

sumber : Suzy Honey

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI