Orang tua dulu selalu berpesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.
Salah satu caranya adalah dengan amalan minum air herba selepas waktu haid. Ini khusus bertujuan untuk menjaga bahagian dalaman wanita teruramanya miss V agar kekal bersih, sihat dan seterusnya mengelakkan daripada berlakunya ada bau yang kurang menyenangkan jika tidak dijaga dengan sebaik mungkin.
Ini sebagaimana juga yang diamalkan oleh Puan Suzy Honey dan turut dikongsi untuk manfaat bersama. Ayuh kita pelajari cara penyediaannya dan selepas ini bolehlah diamalkan.
Saya kongsikan cara mudah menjaga kewanitaan anda selepas kedatangan haid . Menjadi wanita harus peka dengan penjagaan dalaman. Barulah bahagia sentiasa dan bertambah keyakinan. Inilah dikatakan cantik sebenarnya dari dalam !
Selepas haid sila amalkan resepi minuman :
Ads
Bahan-bahan:
*1 batang serai diketuk
*2cm kunyit hidup di ketuk
* setiap 1 bunga lawang/cengkih/pelaga/ kayumanis
*sehelai daun pandan
* 3-5 ketul gula batu saiz kecil.
Ads
Cara Penyediaan:
Rebus semua bahan-bahan di atas dengan 5 gelas air sehingga mendidih menjadi 2 gelas
Sila minum 1 gelas siang / 1 gelas malam sebelum tidur.
Amalkan sehingga 3 ke 4 hari selepas habis haid.
Ads
Insha allah jika rajin amalkan, tidak perlu bimbang miss V berbau selepas haid. Amalan ini menyegarkan.
Siapa yang boleh amalkan ini ya :
*Anak dara
*Wanita sudah berkawin
Wanita mengandung dilarang ya. Tunggu dalam pantang boleh amalkan ini.
Hati mana yang tak terharu dan gembira bila mana ada yang mengambil berat di saat diri dilanda musibah. demikian juga dengan pelakon dan hos terkenal, Alif Satar yang kini sedang menerima rawatan akibat positif Covid-19.
Alif dalam laman instagramnya berkongsi rasa teruja apabila dihubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu memuat naik tangkapan skrin ‘video call’ mereka serta turut menerima sepucuk surat dan buku yang ditulis sendiri oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.
“ALHAMDULILLAH.. Alif terima semangat baru harini, terima kasih yang tak terhingga kepada YB @drzulkifli.albakri sudi bertanya khabar melalui facetime tadi,dan sempat kirimkan surat dan buku untuk alif baca sepanjang kuarantin.
“Masa video call tadi alif sangat terharu apabila DS Zul turut mendoakan kesihatan bukan saja untuk alif, tapi buat semua yang terjebak dengan Covid19. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah swt merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah.” tulis Alif dikapsyennya.
Rata-rata yang membaca perkongsian mengucapkan syukur dan memuji keprihatinan Datuk Dr Zulkifli. Tak kurang yang mengatakan Alif bertuah disayangi ramai.
Jangan sesekali anggap masalah bau badan benda yang remeh. Lebih-lebih lagi buat anda yang sudah berkahwin. Boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pasangan untuk berada dekat dengan kita.
Jadi, sebelum suami atau rakan merungut tentang hal ini atau mungkin menjauhkan diri, sebaiknya cuba atasinya dengan segera. Bau badan terjadi bukan hanya disebabkan oleh peluh di ketiak semata-mata. Ia disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan tubuh badan.
Bakteria dan virus yang membiak sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak. Kita mungkin tidak sedar akan bau tersebut.
Selain pemakaian produk moden, ada juga cara alami yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Jom Semak kaedah tradisional ini :
1. Guna Daun Sireh
Daun sireh antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Antara caranya adalah dengan ramas daun sirih dan campurkan dengan tawas. Kemudian letakkan pada bahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagian tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
4. Air Cengkih
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang Malaysia ni, dah menjadi rutin makan nasi tidak kira masa, termasuklah tengah malam. Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor di aplikasi Tiktoknya, @dr.samhan yang menyenaraikan beberapa kesan jika makan pada lewat malam.
Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:
1. Gula dalam darah meningkat
Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes.
Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.
2. Berat meningkat dan obesiti
Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam. Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?
Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak. Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.
3. Sakit jantung
Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.
Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung.
4. Reflux acid perut atau gerd
Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur.
Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur. Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal.
Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.
5. Mudah lupa atau konsentrasi teruk
Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.
Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.
MACAM MANA NAK BUAT KALAU LAPAR TENGAH MALAM
Kalau lapar, Dr. Samhan menasihatkan untuk cuba makan kekacang, buah-buahan, telur rebus atau bijirin. Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.