
Adakah anda berdepan dengan masalah untuk menanggalkan dan sekali gus menghilangkan kesan pelekat atau sticker pada bekas plastik?
Kalau dibiarkan, nampak tidak bersih pula kesan sticker tersebut walau sudah dicuci berkali-kali.
Jadi apa cara anda boleh lakukan?
Di sini dikongsikan trik menanggalkan kesan gam tersebut dengan cukup mudah dan berkesan yang boleh anda cuba. Rahsiannya dengan menggunakan minyak masak!
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Sumber : Fatimah Salim
Nak Pokok Kesum Keluarkan Akar Banyak, Potong & Semai dalam Botol Mineral Berisi Air Bawang Merah. Mudah & Subur!

Banyak petua dan tip bagaimana nak pastikan pokok kesum hidup subur dan membesar merimbun. Tapi tak semuanya menjadi, ada yang berjaya, tak kurang yang kecewa melihat pokok layu dan akhirnya mati. Kali ini admin kongsikan pula kaedah mudah dengan menggunakan bawang merah.
Jom praktikkan tip yang dkongsikan oleh puan Noridah Tahir yang menggunakan air bawang merah untuk membolehkan akar pokok kesum membesar dan rimbun.
Guna air bawang merah baru la ciksom keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai dalam botol mineral. Harap membesar dan rimbun.
Resipi air bwg merah :
Kisar 5 biji bwg merah beserta kulit dgn sedikit air paip, tapis utk amik air bwg n campurkn dgn 1.5 liter air paip.
Peram 1 ke 2 hari. Campurkan dgn air paip 1:5 n jirus pd pokok utk byk kn akar atau sembur pd pokok utk byk kn pucuk.
.
Makcik Tua Luah Kisah 3 Anak Perempuannya, Ada Kelulusan Tapi Tak Kerja!

Ikuti perkongsian ini, agar dapat jadi pengajaran buat kita yang bergelar anak perempuan.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar.
Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.
Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami.
Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
Sumber : Hafiz Mustapha
“Dan Akhirnya Isteri Pergi Meninggalkan Aku & Anak-Anak. Pernah Lalui Situasi Shuib, Perkongsian Bapa Tunggal Ni Bikin Sebak!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 meruntun jiwa masyarakat. Rata-rata berkongsi luahan dan rasa hati akibat pemergian Sarah yang secara tiba-tiba.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah, bapa tunggal kepada tiga cahaya mata, situasi Shuib pernah dilaluinya tiga tahu yang lalu. Arwah isteri tersayang ditidurkan akibat paru-paru dijangkiti kuman.
Ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaannya sebagai suami. sementelah anak-anak mereka masih kecil dan memerlukan belaian seorang ibu.
Aku pernah berada di tempat Shuib.
Isteri aku juga ditidurkan bila dia sudah mula sukar untuk bernafas sendiri. Bila paru-paru sudah mula dijangkiti dan mesin diperlukan untuk membantu pernafasan maka doktor tidurkan dia.
Sewaktu isterinya ditidurkan, peluang ketika itu 50-50 dan jujur mengakui dia cukup lemah dan tidak berdaya ketika itu.
Aku kena sign segala surat persetujuan terlebih dahulu. Yelah ditidurkan tu bunyinya lebih sedap berbanding dikomakan.
Bila koma, chances is 50-50. Entah bangun entah tidak.
3 hari aku gundah, 2 malam aku pasrah. Akulah manusia yang paling lemah dan helpless ketika itu.
Kerana itu, apabila isterinya pergi meninggalkannya dan anak-anak buat selama-lamanya, dia merasai apa yang Shuib lalui kerana pernah berada dalam situasi tersebut.
Dan akhirnya isteri aku pergi meninggalkan aku dan anak-anak.
Jangan ditanya apa perasaan aku.
Numb.
Just numb.
Shuib sekarang berada di tempat aku.
Akui Khairul lagi, perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu. Hanya yang melalui akan tahu situasi demikian dan dia mendoakan semoga tiada yang perlu menghadapi situasi sepertinya.
Tempat yang menguji tahap keimanan dan kesabaran seorang hambaNya. Tempat yang sebolehnya aku doakan agar kalian tak perlu hadap dan rasainya.
Perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu.
Update:
Innalillahiwainnailaihirojiun. Siti Sarah Binti Raissuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan para syuhada.
#superdaddy
Pihak Majalah Keluarga sebelum ini pernah menemubual saudara Khairul yang berkongsi kenangan bersama arwah isterinya