Kesan deodoran pada ketiak memang jelas kelihatan terutama pada baju atau kemeja putih. Kesan kekuningan yang tertinggal buat kita rasa malu bila setiap kali mengangkat tangan.
Walaupun mencuci dengan peluntur dan sabun pencuci yang hebat, kesan yang satu ini masih lagi jelas kelihatan. Warna bertompok kuning langsung tidak menunjukkan petanda bersih walaupun selepas dicuci.
Jika buntu dengan pencuci biasa, anda boleh usahakan cara menggunakan bahan dapur terpilih ini. Nampak akan hasilnya selepas dicuci dan direndam lama. Cuba ni.
Guna Cuka
Bahan-bahan:
Cuka
Air suam
Caranya:
1. Satukan cuka dan air suam.
2. Kemudian sapukan pada kawasan terkena deodoran.
3. Biarkan direndam semalaman dan esoknya bilaslah dengan air bersih.
2. Fabrik Keras
Bahan-bahan:
Fabrik keras atau stokin kaki
Sabun wangi
Ads
Caranya:
1. Gunakan kain yang keras atau timbul fabriknya, oleskan pada sabun wangi.
2. Sapu dan gosokkan pada tempat deodoran.
3. Cara lain adalah menggunakan stokin kaki yang lembut. Lakukan langkah sama.
4. Geseran dua fabrik ini mampu bertindak balas dan menanggalkan deodoran.
3. Letak Soda
Ads
Bahan-bahan:
Soda bikarbonat
Air secukupnya
Caranya:
1. Bancuh soda bikarbonat dengan sedikit air.
2. Kemudian letakkan pada kawasan deodoran.
3. Biarkan seketika selama 30 minit.
4. Bilas baju hingga bersih.
Ads
4. Perah Limau Nipis
Bahan-bahan:
Limau nipis
Caranya:
1. Perahkan limau nipis pada kawasan deodoran.
2. Biarkan seketika selama beberapa minit.
3. Kemudian letakkan sabun pencuci di atasnya dan biarkan sekejap.
4. Basuh dan bilas bersih.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kita menghadapi serangan wabak COVID-19 ni dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, jadi nak tak nak kena pandai berjimat memandangkan kita tak boleh keluar bekerja. Bagi yang ada anak ramai pastinya akan terasa impak dari penularan wabak ini.
Admin kongsikan resipi Kuih Pintal atau ada juga yang memanggilnya Kuih Gulung yang cukup mudah dibuat dan yang penting bahan digunakan ringkas dan menjimatkan.
Moga bermanfaat buat ibu-ibu untuk menyediakan hidangan sekeluarga. Ringkas tetapi sedap. Anak-anak dan suami pasti suka. Makan bersama-sama mengeratkan lagi kasih sayang.
Kuih gulung 3 bahan 🥰 (15minit siap)
Jimat sejimat jimatnya dah ni 🙊.
Bahan-bahan (Anggaran 8-10biji) 👉 Telur sebiji 👉 Gula 2 sudu 👉 Tepung pulut (Agak agak sampai jadi doh)
Cara-cara 👉 Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu jak pun boleh.
👉 Dah kembang, masukkn tepung pulut. Agak agak jak sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air. 👉 Dah uli, gulung gulung ikut bentuk macam di bawah.
👉 Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkn kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
👉 Biarkan kejap, pastu tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh 🥰.
*If nak tambah garam sikit, tepung banyak n tambah air pun boleh.
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.
Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali itu kini sah mendapat penjagaan ke atas dua anak perempuan hasil persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
Fitria memaklumkan bahawa perbincangan mengenai hal tersebut telah berlangsung sejak Mac lalu, dan kedua-duanya berjaya mencapai persetujuan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
“SYUKUR ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SAYA DIBERI HAK UNTUK MENJAGA ANAK-ANAK. SEGALANYA TELAH DIURUSKAN OLEH PEGUAM, KINI TANGGUNGJAWAB PENUH MENJAGA ANAK-ANAK BERADA DI BAHU SAYA,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI LUAR MAHKAMAH.
Warganegara Indonesia itu sebelum ini memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas dua anak mereka — Shanika Salsabilah, 10, dan Shania Safina, 8 — pada Mac tahun lalu.
Hakim Syarie Salehan Yatim membuat keputusan berdasarkan dokumen perjanjian yang ditandatangani kedua-dua belah pihak. Berdasarkan keputusan tersebut, Fitria diberikan hak penjagaan penuh manakala Safee dibenarkan melawat anak-anaknya sekali sebulan bermula hari ini.
Dalam prosiding tersebut, Fitria diwakili peguam Nur Sabrina Abdul Rahim dan Putri Ummi Kartini Abd Latiff. Manakala Safee diwakili peguam Noor Azlina Che Hasan.
Menurut Putri Ummi Kartini, kes ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya melibatkan amanah terhadap anak-anak.
“Kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan dengan baik tanpa sebarang isu besar. Terma perjanjian tidak boleh didedahkan, namun hak penjagaan diberikan kepada ibu dan bapa pula mendapat hak lawatan yang dipersetujui bersama.
“Isu penjagaan anak tidak seharusnya dilihat sebagai perebutan. Walaupun satu pihak diberi hak jagaan, pihak satu lagi tetap diberi hak lawatan. Anak adalah amanah Tuhan, maka kedua-dua ibu bapa harus bertanggungjawab,” jelas beliau.
Sementara itu, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada Safee tidak berhasil apabila beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen dan terus meninggalkan mahkamah selepas prosiding berakhir.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tatkala anak-anak lain seusianya cukup kasih sayang dan ada tempat tinggal yang sempurna, dia pula tak ubah seperti gelandangan.
Dalam usia baru 12 tahun, dia terpaksa tinggal sendirian dalam rumah usang tanpa kehadiran ibu dan ayah di sisi. Biarpun masih punya ibu dan ayah juga saudara mara, namun dia tidak mahu menyusahkan hidup sesiapa dengan masalahnya.
Begitupun, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.
“Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih…tak takut duduk seorang-seorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah,” kata Mohd Firdaus Abdullah.
Adakalanya dia terpaksa tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.
Kehidupan itu terpaksa dilalui Mohd Firdaus sejak dua minggu lalu selepas tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi.
Dia yang sudah tidak lagi bersekolah sejak Oktober tahun lalu, tinggal sendirian selepas ibunya ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), awal bulan ini.
Ketika ditemui, dia berkata, ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.
“Saya anak tunggal, jadi selama ni memang duduk berdua saja dengan mak, tapi dua minggu lalu ada kawan beritahu yang mak dah kena tangkap sebab dadah.
“Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun,” katanya.
Menurutnya, kerana takut tinggal sendiri, dia menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, dikenali sebagai Syafik.
“Keluarga Syafik baik, kebetulan mak dia dan mak saya kawan, bila mereka kena balik kampung, saya pun balik la semula ke rumah,” katanya.
Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.
Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.
“Memang macam ni lah kehidupan kami, lepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan,” katanya.
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jati ini juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.
“Memang saya nak ke sekolah, boleh jumpa balik kawan-kawan, dulu saya terpaksa berhenti sebab banyak sangat masalah,” katanya.
Ibu Mohd Firdaus berusia 42 tahun difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat perkhabaran ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.
Kisah kanak-kanak ini tular di media sosial menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud di Facebook.
Amiruddin, 58, yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, dia menerima panggilan daripada bapa saudara kanak-kanak itu yang meminta bantuan penjagaan sementara.
Menurutnya, tindakan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri Mohd Firdaus selepas rumah berkenaan dipecah masuk penjenayah beberapa hari lalu.
“Mujurlah yang hilang hanya dapur dan tong gas, tetapi keadaan rumah dan kanak-kanak ini sangat tidak terurus.
“Kebetulan persatuan kami ada rumah wakaf yang digunakan sebagai rumah transit, jadi untuk sementara kami tempatkan dia di situ, adalah juga orang tengok-tengokkan makan minum dan pakaiannya.
“Rumah yang kami beri nama Rumah Bigbro itu baru enam bulan beroperasi khusus untuk ahli persatuan, orang bermusafir atau yang yang kurang mampu jadikan penempatan sementara,” katanya.
Beliau berkata, keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan mereka mengesyorkan agar kanak-kanak itu ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.
“Semua maklumat telah diambil JKM dan kita tunggulah nanti apa tindakan seterusnya.
“Kita nak dia duduk di tempat yang selamat yang membolehkan kebajikannya terbela termasuklah keperluan pendidikan,” katanya.
Terbaru, adik Mohd Firdaus bakal tinggal di rumah anak yatim atas bantuan Tok Anjang. Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebooknya.