
Sukarnya nak menggosok pakaian jika ada kerak hitam di permukaan seterika anda.
Kerak-kerak hitam ini terjadi apabila sebelum ini anda pernah menggunakannya dalam keadaan yang sangat panas sehingga menyebabkan pakaian anda rosak.
Ada yang cuba menanggalkan kerak-kerak ini dengan cara mengikis namun ianya akan menjadikan permukaan itu semakin rosak.
Dalam perkongsian seorang pemuda bernama Achai Wong, cara yang paling berkesan untuk menghapuskan kotoran itu dan ia boleh dilakukan dengan cepat adalah dengan menggunakan panadol.
Cara-cara:
1. Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Gosok Panadol yang dibasahkan tadi pada kesan hitam di permukaan seterika. Guna alat yang sesuai supaya seterika panas tak terkena tangan.
3. Semasa menggosok Panadol, akan berlaku tindak balas yang menghilangkan kesan hitam itu.
4. Selepas kesan hitam mula tangga, lap permukaan seterika dengan menggunakan kain.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah lain dengan hanya menggunakan garam. Perkongsian ini telah diberikan oleh Lynn Kamil dan mendapat sambutan yang tinggi melalui perkongsiannya.
Cara-cara:
1. Letak garam atas surat khabar.
2. Panaskan seterika.
3. Gosokkan seterika atas garam tadi sampai permukaannya kembali berkilat.
Selamat Mencuba!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Segar dan Elegen! Mata Terpukau Melihat Dekorasi Daripada Muas Mo

Siapa tak terpukau melihat dekorasi yang diilhamkan, sangat elegan dan versetail. Inilah yang pasti anda rasai setiap kali bertandang ke majlis yang di dekorasikan oleh Muas Mo.
Setiap hasil kerjanya, pasti memuaskan para pelanggan malah dekorasinya ini sentiasa tular dan menjadi rujukan para pengantin yang ingin mengadakan majlis kerana ideanya yang fresh dan tersendiri.
Berbekal kerja keras dan keyakinan padu, Muas Mo yang diasaskan oleh Mohd Muas Safwan bin Muhammad Mazlan adalah graduan jurusan Sarjana Muda Pengurusan Majlis UiTM Puncak Alam. Kerjaya sebagai perancangan perkahwinan ini telah diusahakan sejak tahun 2011 lagi.
Mengambil sikap tidak memilih kerja ataupun pelanggan, Muas mempraktikkan cara kerja ini sepanjang alirannya dalam bidang dekorasi perkahwinan.
Dia juga akan memastikan momentum kerja sentiasa dikekalkan dan berkualiti bagi setiap hasil rekaan yang unik dan lain dari rekaan yang sedia ada di pasaran.


[TRENDING] ‘Dia Ditinggalkan Terkapai-kapai Menguruskan Anak-anak Yang Sedang Membesar. Adilkan Semua Ini?
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Paling utama, adalah sikap ikhlas dalam menghasilkan sesuatu kerja dan membuat design dengan sepenuh hati agar pelanggan berpuas hati dengan rekaan yang tercipta.
Jika dilihat pada setiap dekorasi yang dihasilkan, pasti anda akan terpikat kerana kebanyakannya berorientasikan sentuhan sususan floral yang tersendiri dan unik serta perincian kerja yang kemas dan bersahaja yang sememangnya menjadi signature dekorasi Muas Mo.

Berkongsi mengenai tip bagi pembaca yang berminat untuk menceburi bidang ini adalah sikap ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, sentiasa bersemangat untuk mempelajari sesuatu dan melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat selain profesional dalam menyantuni pelanggan.
Itulah yang harus diamalkan jika ingin mewarnai industri perkahwinan di Malaysia.
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Gelinya Nak Pakai Oven Sebab Dah Berkerak! Jangan Risau, Ini Cara mudah Untuk Bersihkan Tanpa Menyental

Bulan-bulan puasa ini, penggunaan oven memang sangat-sangat diperlukan terutamanya sewaktu bersahur. Ianya mudah untuk perhangat makanan lebihan semalam.
Namun apabila selalu digunakan dan ‘banyak tangan’ yang menggunakannya, ada yang sampai lupa untuk membersihkannya sehinggalan oven tersebut berkerak dan berbau.
Kalau dah jadi mamcam ini, pasti anda sendiri geli untuk menggunakannya lebih-lebih lagi apa yang nak dipanaskan itu adalah makanan.
Macam mana cara bersihkan oven yang dah berkerak macam ni ya?”
Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.
Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.
1. Gunakan Air
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya ia mudah untuk dibersihkan.
2. Cuka
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.
Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.
2. Soda Bikarbonat
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.
4. Lemon / Limau Nipis
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.
Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.
5. Spray Cuka
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.
Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.
Mudah & Berkesan
Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.
Selamat Mencuba!
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Kronologi Tanah Runtuh Sepanjang Tahun 2022 Di Malaysia. Ini Negeri Paling Banyak Terjadi

Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
1 Jan 2022 : Tujuh kejadian tanah dan cerun runtuh dilaporkan berlaku pada hari pertama 2022 melibatkan enam kawasan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
2 Jan 2022 : Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan susulan kejadian jalan runtuh dan dinaiki air.
14 Feb 2022 : Seramai 31 orang daripada sembilan keluarga petugas Balai Polis Tongod, Sabah dipindahkan sebagai langkah keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berdekatan dengan balai itu.
8 Mac 2022 : Sebanyak tiga kejadian tanah runtuh berlaku susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara. Dua kawasan itu melibatkan rizab jalan di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan, manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian.
10 Mac 2022 : Empat terkorban manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, selain 15 rumah turut rosak serta 10 kenderaan terjejas.
10 April 2022 : Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir berlaku di beberapa kampung di daerah Tuaran. Sebanyak lima rumah turut dilaporkan terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok.
15 Mei 2022 : Dua wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
14 Jun 2022 : Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa serta kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad.
Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini
24 Julai 2022 : Seorang pekerja kontraktor pembersihan pembentungan cedera selepas terperangkap kira-kira empat jam dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja pembaikan tangki septik di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di Johor.
28 Julai 2022 : Dua kanak-kanak maut manakala dua individu dewasa cedera selepas rumah yang didiami Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di Kota Kinabalu, ditimbus tanah runtuh.
29 Ogos 2022 : Enam kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar di Nilai runtuh dan mengalami keretakan akibat pemendapan tanah ekoran hujan lebat.
1 Nov 2022 : Enam lelaki terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di Tenom, Sabah.
15 Nov 2022 : Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo didiami mereka di Taman Halaman di Ampang ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
17 Nov 2022 : Tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan.
16 Nov 2022 : Beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di Ipoh tertimbus akibat kejadian tanah runtuh bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
17 Nov 2022 : Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di Mantin, Negeri Sembilan terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
26 Nov 2022 : Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands.
2 Dis 2022 : Bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Anggerik di Rantau, Negeri Sembilan roboh akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan berterusan.
9 Dis 2022 : Enam individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang. Dalam kejadian itu, rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.
10 Dis 2022 : Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah berlaku susulan hujan lebat berterusan.
16 Dis 2022 : Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi ini.
Sepanjang tahun 2022 ini, negeri Selangor paling banyak ditimpa bencana tanah runtuh. Mungkin pembalakan yang semakin berleluasa menyebabkan tragedi ini berlaku.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club