
Mengalami masalah perut buncit tentunya membuatkan seseorang ibu tidak selesa dengan perubahan fizikal yang terjadi ke atas dirinya setelah melahirkan anak.
Sedar dengan bersenam dan mengawal makanan dapat membantu mengembalikan bentuk badan asal, ada eloknya juga diiringi mengamalkan petua meminum air rebusan ini.
Dikatakan ianya berkesan untuk mengempiskan perut. Untuk itu, ini cara penyediaan air rebusan tersebut.
Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat
Serai (10-15 batang)
Air (2-5 liter)
Caranya memang sangat mudah dan cepat
Cara-cara:
– Ketuk serai sehingga pecah & rebus dalam 30-45 minit
*lagi banyak serai lagi banyak air diperlukan
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengah hari dan malam.
Sebenarnya air rebusan serai juga boleh diminum bersama campuran bahan-bahan lain seperti madu, lemon, bunga cengkih, halia, kunyit dan banyak lagi. Serai juga berkhasiat serta terbukti mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.
Antara Khasiat Air Rebusan Serai
– Bantu sistem penghadaman
– Cantikkan kulit
– Buang toksin dalam badan
– Kurangkan bau badan
– Cairkan lemak dan sebagainya
Sumber : Ana Mahabu
Santan Basi Jangan Buang! Lapisan Minyak Boleh Guna Lembapkan Kulit Dan Atasi Masalah Kulit Sensitif.

Biasanya jika santan dah bagi basi memang tak boleh dibuat masak. Mesti ada antara kita yang terus buang.
Jadi jika tak nak membazir, apa kata anda buat santan tu jadi minyak kelapa. Biasanya jika dibeli di kedai mahal. Jika buat sendiri mesti jimat!
Minyak kelapa ni bagus untuk lembapkan kulit dan atasi masalah ekzema.
Ikuti perkongsian wanita ini. Menurutnya hanya santan segara sahaja , bukan santan kotak.
JANGAN BUANG SANTAN BILA DAH BASI. DALAM LAPISAN ITU BOLEH CANTIK KAN KORANG PUNYA KULIT BERSERI.
Musim PKP dan bulan puasa ramai buat kuih dan desert. Sama dengan kak hanie. Buat kuih muih untuk makan berbuka. Kebanyakan kuih Tradisional banyak guna santan segar. Betul kan.
Bila dah beli banyak ada yang tak terguna. So basi la keesokan nya. Rasa sayang je dah basi.
Akak jenis tak kesah kalau santan ni terbiar dan berlapis. Maksudnya,Santan ni dah basi dan tak boleh gunakan lagi akak lagi suka. Ehhh suka pulak. Kenapa pulak tu.
Meh akak nak share Santan basi ni boleh hasilkan minyak kelapa untuk cantik kan kulit.
Dulu masa kak hanie Dan kembar ekzema tahap teruk. Santan ni la selalu oder dekat shariah. Dia pun dah tau kalau ada santan tak guna terus je bagi. Sebab Santan basi tu ada lapisan minyak yang boleh jadikan kulit cantik.
Dia boleh lembabkan kulit kita.
Korang pergi la beli minyak kelapa Dara memahal Kat luar. Buat sendiri lagi jimat.
Setiap gambar ni akak story macam mana nak buat minyak kelapa dara.
❌❌Penting!!!!!
Hanya penggunaan Santan tanpa bahan pengawet dia menjadi. Kalau campur bahan pengawet memang tak menjadi minyak kelapa dara.
INI CARA PENYEDIAAN







Please share benda yang manfaat supaya ramai ibubapa boleh buat sendiri untuk kulit anak sensitif.
Kredit: Syahirah Hanie
Cara Murah Ibu Boleh Buat Rawatan Facial Di Rumah. Tak Perlulah Bayar Beratus2 Untuk Cantik Di Spa!

Penjagaan wajah yang rapi dan teratur adalah kunci kepada memiliki kulit wajah yang licin dan bersinar. Umumnya, wanita akan mendapatkan khidmat di spa kecantikan untuk merawat wajah agar kekal cantik dan sihat.
Namun semua itu, memerlukan kos yang mahal bahkan ‘memaksa’ ibu-ibu memperuntukkan masa berjam-jam di sana untuk mendapatkan khdimat yang terbaik. Menyedari keadaan itu, pastinya akan membantutkan keinginan ibu-ibu yang sibuk terutamanya jika mempunyai anak kecil ketika ini.
Pun begitu, tahukah ibu-ibu sebenarnya ada satu cara yang mana anda tetap boleh membuat perawatan wajah di rumah dengan sendiri! Bahkan hebatnya, dengan mengamalkan cara ini kesannya sama sahaja seperti di spa kecantikan, malah kosnya jauh lebih murah.
Dan ianya telah lama diamalkan oleh wanita cantik ini, iaitu Puan Che Mira Kimora. Jom perhalusi teknik dan bahan-bahan yang digunakan olehnya sebagai rejim penjagaan wajahnya untuk kekal berseri-seri.
KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH
Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.
Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Korang boleh tengok bideo ni.. cara-cara yang betul untuk dapatkan kulit cerah bersinarseperti berlian.
Posted by Che Mira Kimora on Saturday, 24 February 2018
Bahan-bahan:
1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais cube
Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu bilas dengan air dan ambil ais cube, gosok di seluruh bahagian muka.
EKSTRA INFO : Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu!
Manfaat cuka :
1. Mengecutkan jerawat
2. Anti aging
3. Mengurangkan bintik2 penuaan
4. Menghilangkan racun dari wajah anda
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Bahan-bahanHaliaCukaRendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka. Boleh tahan sampai sebulan tau… jimatt sangat kan.
Posted by Che Mira Kimora on Saturday, 24 February 2018
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
sumber :Che Mira Kimora
Terbaik Untuk Buang Angin & Kempiskan Perut. Harus Buat Jamu Ni!

Bila perut sering terasa senak atau kembung mahu pun badan sengal-sengal, rasa tidak selesa dan lesu itu semua adalah tanda-tanda menunjukkan angin banyak dalam badan. Dan bila tidak dirawat akan menjejaskan kelancaran tubuh untuk melakukan aktiviti dengan sempurna.
Lebih-lebih lagi, bagi seorang ibu yang bekerja. Sememangnya menggalas terlalu banyak beban kerja seharian. Tidak hanya melunaskan kerja-kerja di pejabat semata-mata malah bila pulang daripada tempat kerja, masih ada kerja menanti di rumah. Hal ini memerlukan kaum ibu untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga sepanjang waktu!
Oleh itu, untuk mengatasi masalah angin yang dihadapi, ada baiknya melakukan perubahan kecil dengan mengamalkan pengambilan jamu secara rutin. Banyak manfaat dan kebaikan yang akan dirasai jika mengamalkannya.
Malah jika rajin, ada baiknya juga ibu-ibu menyediakan sendiri bahan ataui ramuan jamu tersebut. Selain diyakini lebih selamat malah ia juga lebih menjimatkan. Memandangkan kebiasaannya ramuan jamu banyak menggunakan bahan-bahan tersedia di ruang dapur.
Untuk itu, Norliza Mohd Salleh telah berkongsi resipi untuk menyediakan jamu untuk buang angin dan kempiskan perut. Jom fahami cara dan kaedah membuatnya dan bolehlah diamalkan bersama.
Bahan-Bahan
3cm halia
3 sudu besar halba
15biji lada hitam
3 ulas bawang putih
Cara-Cara Membuatnya:
1)Tumbuk halba sampai lumat.
2.Kemudian masukkan halia , bawang putih dan tumbuk lagi.
3) Akhir sakali masuk lada hitam dan ditumbuk hingga lumat.
4) Kemudian bulat-bulatkan dan keringkan.
Cara Pengambilan :
Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan/keperluan badan.
INFO :. Bahan semula jadi tanpa perapat. Sesiapa yang banyak angin TERBAIK untuk amalkan selalu
Sumber : Norliza Mohd Salleh