“Kerap Keluar Masuk Wad, Mahu Jadi Doktor.” Masalah Saraf Tunjang & Paru-Paru Kronik, Adik Muhammad Ammar Perlu Katil & Tilam Khas.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang baru memasuki 8 tahun, adik Muhammad ammar fitri bin mohd zaki sudah diduga dengan masalah saraf tunjang dan paru-paru kronik.
Menerusi perkongsian oleh Natipah Abu, adik Muhammad Ammar memerlukan katil auto dan tilam khas kira-kira RM3600.
Ayahnya, Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hanya menjual menjual jeli kelapa yang dibuat sendiri oleh isterinya, Idawati Binti Ahmad, 36 tahun. Selain jeli kelapa, Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan.
Kisah anak syurga ini dirujuk oleh JKM yang memaklumkan beliau putus bekalan susu khas kerana wang bantuan JKM untuknya sedang di dalam proses semula setelah dia dan keluarganya berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah.
Pertama kali melewat dia … hati menyangka dia tentulah anak yang terlantar dan tidak boleh berkomunikasi seperti yang lazim disantuni.
Sebaik menatap wajahnya .. ternyata dia seorang anak yang sangat pintar dan petah berbicara. Sedih sekali kerana dia juga punya naluri seperti rakan sebaya yang lain.
Dia ingin sekali ke sekolah seperti rakan sebaya. Biarpun cuma dalam keadaan berbaring … di dinding tepi katilnya ditampal dengan berbagai poster untuk dia mengenali huruf dan abjad. Hanya itu saja yang mampu dilakukan ibunya bagi memujuk hati sedih anak yang selalu saja sesak nafas dan memerlukan mesin bantuan pernafasan.
Mungkin kerana sudah terlalu kerap keluar masuk hospital .. anak syurga ini memberitahu dia ingin menjadi seorang doktor. Begitulah normalnya jiwa anak kecil ini walaupun pembentukan tulang belakangnya bengkok dan lain-lain anggota tubuh yang tidak seperti insan normal.
Sama seperti rakan sebaya .. dia ingin sekali keluar melihat dunia luar . Bermain dengan rakan sebaya . Tetapi apa daya … rumah inilah saja dunianya.
Ayahnya Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun ) dan ibu, Idawati Binti Ahmad ( 36 tahun ) tidak bepekerjaan tetap. Pasangan ini memang berjuang untuk membesarkan anak-anak seramai empat orang.
Setiap awal pagi .. ibu akan memasak jeli kelapa untuk dijaja di pekan hari atau dihantar kepada yang menempah. Satu cawan jeli kelapa .. hanya RM1. Itupun ada kalau ada yang meminta tawar – menawar … ayahnya akan menjual dengan harga 90 sen saja walhal modal menyediakannya sangat tinggi. Apadaya .. dari tidak laku , biarlah walau untung 10 sen pun.
Selain menjual jeli kelapa .. Puan Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan.
Apa pun .. keadaan Puan Ida sendiri juga membimbangkan kerana beliau mengidap hytperthyroidsm di dalam darah dan menjalani rawatan bulanan di hospital. Beliau selalu saja diserang keletihan yang amat sangat hinggakan tidak berdaya untuk bangun pun.
Atas sebab itulah .. En Zaki tidak bekerja makan gaji. Kerja makan gaji sentiasa terikat sedangkan ada harinya beliau terpaksa menjaga anak dan isteri di rumah. Bila Puan Ida sakit … Encik Zaki akan mengambil alih semua urusan rumah tangga.
Mujurlah … pasangan ini mendapat bantuan JKM dan LZNK untuk menampung kos lampin dan susu khas Ammar yang sangat mahal. Kos rumah pula .. adik-beradik berpakat membuat kutipan bulanan .
Sebelum ini .. bekalan letrik ke rumah mereka nyaris dipotong setelah tertunggak lebih RM600. Walhal .. bekalan letrik itulah sumber nyawa Ammar .. mesin oksigen.
Ammar sangat memerlukan katil khas kerana apabila ibunya memasak untuk jualan … dia disendal dengan bantal. Ammar agak agresif .. kalaulah lalai sedikitpun … dia boleh tergolek jatuh dari katil.
Jumaat ini .. sekali lagi acc di atas telah dikosongkan dan diniatkan segala transaksi adalah untuk Muhammad Ammar Fitri Bin Mohd Zaki. Sekiranya ada lebihan kos katil, baki akan diserahkan kepada waris untuk tujuan keperluan anak ini.
Kepada semua yang menyumbang untuk Ammar hari ini .. Jazakumullahu khairan katsira. Semoga segala amal jariah ini menjadi saksi kita di akhirat kelak . Wassalam …
Bagi yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun maybank Natipah Abu 552107617521.
“Sakit Tak Boleh Nak Gambarkan Tapi Bila Baby Keluar, Terus Jadi Nikmat.” Sejuk Hati Baca, Netizen Puji DS Shahida Beri Semangat Buat Wanita Belum Ada Anak.
Momen paling indah bagi setiap wanita yang berkahwin adalah apabila diri disahkan mengandung, lengkap sudah fitrah sebagai seorang wanita apabila mengandung dan melahirkan anak.
Namun ada antara wanita yang diuji dengan ketiadaan anak. Biar sudah sehabis daya berusaha, tetapi Dia masih belum mahu mengurniakan rezeki yang satu itu.
Begitu pun, jangan berputus asa, teruskan berusaha dan pasti suatu hari nanti Tuhan akan mendengar doa anda.
Perkongsian isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri baru-baru ini cukup bermakna buat wanita yang masih dikurniakan anak. Mengimbas detik melahirkan zuriatnya, akui Datin Seri Shahida itulah nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Biar bertarung naywa dan terpaksa menahan kesakitan, namun semuanya hilang bila dapat menatap wajah si kecil di sisi.
“Kenangan menahan sakit melahirkan @yusoffalqardawi_terlajaklaris….. sakit memang sakit tak boleh nak gambarkan sakit tu….tapi bila dah keluar baby tu sakit tu menjadi nikmat……..
Saya doakan kepada mereka yg belum bergelar ibu dapat merasai detik ini…Insya Allah ada hikmah Allah lewatkan….doa banyak2 jgn putus asa..Allah suka hambanya yg rajin berusaha dan tak putus asa.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari pengikutnya. Rata-rata berterima kasih atas doa yang dihulurkan oleh Datin Seri Shahida.
delishascha Aaminnn.. Semoga datin selalu sihat happy santikk… Teringin mmg sakit .. Tapi sakit itu ade ubat yg Allah berikan terlalu indah
nursyamimiebtemuhammad Semoga saya dapat melahirkan seorang zuriat? seperti datin
nisz.perfume_hq Aamin…trime kasih mdoakan kami dpt merase kn nikmat ni 1 hari nanti……
kakyongteddy Saya 4 tahun tunggu. Mcm2 produk makan. Last2 mak cik urut saya bagi jamu bacaan surah2 saya makan Alhamdullilah lekat.. Hujung preggy suami excden. Masa bersalin suami x dpt teman peha patah. Sedih sikit suami tak dpt teman. Tpi Alhamdullilah semua dipermudahkan. Anak sekarang nak masuk 4 bulan dah
azwani98_ Terima kasih doa kan ? semoga @shahidadherbs d murah kan rezeki.. Nak sangat merasa macam mana jadi seorang ibu ?.. Walaupun baru kahwin ☺️ aamiin ❤️
rima_9004 aminn.. semoga ada rezeki zuriat buat sy dan suami… nak baby comel dan baik mcm @yusoffalqardawi_terlajaklaris
elninaaaa Sejuknya hati baca post ni @shahidadherbs .. Maklum la tak ramai yg memahami tntg rezeki, byk yg nk salahkan n mengata je. Inshaallah terus doa dan usaha mudah mudahan termakbul segala doa yg baik. Semoga kami semua yg blm bergelar ibu juga diberi nikmat merasa jd seorg ibu. Aamiinnn…♥️
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Sumber: IG shahidadherbs
‘Tersangkut’ Jodoh Gara-Gara Handphone Rosak, Wanita Ini Kongsi Kisah Bertemu Dengan Suami Ketika ‘Travel’ Ke India.
Ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua. Begitulah juga dengan jodoh, biar jauh mana sekalpun jarak, namun andai itu takdirnya dia jodoh anda maka jadilah.
Demikian juga dengan pasangan merpati sejoli Syu Azis dan suaminya yang yang bertemu jodoh ketika wanita ini melancong ke India.
Biarpun berbeza budaya dan agama, namun jodoh antara mereka cukup kuat. Akhirnya mereka sah bergelar suami isteri. Menurut perkongsian Syu di Facebook, kini sudah setahun mereka berkahwin. Syu juga kini menetap di Manali bersama suaminya yang telah memeluk Islam.
Ikuti catatan wanita ini:
Terima kasih bagi yang baca sampai habis dan berminat dengan kisah saya. Okay, saya nak share trip bulan 10 tahun lepas ke rumah mentua saya di Lahaul, Himachal Pradesh, India.
Terletak di daerah Gondhla & ini kali pertama saya kesana walaupun dah hampir setahun berkahwin. Bagi yang tahu Lahaul Spiti mesti dapat agak tempat dia macam mana. Saya share sedikit gambar-gambar yang bagi saya in real tersangatlah indah. Sedikit cerita seperti berikut ya, maaflah kalau panjang sangat :
Bahasa Lahauli :
?Ding antanchi, di jaga nishi tochi (i dekat hujung tu tak bunyi)
?Jemput datang, tempat ini sangat cantik
?Sedikit coretan macam mana saya kenal husband. Saya jumpa dia pada tahun 2015, trip kedua saya ke India, half solo half with geng, Iena & Raha. Saya jumpa dia sebab charger saya hilang. Dan kedai dia dekat main road, dia ada kedai phone & accessories di Manali Mall Road. Saya mulanya tak suka dia sebab dia cas saya mahal, yela saya kan tourist. Masa tu dia tak pandang saya, busy kemas kedai tertonggeng tonggeng, pagi sangat time tu. Cousin dia yang handle saya. Lepas dia pandang, adoi saya pulak yang terkesima jadi tak tentu arah.
Sampailah phone saya pulak buat hal, tinggal kedai dia. And lepas handphone elok saya dapat Whatssap dari dia say hi.. Rupanya dia ambik nombor saya masa phone rosak. Saya tak layan tapi lepas tu jadi kawan baik. Sampailah dia propose kahwin. Walaupun ramai girl termasuk foreigner taruh hati pada dia, tapi dia pilih saya dan walaupun saya gemuk masa tu sekarang kecik sikitlah, dia sayang terlampau sayang. Bangga kejap ?
?Rumah mentua berhadapan dengan beberapa ketul gunung ganang yang cantik gila. Bukak pintu rumah or dari dalam bilik kami nampak gah sangat. Seriously terpegun & takjub dengan kuasa Allah SWT. Rumah mentua juga sangat bersih dan terjaga, tersusun. Sejenis saya yang suka benda kemas ni memang happy lah. Hari hari depa sapu, mop lantai especially dapur.
?Sudah masuk winter jadinya tanah, gunung botak tapi sangat cantik dengan autumn yang hampir ke penghujung nampak lawa semuanya. In summer memang hijau, tersangat cantik dan kurang sejuk.
?Walaupun saya dan suami menetap di Manali, gunung jugak tapi tak sama dengan Lahaul. Tiada pencemaran langsung, bersih, jalan raya berturap cantik, penduduk tak ramai, sunyi, selamat sampaikan masa reach Lahaul ni terpesona sekejap, semacam datang je dunia lain aje, rare.
?Low crime rate disini atau boleh katakan tiada langsung.
?Tiada line telefon kalau ada pun Telco BSNL yang ada 2G je. Maybe next year akan ada 3G, 4G dan lain lain telco like Airtel, Jio dan Idea pulak. Takde line pun saya rasa okay sebab sini tenang, damai walaupun kekadang tu pishang ?.
?Air percuma, klinik kerajaan pun percuma kos rawatan & ubat ubatan.
?Air minum fresh, sumber dari glasier atas gunung sedap sangat sangat dan minum terus aje, tak perlu masak.
?Dari atas bukit rumah mentua boleh nampak sungai jernih warna biru hijau bak mata Missworld 1994 Aishwarya Rai ?yang mengalir dari sungai Chandra dari asalnya Chandratal Lake mengalir ke utara.
?Tak banyak kenderaan atas jalan raya, bunyi horn juga hampir tiada. Privacy at its best.
?Emak, ayah mentua & adik ipar perempuan petani jadi keliling rumah penuhlah dengan pokok sayur macam salad hijau, salad kuning & purple, kobis hijau & purple, carrot, brokoli, kentang merah, tomato, cauliflower, bawang besar, epal, pokok bunga lily, gardenia, rose etc. Agak agak nak makan, pergi cabut salad & carrot makan gitu je sedap sungguh sebab tak gunakan racun perosak. Bawang besar semua size gedabak. Katanya bawang jenis hybrid, patut ler besar pun. Masa nak balik Manali, berguni guni kami dapat bekalan stok sayur, bawang, kentang, butter, ghee, gandum.
?Susu nak minum perah sendiri. Minum susu fresh setiap hari. Butter dan ghee pun mentua buat sendiri. Thanks to lembu comel 4 ekor kesemuanya?
?Mentua sekeluarga cakap bahasa dialek Lahauli jadinya memang saya blur kejap bila depa sembang. Tapi depa tahu hindi so dekat situ bolehlah sembang jugak sebab saya boleh lah jugak cakap hindi. Blur kalau hari hari dengar zong seng toch noch macam bahasa Korea pun ada, cina pun ada, Russia pun ada ?.
?Kehidupan mereka sederhana & sihat walafiat. Nenek mentua saya panggil Dadi masih sihat, tiada penyakit, tak bertongkat, tak pakai spek mata mcm saya walaupun umur nak cecah 90 tahun. Sekali Dadi cengkam tangan saya adoi kuat betul dia ni, agaknya sekali dia lesing berpusing kau ?. Dadi sangat manja dan selalu usik saya. Dia perfectionist and tak boleh tengok pinggan mangkuk lama dok atas meja, sure dia ambik & basuh. Tu belum tengok dia siapkan tempat tido (winter depa tido dapur sebab ada tandoor heater tu).
?Walaupun berbeza agama, adat tradisi, fahaman dan sebagainya saya sangat hormati & sayangkan mereka. Bab makan juga Alhamdulillah kena dengan selera saya walaupun makan sayur saja. Sedap, simple dan tak terlalu berempah macam tempat lain di India. Mereka banyak makan sup, dhaal, momo (sejenis macam dimsum inti sayur atau ayam/mutton), sayuran hasil tanaman sendiri & roti yang dibuat sendiri. Makan kentang rebus pun dah sedap bagi tekak saya.
?Air teh tempatan depa panggil ‘Namkeen Tea’ yang diperbuat dari kayu apa saya tak sure, rebus campur dengan susu, butter & garam. Walaupun dengarnya pelik kan tapi rasa dia sedap. Mentua kalau bagi minum sampai 4-5 gelas sampai kembung perut ni
?Sini memang kampung habis dan orang perempuannya memang duduk rumah saja dan tak kemana mana melainkan kawasan rumah, tanah sendiri or jalan utama saja. Saya ni excited so jalan-jalan lah kerumah jiran nak explore siap sembang bagai nak rak. Dah adik ipar kejar suruh balik dan dia kata jangan suka suka pergi rumah orang. Nanti jadi gossip sebab sini kampung☺️
?Kaum perempuannya dididik dengan sangat baik. Hormat orang tua, rajin yang amat rajin, sopan santun, pandai masak, pandai mengait, pandai bertani, kemas rumah dan sentiasa memuliakan tetamu. Mereka jugak tak boleh tergedik gedik depan orang yang tak dikenali apatah lagi orang lelaki asing. Ni baru contoh hantaran tinggi melangit kan ooppsss
?Dekat sini angin tiup macam duduk tepi laut tapi tahulah kan sejuknya macam mana. Suhu winter boleh cecah ke -17. Access road ditutup dari November to April coz snow tebal boleh cecah 6 ft. Kalau bukan winter saya dah stay sebulan dua dekat sini, tapi InsyaAllah next year in summer saya nak duduk sini. Boleh tolong mentua bercucuk tanam, masak & perah susu lembu ke. Summer adalah busy time bagi depa. Time tu lah upah pekerja untuk bercucuk tanam sayur, so pagi lagi dah kena masak capati tu beratus keping nak bagi makan pekerja.
?Mentua sangat sangat rajin, buat kerja dari pagi sampai malam, sebab tu fit dan kuat. Walaupun mereka tua rasa malu sebab tenaga mereka hebat. Ayah mentua pemalu, emak pula tak tahu nak sembang apa tapi dia cukup suka kalau tengok saya berhias. Lepas mandi tengok saya sikat rambut nanti dia puji lawa, kemas. Tak kemas nanti dia tegurlah. Saudara mara datang pun kena tengok saya dah lawa ke belum, then baru lepaskan saya jumpa ?.
?First time jumpa saya, emak & adik ipar terkejut sebab saya gemuk. Belum pernah dalam sejarah keturunan depa ada yang gemuk. Tersentap sekejap! ? Atas nasihat diorang yang cakap dengan penuh berhemah, kita pun ambil inisiatif untuk turunkan berat badan. Padahal time tu dah lost 12kg kot. Skang total weight lost dah 28kg. Berhasil kau??. Nasihat yang berguna saya ambil. Lagipun sekarang banyak faedahnya saya dapat bila makin mengecil.
?Amalan bersila pulak amalan kaum diorang so aku duduk bersimpuh aje lah dah bersila tak boleh hahaha lantakkan ?. Yelah peha besar dulu mana boleh nak bersila bagai, bersimpuh pun sopan apa? ? Sekarang alhamdulillah boleh bersila dengan sempurna.
?Tahun ini or 2020 tunnel akan dibuka dari Solang Valley terus ke Lahaul. Memudahkan kami lawat family mentua dan memandangkan tunnel hampir siap, ramai penduduk tempatan yang balik semula ke Lahaul kerana daerah ini akan membangun dan jadi golden area untuk tourist. Mereka akan start buat guesthouse dan husband mungkin akan komersialkan tempat ni dengan buat homestay rumahnya sendiri InsyaAllah. Husband jugak dalam plan nak tambah beli tanah di daerah ini. Menariknya, orang luar yang bukan penduduk asal Lahaul tidak boleh beli tanah di sini.
?Budaya di sini berbeza, disebabkan depa dari suku kaum yang lain. Pakaian pun berbeza. Dengar kata saya kena pakai baju tradisional depa kalau majlis resepsi belah husband jadi buat, buat saya senyum aje. Tapi atas dasar hormat, pakailah juga kot nanti. Sopan je pun. Orang perempuan ada pakai tudung jugak tau jenis ikat macam orang zaman dulu, boleh tengok gambar.
?Dari sampai rumah mertua, saya dihidangkan dengan makanan tradisi diorang yang macam rasa kuih tiram kita, cuma tak ada gula. Sedap sangat sampai habis kena buat lagi. Bertuah punya menantu. Nama kuih tu marchu. Saya pun belajar buat, bawak balik Manali.
?Sebelum sarapan wajib minum 3 gelas chai (teh susu), lepas tu 3 gelas susu segar, petang pulak namkeen chai 4-5 cawan cina kecil. Memang ulang alik ke toilet selalu ?
?Masakan, okay seingat saya lah kan, depa masak guna bawang putih, bawang merah, kunyit dan garam sahaja untuk dhaal, sayur. Tapi sedap, simple. Stor simpanan makanan berpeti peti, size gedabak pulak tu macam untuk setahun. Rupanya untuk 6 bulan winter saja, perghhh.
?Masa waktu makan, emak mertua & adik ipar akan hidangkan kami makan macam tuan, puan besar. Berhidang setiap seorang, selagi kami makan tak kenyang selagi tu depa tak makan. Makan pulak dalam pinggan macam emas, harganya mahal! Sebiji pinggan cecah RM50.00. Tapi hanya akan hidang makan dalam pinggan tu sahaja. Berat pulak tu.
?Husband tak pernah cerita lebih lebih pasal tempat dia dibesarkan ni, in fact dia tanya suka tak? Dia takut bini dia tak suka. Apa hilang akal ke punya lah cantik tempat ni sampai aku berlari lari dengan bawak backpacknya, berat pun beratlah masa tu dah sampai rumah mentua. Sebab teruja. ?
?Lupa saya nak tambah. Mentua saya dan adik ipar saya tidak pernah keluar dari Himachal Pradesh dan tidak pernah ke Delhi. In fact, diorang pun tak suka tempat yang sesak, kotor dan udara tidak sihat. Banyak jugalah diorang tanya saya Delhi tu macam mana? Hehe siapa yang asal India sebenarnya ni? ?
?Lupa lagi, waktu nak balik Manali, mama mertua datang sesenyap dalam bilik hulur duit. Mama kata ni dari papa, ni dari Robina ni dari mama. Tak banyak kami bagi kata dia. Banyak juga tau. Sungguh masa tu terharu sangat. Tak cukup tu, mama hulur pulak shawl kait tangan Lahauli bewarna putih. “Pakai ya, Manali sejuk”. Tak cukup tu, pinggan keemasan yang berat tu bagi 2 biji. Lepas tu Dadi (nenek) datang hulur duit bagi pihak dia. Sambil peluk dia menangis, time tu cuba untuk cool kan diri jadi tak jadi keluar airmata tu, kalau keluar banjir ?. Cakap kat husband, susah aje bagi duit. Dia loyar buruk cakap tak cukup ke? Okay nanti balik semula mintak lebih, eh dia ni.
?Akhir kata, dari nak stay 3 hari aje dekat sini, terlajak ke 16 hari. Sampaikan mama dekat Malaysia jatuh sakit menangis setiap hari dok kenang manalah anaknya ni? Risau dia. Yelah line takde nak call lagu mana habaq mai? Mama mertua pulak kalau dapat delay sehari ke sehari bukan main happy dia. Adoilah dedua mama aku ni ?.
Terima kasih baca sampai habis.