Hilangkan Bau Teko Dan Harumkannya Ketika Disimpan, Memang Mudah Kalau Ikut Cara Ni!

Share

Selain pinggan mangkuk, teko antara barangan dapur yang meninggalkan bau ketika tersimpan kemas di dalam almari. Teko yang disimpan lama di dalam kabinet memang meninggalkan bau yang kurang enak kepada teko.

Bau hapak yang terperangkap kadangkala akan meninggalkan sedikit bau yang kurang enak kepada rasa kopi dan teh yang anda sajikan. Habuk dan kesan bau-bauan daripada kabinet anda menguatkan lagi bau pada teko. Bagaimana mengelakkan masalah ini berlaku? Begini caranya.

# Cara 1

1. Sebaik di basuh bersih, keringkan terlebih dahulu di dalamnya.

2. Apabila kering dan hendak disimpan, taburkan sedikit gula pasir ke dalamnya.

3. Kemudian barulah disimpan ke dalam kabinet anda.

4. Lihat hasilnya, teko akan kembali bangkit kesegarannya walaupun disimpan lama.

# Cara 2
1. Basuh bersih teko dan keringkan.

2. Masukkan uncang teh dan letakkan di dalam teko. Simpan kemas di dalam kabinet.

3. Hasilnya teko akan tidak berbau hapak dan kekal harum.


Solusi Harumkan Pinggan Mangkuk
Selain teko, pinggan mangkuk anda juga tidak kurang meninggalkan bau yang tidak enak jika disimpan terlalu lama di dalam kabinet. Habuk yang bercantum dengan udara yang terperangkap meninggalkan bau hapak yang kurang enak.

Ambil beberapa helai daun pandan dan biarkan di simpan bersama pinggan mangkuk berkenaan. Hasilnya bukan hanya pinggan malah seluruh kawasan kabinet atau almari juga akan segar dan harum dengan bau daun pandan ini.

Selamat mencuba!