
Menyimpan pelbagai makanan dan bahan memasak di dalam peti ais adakalanya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Berikut di kongsikan 5 tips jaga peti sejuk di rumah anda agar sentiasa bersih dan segar.
1. Gunakan Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Gunakan Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Gunakan Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Gunakan Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5.Cuci terlebih dahulu
Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Ada Sebabnya Kenapa Tidak Boleh Buang Kulit Dan Mata Ikan. Baca Ini

Kebiasaanya ketika menggoreng ikan, kita akan goreng sekali dengan kepala dan mata ikan tersebut. Tetapi tak ramai yang akan menjamah bahagian mata dan kulit ikan tersebut.
Tahukah anda bahagian mata dan kulit ikan mempunyai pelbagai protein yang sangat baik untuk tubuh badan kita.
Dalam kulit dan mata ikan ada zat yang bernama lesitin. Zat ni baik untuk kesihatan sendi sekiranya kita mempunyai masalah radang sendi.
Ikan laut kulitnya lebih tebal kerana memiliki protein dan lesitin yang sangat tinggi.
Sumber dari DoktorSehat
Peniaga Ini Bagi Petua Simpan Cili Kisar Tahan Sebulan Dan Cara Masak Sambal Lebih Sedap Dan Warna Jadi Merah Pekat. Ini Rahsianya.

Sambal tumis jika sedap membuat kita makan nasi bertambah. Sambal tumis bukan aje sambal ikan bilis tetapi sambal masak sotong, udang dan ayam antara menu yang popular untuk hidangan seisi keluarga.
Walaupun nampak mudah masak sambal tumis ni tetapi jika salah skill memasak tentu lain macam rasanya.
Nak tahu rasa sambal tumis lebih sedap, apa kata ikuti petua masakan peniaga nasi lemak ini. Malah turut kongsi petua cili kisar tahan lama.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Masak sambal tumis nmpk simple tapi kenapa rasa lain2 dan warna sambal ada yg merah ada yg hitam? Ada yg sedap ada yang tak sedap.
Pada perniaga nasi lemak ambik la petua ni supaya sambal tumis ampa lebih sedap dan org makan pn jd ketagih.
Pengalaman berniaga nasi lemak
Pengalaman berniaga nasi lemak akak share kat pada semua. Tapi sekarang akak tak berniaga dah pencen dah.
Buat stok cili kisar
Nak tau petua masak sambal yg lebih enak? Jom buat siap² cili kering kisar, senang nak masak, jimat masa dan yang paling penting sambal atau sayur yang hampa masak lagi sedap klu hampa buat cili kisar camni. Nak-nak klu sambal tumis ikan bilis,sambal ikan,sambal ayam,sambal sotong, ketam atau udang. Serius mmg sedap. Tp yg plg penting masa kita kat dapur sgt² jimat..nak masak cili kisar dah siap dh, ambik bawa keluar dr peti ais trs masak. Akak dr dulu mmg suka bt siap² cili kisar ni sb nak jimat masa memasak.
Bahan-bahan:
1.Cili kering lebih kurang dalam 3@4 genggam. (Potong 2 lps tu basuh bersih²..dan rebus 10minit).
2.Bawang besar 2 biji. Ambik yg plg besar saiznya pun takpa. ( bawang besar merah yang besar ye..bukan bawang kecik..jgn derhaka)
3.Bwg putih 2 ulas
4.Minyak masak 6 sudu besar (kena letak ye sb nanti biji² cili tu cpt hancur dan halus).
5.Ikan bilis segenggam(siang dulu bersih² ya).
6.Air secukupnya masuk kat cili tu masa blend.
Cara penyediaan:
Mula² hampa rebus cili kering tu dlu 10 minit..lps tu blendkan dgn, bhn² diats.
Tahan Sebulan cili kisar
Siap blend letakkn cili kering sbiji dan 5@6 keping asam keping ats permukaan cili kisar tu utk bagi cili kisar tu tahan lama kalau simpan sebulan lebih pun elok lg tak masam.

Tips : ikan bilis,ikan,ayam dan udang tu goreng dlu baru ltk dlm sambal..baru sedap.


NOTA KAKI :- Petua nak sambal lagi sedap.
Halia & belacan buat sambal rasa pahit.
Cara nak guna cili kisar rujuk pada gambar ye.Sambal tak yah letak halia dengan belacan ye. Sebab halia akan buat sambal tu rasa pahit-pahit cakap sekadar boh air asam jawa untuk menghilangkan rasa hanyir ikan bilis, ikan,,udang,ketam,sotong atau ayam. Belacan pun tak perlu letak sebab belacan akan hilangkan bau wangi cili kisar.
TAK perlu belacan untuk menghasilkan sambal tumis lebih sedap. Boh air asam jawa,gula 3 sudu besar dgn garam secukup rasa itu sudah memadai utk menghasilkan masakan sambal yg sedap. Tapi harus diingatkan cili kisar tu kena pastikan betul² garing sebelum boh air asam jawa tu.
Petua masak sambal ni nak sedap cili kena betul-betul garing ye.
Gula pulak boh last tau. Dah boh gula tu terus tutup api dan angkat terus ye jangan biarkan sambal tu dalam kuali. Itu petua sambal tu nampak merah dan tak hitam & lebih wooowww
Untuk peniaga-peniaga nasi lemak lepas ampa goreng ikan bilis tu dan bila ikan bilis tu dah masak angkat terus ikan bilis tu dan terus masukkan cili kisar ni. Masak sampai sambal betul² garing. Memang lama masak sambal untuk orang yang berniaga nasi lemak ni.Sebab skali masak cili berkilo-kilo. Kerap kacau. Merecik jangan citer habis dapur. Sukatan cili dan bahan-bahan ampa gandakan je sukatan bahan² tu.
Selamat mencuba. Semoga jadi panduan untuk menjadikan masakan lebih enak. Boleh juga jadi panduan untuk mereka yang baru nak mula berniaga.
Kredit: Rose Perodua
“Tak Semua Orang Boleh Jadi ‘Suri Rumah’ “. Rupanya Ini Sisi ‘Gelap’ Ramai Yang Tak Tahu.

Pernah dengar kan selalu orang kata, seronok apabila bergelar suri rumah tangga. Di rumah tanpa ada pengawasan. Boleh buat apa sahaja.
Realitinya, sebenarnya tidak semua wanita boleh bergelar suri rumah’ . Ini kerana ada cabarannya yang ramai tak tahu.
Menarik dengan perkongsian wanita ini dengan pengakuan mengenai pengalamannnya bergelar suri rumah. Jom kita ikuti coretannya.
Tak semua orang boleh jadi “Suri Rumah”.
Ceritanya, hari itu saya ada terbaca luahan seorang isteri yang mengalami tekanan selepas berhenti kerja atas desakan suami. Puncanya, suami mahu isteri jaga anak sendiri.
Ada orang ingat impian semua wanita mahu jadi suri rumah, sebab katanya seronok jadi suri rumah.
– Duduk rumah goyang kaki.
– Anak ada depan mata.
– Nak apa-apa minta suami.
– Tak perlu menghadap tekanan di tempat kerja.
– Boleh senang lenang tidur bila-bila masa.
Ini apa yang kebanyakan orang nampak. Tetapi pendapat saya, sebenarnya tak semua wanita “sesuai” jadi suri rumah.
Kenapa saya guna perkataan “sesuai”?
Sebab setiap orang mempunyai personaliti, impian dan latar belakang yang berbeza.
SISI ‘GELAP’ BILA BERGELAR SURI RUMAH
Pengalaman saya bekerja dan menjadi suri rumah sebentar beberapa bulan, ternyata “kerja” suri rumah lebih berat dari bekerja waktu pejabat. Lagi-lagi bila ada anak.
Tiada hari cuti.
Hari-hari menghadap dinding yang sama,
Berjumpa orang yang sama,
Rutin yang sama,
Kepenatan yang sama,

Bagi sesetengah orang mungkin selesa dan seronok, tetapi ia amat menyiksakan bagi seorang extrovert.
Si extrovert yang ada keperluan bercakap dengan orang.
Yang seronok berjumpa ramai orang.
Yang suka melihat permandangan berlainan setiap hari.
Yang perlukan pengalaman baru setiap hari.
Yang sukakan risiko.
Yang tidak suka berseorangan.
Sayalah tu.
Bila jadi suri rumah yang memang tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan, bukan tidak ada tetapi tidak sempat pun nak fikir sebab 100% masa menjaga anak “high need”. Nak pergi tandas pun berkejaran apatah lagi nak fikir masalah dunia.
Saya mula,
– Mudah menangis tidak ada sebab.
– Overthinking.
– Rasa tidak berguna dan menyusahkan orang.
– Kecewa kerana tidak ada pencapaian dalam hidup walaupun ada ijazah.
– Restless, anxiety tiba-tiba.
– Mimpi perkara bukan-bukan.
Jangan terkejut kalau saya kata, perasaan ini timbul dalam masa 1 bulan sahaja selepas berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Punyalah jenis tidak reti duduk diam, “cuti” sebulan pun dah resah semacam. Padahal waktu itu tak ada masalah apa-apa pun.
Selepas saya fikir dalam-dalam, barulah saya sedar yang semua perasaan negatif di atas muncul bila saya tak ada buat apa-apa selain rutin harian. Hari-hari rutin yang sama,
Pagi – Mandikan anak, sarapan, basuh baju, kemas rumah.
Petang – Tidurkan anak.
Malam – Kemas, makan dan tidur anak lagi.
Saya pula sejak dari sekolah rendah jenis aktif masuk segala aktiviti di sekolah ataupun di universiti.
Dari situlah, saya mula banyak membaca tentang perihal anak dan cuba kongsi apa-apa info tentang bidang saya. Sekurang-kurangnya saya tidak tenggelam di dalam dunia saya sendiri.
Tak sangka ramai yang mesej untuk dapatkan servis terapi cara kerja dari saya. Waktu itu sesiapa yang mesej saya bertanya tentang anak, semua saya cuba jawab dan bantu. Rasa seronok dapat berborak dan bantu orang lain.
Sampailah satu masa itu, saya cakap pada suami,
“Boleh tak kalau kita buat satu bilik jadi bilik terapi untuk I nak kerja?”
Tup-tup dari 1 bilik sahaja BEYOND Home Therapy ke pusat terapi yang ada berbilik-bilik. Tak sangka niat nak jaga anak sendiri, Allah gandakan rezeki kami sekeluarga.
Suamilah yang banyak berkorban untuk saya capai impian. Beliau pun sedar yang lebih baik saya kerja dari tak kerja. Bila tak kerja, emosi jadi tak stabil.
Point saya disini bukan untuk cerita pencapaian, tetapi nak cerita yang tidak semua wanita sesuai jadi suri rumah.
1. Ada yang stress bekerja, gembira duduk rumah.
2. Ada yang stress duduk rumah, gembira bekerja di luar rumah.
3. Ada yang boleh duduk rumah dan bekerja dari rumah.
4. Ada yang gembira bekerja sambil bawa anak ke tempat kerja.
Ikut masing-masing punya personaliti, minat dan impian.
Dalam kes saya, saya stress dan tertekan bila tidak ada sesuatu untuk dikejar. Bagi saya jadi suri rumah dan duduk rumah lebih penat dari keluar bekerja. Bukan masalah penat fizikal, tetapi “penat mental”.
Ia seperti, kita ada kasut untuk berlari laju tetapi diikat dengan tali. Susah untuk diperjelaskan bagaimana perasaan itu.
Yang lagi pelik, saya jadi lagi kurang melayan anak masa saya jadi suri rumah daripada semasa saya mula bekerja semula. Mungkin sebab rasa hari-hari buat benda sama dan fokus perihal rumah sahaja waktu itu. Tetapi bila mula sibuk dengan kerja, saya jadi lebih menghargai setiap saat dengan anak.
Saya pasti masalah ini mungkin banyak berlaku pada wanita atau ibu-ibu lain tanpa disedari terutamanya suri rumah.
Bagi saya, kerjaya suri rumah amatlah mulia. Bukan semua orang mampu menjadi suri rumah. Perlu kuat mental dan fizikal.
Nasihat saya sebagai “suri rumah tak jadi”:
1. Kenalpasti personaliti diri sendiri, sekurang-kurangnya tahu kalian jenis intovert atau extrovert.
2. Bincang sesama suami isteri, seeloknya bincang sebelum berkahwin sebarang kemungkinan.
– Adakah suami mahu isteri berhenti kerja selepas berkahwin atau bila ada anak?
– Isteri mahu bekerja atau jadi suri rumah?
Semuanya jadi mudah sekiranya ada kesepakatan antara suami isteri. Jangan sebelum kahwin kata dekat isteri boleh kerja, tiba-tiba dah kahwin lain pula.
3. Kalau rasa resah semacam, cepat marah-marah atau mula timbul perasaan pelik-pelik. Segeralah dapatkan bantuan atau cuba cari punca.
4. Letakkan diri sendiri nombor 1 sebelum orang lain, anak sakit kita boleh jaga tetapi kalau kita yang sakit?
5. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, semua orang ada impian, personaliti dan keutamaan yang berbeza – beza.
6. Percaya ketentuan Allah, kita rancang macam mana pun tetapi kalau Allah kata tiada rezeki, tiadalah. Rezeki Allah beri berbeza-beza.
Dapat jaga anak depan mata, rezeki.
Dapat suami yang redha isteri bekerja, rezeki.
Dapat mertua yang baik, rezeki.
Dapat anak yang tak banyak ragam, rezeki.
Saya harap ibu di dalam luahan yang saya baca itu dipermudahkan urusan. Orang lain memang mudah sahaja nak label itu ini, hakikatnya kita memang tak akan boleh puaskan hati orang.
Bila seorang ibu bekerja, dikatanya pentingkan duit sahaja tak sayang anak.
Bila tak bekerja, dikatanya tidak takut suami tinggal pula.
Begitulah. Yang penting kita jaga kita sendiri sebab kita sahaja tahu kita bagaimana. 🥰
Ada geng extrovert tak dekat sini?
Maryam Jamadi
Sumber: Maryam Jamadi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club