Perasan tak, kereta walaupun sudah diletakkan pewangi tetapi kadang-kadang berbau juga. Bagi anda yang tak gemar atau alergi pewangi yang mengandungi bahan kimia mungkin petua ini sesuai untuk dipraktikkan.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Selain kopi ada tip lain yang anda boleh cuba jika kereta berbau kurang enak.
Daun pandan
Memiliki aroma semula jadi yang mampu menyegarkan ruang. Caranya mudah, simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dibawah tempat duduk atau mana-mana tempat dalam kereta.
Hasilnya kereta akan berbau harum dan segar secara semula jadi. Pastikan anda gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu sebab bila daunnya dah kering dan layu, baunya pun akan hilang.
Baking soda
Percikkan soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.
Cuka Epal (Apple Cider)
Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.
Kepingan roti
Letakkan beberapa keping roti untuk membantu menghilangkan dan menuetralkan bau didalam kereta. Jadi sebelum nak wangikan kereta seeloknya neutralkan dulu baunya.
Arang
Hilangkan bau busuk dan hapak dalam kereta juga boleh menggunakan arang.Ambil beberapa ketul arang dan letakkan ia dalam bekas serta biarkan ia terbuka di lantai kereta.
Selain itu, boleh juga bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan berbau. Ada juga dijual dikedai.
Selamat mencuba!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club