Angin dalam badan kalau tak dikeluarkan memang akibatnya rasa sakit satu badan. Bila dah sakit satu badan, bertambahlah ketegangannya.
Kadang-kadang nak buat kerja pun rasa tak selesa dan tak mampu nak fokus dengan baik kerana terpaksa menanggung kesakitan.
Orang kata makan halia memang ubat untuk buang angin. Ya tepat sekali. Tapi resipi dua bahan yang digabungkan ini memang nampak ‘rare’ taping paling senang nak dapat. Kalau minum air halia sahaja mungkin kita rasa tak mampu, apa kata cuba pula dengan susu. Nampak lebih menyelerakan!
Resipi yang dikongsikan oleh Jannah Halimatun dan Rose Maline di facebook ini kita kena ikut. Jom cuba!
“Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa, sebu, tambah-tambah
#makyong yang tak sedap badan tu. Badan anda mesti dipenuhi angin, mujur bukan angin helium je, kalau tak dah terbang naik ke langit.
Ads
SUSU HALIA
Bahan-bahannya:
1 kotak susu (brand apa pun boleh)
3-4 cm halia -sebesar ibu jari
Halia ni ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas, masuklah banyak sikit . Kalau setakat 3 hingga 4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
Ads
1. Hiris halia nipis.
2. Renehkan halia dengan susu sampai mendidih, di atas api perlahan.
Ads
3. Taraaaa…sedia diminum.
Seeloknya minum ketika susu masih suam dan kesannya adalah serta merta. Memang sendawa dan akan buang angin non stop!
Yang lagi best, resipi boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Ibu mengandung dan menyusu pun boleh minum, tapi jangan lah letak halia banyak sangat. Cukup 2 hingga 3cm saja ya.
Menurutnya lagi, petua ringkas dan jimat kos ini sangatlah berkesan. Paling menarik boleh minum bila-bila masa sahaja, ikutlah keselesaan masing-masing. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Kredit: Jannah Halimatun & Rose Maline
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menanam pokok kunyit antara pokok yang bolehlah dikatakan wajib ada di setiap rumah bagi yang gemar bercucuk tanam. Ini memandangkan, daun kunyit sering digunakan di dalam masakan bahkan isinya juga.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk menanam pokok kunyit agar berdaun lebar dan subur menghijau ada cara dan ilmunya yang perlu diketahui. Jika salah caranya itu yang menyebabkan sering terjadi pokok kunyit yang ditanam tidak dapat hidup dengan subur dan macam-macam lagi yang boleh terjadi.
Oleh itu, apa kata buat anda yang baharu ingin mencuba menanam pokok kunyit ikuti tip yang dikongsikan oleh Siti Samsiah atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan nenek di media sosial.
Cara Nenek Tanam Cun Melecun Tanpa Cacat Daun
Ini Pokok kunyit nenek cun melecun tanpa cacat daun. 3 gambar lagi tu baru semai pun dah naik cantik tunas-tunas. Ini cara nenek semai atau tanam kunyit.
Langkah 1 : Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nursery dan ditambah dengan tanah sabut hancur.
Langkah 2 : Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
Langkah 3 : Biarkan beberapa hari.
Langkah 4 : Kemudian tabur isi-isi kunyit pastikan mata tunas hala ke atas.
Langkah 5 : Tutup nipis-nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi dan disiram hari-hari.
Langkah 6 : Nenek tanam dibawah matahari sepenuhnya
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sungguh tidak tergambar betapa ujian menimpa pada bayi sekecil ini, sedangkan ubun-ubunnya masih lembut namun detik ini sedang berjuang melawan virus Covid-19. Ini sebagaimana yang di laporkan di Sinar Harian.
Apa yang pasti, hati kita cukup sayu dan tersentuh membaca berita seperti ini dan sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan semoga anak kecil tersebut terus kuat dan sihat hendaknya. Amin….
Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19.
“Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19.
“Pesakit Covid-19 paling tua dirawat di hospital berumur 83 tahun,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di KKM di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai pesakit berkenaan.
“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya.
Beliau berkata, KKM membuat strategi bagi melindungi warga emas kerana imuniti golongan itu adalah rendah.
“Strategi kita untuk melindungi mereka. Pastikan berada di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19,” katanya.
Tiap kali hujung minggu pasti kita bawa anak-anak bermain di taman supaya mereka dapat bermain dengan bebas.
Bila berada di taman, anak-anak pasti tergoda melihat aksi kanak-kanak lain bermain ‘giant bubble’ atau belon buih gergasi yang bertebaran di taman.
Sesekali bolehlah ditunaikan permintaan anak-anak untuk bermain ,tapi bila setiap minggu, mahu senak juga mak ayah hendak tunaikan. Kos untuk bermain belon buih gergasi ini juga agak mahal sekitar RM10 dan ke atas untuk beberapa tempoh.
Pening kepala nak elakkan anak-anak mengamuk, apa kata ibu cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebab cara nak buatnya hanya guna tiga bahan sahaja. Murah!
Malah boleh main berkali-kali. Bawa saja ke taman dan anak-anak boleh bermain dengan bebas. Jom cuba!
Bahan-Bahan:
1 botol pencuci pinggan mangkuk
4 sudu tepung ubi
1.5 liter air
Chopstik
Dawai halus
Tali
Caranya:
1. Bancuh pencuci pinggan, tepung ubi dan air hingga sebati.
2. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
3. Bentukkan dawai halus membentuk bulat dan ikatkan pada hujung chopstick, menggunakan tali.
4. Sedia untuk bermain!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.