“Hilang Semangat, Rindu Keluarga & Rasa Bukan Ibu Yang Baik.” Luahan Doktor Ini Cukup Meruntun Jiwa!

Share

Luahan doktor bernama Lady-nasrin Yahaya cukup menyentuh hati. Dia yang kini bertugas di Sandakan Sabah bukanlah mahu merungut dengan tanggung jawab yang digalas, sebaliknya dia inginkan masyarakat memahami betapa pentingnya mengikut arahan yang ditetapkan supaya wabak Covid-19 tidak menular dan kian serius dari semasa ke semasa.

Tak mampu kita ungkapkan dengan kata-kata akan pengorbanan mereka dalam memastikan pesakit dirawat dengan baik. Biarpun penat badan hanya Tuhan yang tahu, apalagi memikirkan hal keluarga yang ditinggalkan dek kerana tuntutan tanggung jawab.

Bukan mudah untuk petugas kecemasan yang juga berkhidmat sebagai frontliner dalam melaksanakan tanggung jawab memerangi virus yang kian meruncing ini. Silap-silap diri sendiri yang menajdi mangsa. Semoga semua pihak keselamatan dan fronliner yang bertugas dilindungi dan dijauhkan dari sebarang musibah.


Assalamualaikum wbkt

Salam sejahtera saudara saudari yang dikasihi,

Izinkan saya menitip sepatah dua kata untuk tatapan rakyat Malaysia yg saya sayangi. Saya merupakan salah seorang pakar perubatan kecemasan yang berkhidmat sebagai frontliner di Sabah. Saya masih ingat, kami mengekalkan prestasi “0” sehinggalah 11/3/2020 di mana kami dipanggil secara mengejut ke bilik pengarah untuk dimaklumkan bahawa kami sudah mempunyai kes covid positive di negeri ini.

Walaupun persediaan sudah dibuat, kami tahu bahawa situasi ini pastinya mendatangkan satu fenomena yang gamat di kalangan masyarakat. Maka pada hari sama kami mengeluarkan tent bencana sebagai sebahagian dari pelan kontingensi kami. Saya terpaksa pulang untuk mengambil anak dan seterusnya datang semula ke hospital untuk menyempurnakan tugasan yg masih belum selesai. Hampir jam 1 pagi, barulah saya mendukung anak saya yg sudah keletihan tidur kerana ditinggalkan ibunya( saya tiada penjaga) di hospital dek kerana tugas.

Hari hari berlalu sungguh mencabar. Staf kesihatan kami terpaksa mengambil sampel dan bertugas di dalam khemah yang panas dan tidak selesa. Lapar dan dahaga usah dikiralah. Saya dan rakan setugas berlari lari dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menghadiri mesyuarat pelbagai ad hoc. Pada masa yang sama kami ada pesakit yang perlukan CPR dan kes denggi berdarah. Memerhatikan staf saya yang penat, saya malu untuk mengeluh. Mungkin lebih tepat “Saya tidak sampai hati”..😭😭

Saya masih terus bekerja walaupun kepenatan dari hari ke hari terus terasa. Sebak di hati melibat anak yang dijaga memakan makanan segera hampir setiap hari. Kebajikan staf dan carta alir kerja pesakit harus dilengkapi kerana kedatangan pesakit menjadi semakin ramai. Hari hari yang mendatang sangat mencabar. Saya mula hilang semangat. Saya rindukan keluarga. Saya rasakan saya bukan seorang ibu yang baik. Segenap perasaan ini menjadikan saya menangis setiap pagi. Saya trauma mendengar bunyi telefon dan message. Semuanya datang bertubi2 ditambah dengan keletihan fizikal😩😩

Gambar sekadar hiasan.

Saya pasti, situasi yang hampir sama dengan di atas dilalui oleh rakan rakan setugas yg lain. Mereka meninggalkan keluarga dan mereka yg tersayang untuk berjuang demi negara. Apa tuan tuan dan puan puan fikir mereka tiada perasaan takut? hiba? Sedih? Risau? ??

We are the most knowledgable person to start with berkaitan penyakit ini. We know what it can do and to what extend it does. Kamilah org yg patut cabut lari awal awal. Tapi kami tetap ke tempat bertugas kami, masih membuat saringan pesakit, masih melayan kerenah masyarakat yg pelbagai. Sedih hati melihat masyarakat yg pentingkan diri, degil tidak mendegar kata, menggunakan nama Tuhan untuk membalas nasihat dari KKM. Anda fikir kami suka suka buat semua ini? Anda fikir hanya kerana elaun rm 400 kami bekerja menyerah nyawa setiap hari?😡

Kami kerja kerana “tanggungjawab”! Sila fahami. Tanggungjawab = amanah. Amanah ini yg diletakkan oleh Allah antara perkara yg paling mulia. Amanah ini jika tidak dijalankan menjadi besar dosanya. Jika merawat pesakit dan sebagainya adalah amanah ini, apakah amanah anda???

Peganglah perintah berkurung ini dengan sebaik baiknya. Duduk di rumah, keluar hanya bila perlu, buat social distancing. Susahkah kalau dibandingkan dgn amanah kami yg kene CpR pesakit, intubate pesakit dan sebagainya??

Janganlah nanti kita ditanya oleh Tuhan “ wahai manusia, kenapakah kamu menjadi perosak di muka bumi ini dengan tidak menjadi khalifah yang sepatutnya??”

Renungkan ayat surah Al Maidah ayat 33.

Harap semua yang membaca terkesan.

Educatelah ahli keluarga dan rakan rakan. Jgn jadi manusia yg pentingkan diri. Allah melihat segala- galanya. Bantulah kami..

Please..😭😭😭😭😭😭😭