Bila berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan diri, tentunya setiap antara kita mempunyai amalan dan cara yang tersendiri. Ada yang selesa menggunakan kaedah moden dan tidak kurang juga kekal mengamalkan penggunaan herba.
Ini seperti apa yang pernah dikongsikan oleh Fatin Lee di akaun facebook peribadi miliknya berkongsi rahsia cantiknya dengan mengamalkan mandi dengan air dicampur ais dan limau. Katanya amalan ini juga dilakukannya sekian lama untuk memulihkan sakit kepala yang sering dialaminya.
“Dah 3 tahun Fatin amalkan mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan. Memang ‘painkiller’ paling berkesan. Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan.”
Kalau perasan kat spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat. Hanya guna 3 bahan dapur, je simple!
Bahan:
Air 1 baldi
Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
Ais ketul
Asam limau nipis
Minyak Aromaterapi ( jika ada )
Caranya:
Ads
1. Sediakan satu baldi air paip.
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
Ads
3. Baca Al Fatihah 7x, Bismillah5 7x (boleh cari kat google), Al Ikhlas 7x dan Selawat 3x.
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam lagi elok.
Ads
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu fatin buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni. Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih
segar dan bertenaga lepas ni.
Ekstra Tip:
– Boleh kuruskan badan
– Menaikkan seri wajah
– Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
– Menghasilkan aura positif
– Kuatkan imunisasi & antibodi badan
– Kuatkan tulang
– Menghilangkan bisa & angin dalam badan
Sakit tekak antara gajala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Umumnya bila sakit tekak sering berkait dengan demam dan selsema dan ketika itulah juga selera makan pun terganggu, dek kerana tekak terasa perit untuk menelan.
Membangkitkan keinginan untuk makan, biasanya orang dulu-dulu menyarankan untuk menikmati hidangan panas seperti bubur nasi, sup dan sebagainya. Pun begitu, sebelum kita cuba membangkitkan selera makan, ada baiknya kurangkan keperitan tekak tersebut dengan mengambil makanan sejuk sebagaimana yang disarankan oleh doktor.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh doktor Nik Hisyam ini. Jom semak.
Al-kisah Ais-Krim dan Sakit Tekak
Jika demam, sakit tekak, tak lalu makan..Agak-agak mak-mak kita bagi kita makan apa ye ?
Haaa… sah-sah majoriti jawab: BUBUR nasi panas-panas..(ni memang jawapan classic lah ni.. tak pun drive-thru bubur ayam Mc Donald )
Budak.. demam, sakit tekak.. agak-agak lalu tak dia makan?
Orang dewasa pun tak larat nak makan apatah lagi budak kan?
Okay, pilihan lain.. ?
Ais cream?
Boleh ke tidak sebenarnya?
Ada dua pendapat untuk ais cream dan sakit tekak.
Pendapat 1:
Dibolehkan dan amat digalakkan jika sakit tekak dan merah.
Kerana:
1. Effect sejuk pada tekak yang radang akan mengurangkan kesakitan (sejuk=kurang radang)
Pendapat 2:
Tidak digalakkan jika anda penghidap penyakit Asthma dan anda tak suka ais cream
Kerana:
1. Makanan yang sejuk boleh menyebabkan serangan Asthma
Jadi, jika anda atau anak-anak anda tidak menghidapi asma atau lelah,tak ada masalah untuk memakan ais krim, malah ianya akan dapat melegakan lagi sakit tekak yang dihadapi.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama buat semua pembaca.
Dr Nik Hisyam,
Pakar Resdung, Sinus, Telinga dan Tekak Anda,
SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
Seksyen 19, Shah Alam
Nak cantik kena ada cara yang betul termasuklah menjaga pemakanan, rutin penjagaan wajah setiap hari perlu dan sebagainya. Ada yang menganggap nak cantik kena pakai solekan yang tebal atau menggunakan produk yang mahal. Bagi anda yang tidak gemar memakai solekan tetapi tetap mahu tampil menarik dan cantik, nah cuba 5 cara ini.
1) Guna kan Tinted Moisturiser
Apa beza Tinted Moisturiser dengan foundation? Kalau guna tinted moisturiser ianya lebih ringan dan lebih nipis berbanding foundation. Tinted Moisturiser juga melindungi wajah dan melembapkan kulit korang!
2) Guna Toner yang bebas alkohol.
Toner yang mempunyi alkohol mungkin akan lebih merosakkan kulit korang, berbanding toner yang bebas alkohol. Jadi lindungi kulit dengan bahan chemical yang ada dalam produk yang korang guna.
3. Dapatkan Vitamin C yang cukup.
Vitamin C memang diperlukan dalam badan kita. Vitamin C sememangnya baik untuk kulit dan kesihatan kita. Jadi minum secawan air panas dan lemon untuk memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam badan korang, ia akan membuatkan kita kekal sihat dan cantik.
4. Elakkan pegang muka dengan tangan!
Siapa yang tak gatal tangan nak pegang dagu, pipi, dan mana-mana kawasan di muka kita. Masa tak uat apa atau walaupun duduk di pejabat kita pasti nak pegang muka kita. Ia adalah salah satu punca muka kita mula tumbuh jerawat! Sebab tangan kita ni belum tentu bersih dari kuman. Jadi siapa yang ada jerawat, ‘whitehead’ atau ‘blackhead’ jangan pegang atau cuba picit!
5. Scrub muka 2 kali seminggu
Nak buat scrub bukan susah mana pun. Guna bahan tradisional pun lebih baik berbandiing beli jenama yang kita tak pasti baik atau tidak. Dalam seminggu korang boleh scrub muka, lakukan dengan lembut, jangan terlalu tonyoh muka dengan scrub. bilas dengan air sejuk, dan lap dengan tuala bersih.
Selamat mencuba!
Sumber http://rapi.karangkraf.com/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keracunan makanan, remaja 17 tahun, kanak-kanak perempuan 2 tahun meninggal dunia. Polis mengesahkan remaja 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak.
Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.
“Jam 1.30 tengah hari semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.
“Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
Keracunan Telur: Gejala, Punca, dan Cara Mengatasi
Keracunan makanan adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh berlaku akibat pengambilan makanan yang tercemar. Salah satu sumber keracunan makanan yang biasa ialah telur. Artikel ini akan membincangkan gejala, punca, dan cara mengatasi keracunan telur.
Gejala Keracunan Telur:
Keracunan telur boleh menyebabkan pelbagai gejala, yang biasanya muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari selepas pengambilan telur yang tercemar. Antara gejala yang sering dialami termasuk:
Mual dan Muntah
Rasa mual yang disertai dengan muntah adalah gejala yang paling biasa.
Cirit-birit
Najis cair dan kerap buang air besar.
Sakit Perut dan Kekejangan
Sakit perut yang mungkin disertai dengan kekejangan.
Demam
Suhu badan yang meningkat.
Kelesuan
Rasa letih dan tidak bermaya.
Sakit Kepala
Sakit kepala yang berterusan.
Punca Keracunan Telur:
Keracunan telur biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam telur mentah atau kurang masak. Bakteria yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan telur ialah Salmonella. Bakteria ini boleh mencemari telur melalui:
Kulit Telur yang Kotor
Kulit telur yang tercemar dengan kotoran atau najis ayam.
Pengendalian yang Tidak Bersih
Penyediaan makanan yang tidak mengamalkan kebersihan seperti tidak mencuci tangan atau peralatan memasak.
Penyimpanan yang Tidak Betul
Menyimpan telur pada suhu yang tidak sesuai atau terlalu lama.
Memasak yang Tidak Sempurna
Telur yang dimasak tidak mencapai suhu yang cukup untuk membunuh bakteria.
Cara Mengatasi dan Mencegah Keracunan Telur:
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mencegah keracunan telur:
Memastikan Kebersihan
Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas mengendalikan telur.
Bersihkan semua peralatan memasak dan permukaan kerja dengan betul.
Memasak dengan Sempurna
Pastikan telur dimasak sehingga kuning dan putih telur keras sepenuhnya.
Penyimpanan yang Betul
Simpan telur di dalam peti sejuk pada suhu yang sesuai.
Jangan menyimpan telur terlalu lama. Gunakan telur sebelum tarikh luput.
Elakkan Telur Mentah
Hindari makan atau minum makanan yang mengandungi telur mentah seperti mayonis buatan sendiri atau adunan kek mentah.
Pemantauan Gejala
Jika mengalami gejala keracunan makanan, segera dapatkan nasihat perubatan. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
Keracunan telur adalah masalah yang boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan makanan yang betul. Memahami gejala dan punca keracunan telur adalah penting untuk mengambil tindakan segera dan mencegah kes keracunan yang serius. Sentiasa pastikan telur yang dimakan bersih dan dimasak dengan sempurna untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...