‘Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah,’ itulah reaksi pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak ketika bertemu peminat ciliknya, Puteri Nur Zulaika Abdullah yang berusia 10 tahun yang mengidap jangkitan kuman pada paru-paru di sebuah hospital di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Isnin.

Dalam video yang berdurasi 5 minit 21 saat yang dimuat naik Zizan di akaun Instagramnya jelas menunjukkan Zizan gagal menahan sebak ketika mendengar doa dari adik Puteri yang mendoakannya murah rezeki, dipelihara kesihatan dan cepat dapat jodoh.

View this post on Instagram

Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri. Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin. Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. 😭😭😭😭😭❤️❤️❤️❤️ Amin..

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

“Sebaik melihat keadaannya, saya tidak dapat mengawal rasa sedih lalu menangis. Kalau lihat dia secara fizikal tampak sihat, tapi doktor beritahu, kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini.

“Saya difahamkan, Puteri Nur Zulaika terkena jangkitan kuman pada paru-paru ketika berusia lima bulan disebabkan kencing tikus” katanya.

Tambahnya, dia sempat membuat panggilan video kepada Johan bagi membolehkan Puteri Nur Zulaika yang meminati pelawak itu, bercakap dengan gandingannya dalam program Jozan itu.

“Dalam keadaan sekarang, hanya doa yang mampu memberi keajaiban kepadanya untuk kembali sembuh. Doktor beritahu dia perlu dibedah.

IKLAN

“Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya membantunya. Cuma apa yang penting buat masa ini adalah doa daripada anda semua,” kata Zizan atau nama penuhnya, Mohammad Razizan Abdul Razak.

‘Hilang Lawak Saya, Yang Menitis Cuma Air Mata Yang Mencurah’. Kehadiran Zizan Ceriakan Adik Puteri

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak itu, Halimaton Seman, 48 berkata, anaknya yang kerap menerima rawatan di hospital sangat berminat dengan pelawak berkenaan dan selalu berharap dapat bertemu artis pujaannya itu.

“Hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan Puteri (Nur Zulaika) kerana hasratnya tercapai selepas dimaklumkan semalam oleh doktor yang Zizan nak melawatnya.

IKLAN

“Malam tadi Puteri tak lena tidur dan kerap terjaga seperti tidak sabar menunggu siang.

“Saya nampak mukanya berseri sebaik nampak Zizan yang tiba jam 3 petang mengambil masa lebih satu jam melawatnya,” katanya.

‘Hilang Lawak Saya, Yang Menitis Cuma Air Mata Yang Mencurah’. Kehadiran Zizan Ceriakan Adik Puteri

IKLAN

Menceritakan keadaan anaknya, Halimaton berkata, Puteri masih sekolah di Sekolah Kebangsaan Lukut (SKL) tetapi sejak tahun lalu, doktor di Hospital Serdang sarankan anaknya tidak pergi sekolah disebabkan keadaan paru-parunya bertambah kronik.

“Sejak itu dia lebih banyak berada di hospital dari di rumah dan kami sekeluarga sedaya upaya cuba memberinya harapan yang dia akan segera sembuh.

“Peluang Puteri nak jumpa Zizan nampak cerah selepas menerima lawatan pengacara popular, Pak Nil (Aznil Nawawi) yang menghubungi Zizan memberitahu hasrat Puteri yang ingin berjumpanya,” katanya.

Halimaton berkata, Zizan turut memberikan hadiah berupa topi dan wang tunai kepada Puteri dan mengucapkan terima kasih kerana bersusah payah menyempurnakan hasrat anak bongsunya itu.

Sumber : bharian , hmetro , ig zizanrazak869

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI