Fasa kesukaran hidup yang dilalui oleh sebilangan besar antara ahli keluarga kesan daripada pandemik Covid-19 ini wajar didepani dengan sikap yang positif.
Biar ada ketua isi rumah yang telah kehilangan punca rezeki, isteri dan anak-anak perlu bijak memainkan perananan agar sama-sama terus bangkit dengan usahakan pelbagai cara demi mencari sesuap nasi untuk anak beranak.
Senario ini dikongsikan sendiri oleh doktor ini tentang beberapa kisah yang terjadi di kliniknya.
Jom kita baca agar perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita bangkit bersama bagi merancakkan ekonomi keluarga.
Sepanjang PKP (hingga sekarang), setiap hari ada sahaja pesakit datang ke klinik mengadu hilang kerja atau pendapatan seisi rumah berkurang sampai tak cukup nak sara hidup.
Kebanyakan mereka datang untuk pemeriksaan kesihatan untuk jadi penghantar makanan. Sebahagian pula datang untuk ambil suntikan vaksin tifoid, untuk mula meniaga makanan.
Apa yang buat saya rasa ralat adalah; ada antara mereka ni yang dah berumur lebih separuh abad. Paling tua yang saya jumpa adalah pakcik berumur 56 tahun. Dah ada cucu dah.
Ads
“Cucu dah nak start taska. Ayah dia belum dapat kerja tetap, sekarang kerja GrabPanda. Duit tak cukup nak bayar taska,” kata pakcik tu.
Ayah mana yang sanggup lihat anak susah, inikan pula seorang datuk nak lihat cucu dia ada kekangan nak sambung sekolah. Sebab itu pakcik ni nak kerja jadi penghantar makanan juga. Nak bantu anak dan cucu.
Sedih bila membayangkan pakcik ni kena ke sana ke mari, redah panas dan gerimis untuk hantar makanan dari kedai-kedai ke rumah-rumah, demi untuk pastikan cucu boleh pergi taska nanti.
Seorang lagi emak, diajak oleh anaknya yang berumur 16 tahun untuk ke klinik. Budak tu nak menjual nasi lemak di hadapan rumah untuk bantu tambah pendapatan mereka sekeluarga.
“Saya kata dekat dia, nak jual depan rumah je, tak payahlah nak inject (suntikan tifoid). Lainlah nak ambil lesen meniaga,” kata emaknya, sambil buat muka tak puas hati.
Ads
“Kita nak jual makanan, kenalah ambil. Tak kisahlah nak ambil lesen ke tak. Benda ni kan untuk elak kita sebarkan penyakit pada orang, bukan untuk lesen,” jawab anaknya.
“Masalahnya, injection ni mahal! Faham tak?” balas maknya.
Saya tak tahu nak sokong yang mana. Si anak, bagus sudah pemikirannya. Keselamatan pembeli perlu diutamakan. Si emak punya keengganan pun ada asasnya. RM70-80 tu bukan nilai kecil.
Entahlah…
Ini antara cerita, daripada berpuluh-puluh masalah yang saya dengar dan saksikan sendiri sepanjang PKP ni. Tak tahu nak tolong bagaimana dah. Paling-paling kos pemeriksaan dan suntikan tu, saya bayar kepada klinik guna duit saya sendiri.
Ads
Tak bolehlah saya tak caj, kerana klinik saya pun nak hidup juga. Ada kos nak ditanggung, ada pekerja nak dibayar. Jadi, klinik caj pesakit, tapi saya yang bayar dari poket saya. Biar saya tanggung, bukan klinik.
Klinik saya pun terkesan juga dengan keadaan semasa. Gaji saya pun dipotong 50%. Namun, Alhamdulillah masih bolehlah meneruskan hidup, ada simpanan, ada sumber pendapatan lain.
Pendek kata, semua orang terasa impak daripada wabak COVID-19 ni, namun setiap orang lain dugaannya. Ada yang masih mampu berdiri, ada yang jatuh tersungkur ke tanah.
Sama-samalah kita bina semula ekonomi kita.
Kita sokong perniagaan di kawasan rumah kita, di kawasan tempat kerja kita. Utamakan perniagaan kecil-kecilan, berbanding perusahaan mega. Utamakan perniagaan tempatan, berbanding luar negara.
Bukan suatu yang mudah buat ibu bila ada ahli keluarganya demam atau kurang sihat. Lebih-lebih lagi jika yang kurang sihat itu adalah anak kecil. Umumnya anak-anak bila demam atau tidak sihat akan menangis dan tiada selera untuk makan.
Tambah membimbangkan setelah diberi ubat tetap juga tidak sihat-sihat. Jika reda pun seketika, kemudian sakit lagi.
Tahukah ibu-ibu, semua ini terjadi mungkin disebabkan kita memberi ubat tersebut dengan sukatan yang tidak tepat dan jarak waktu yang tidak menepati saranan doktor. Untuk lebih jelas tentang perkara ini, telah dikongsikan oleh Fahmi Hassan yang juga merupakan ahli farmasi di akaun twitternya.
Terdapat tiga pilihan alat yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk memudahkan memberi ubat dengan sukatan yang tepat dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada ubat yang disuapkan tertumpah atau sebagainya.
Picagari
2. Penitis
3. Dosage cup
Dan ini pula yang paling biasa kita gunakan, iaitu sudu. Namun punya risiko sebenarnya kerana dengan menggunakan sudu, kebiasaannya dos yang diberikan tidak sama dan kurang tepat sebagai mana yang disarankan oleh doktor.
Selain itu juga Fahmi Hassan pernah juga memuat naik jadual yang tepat untuk makan ubat. Menurutnya apabila disarankan makan ubat 2 kali sehari itu bermakna boleh diambil pada pukul 8 pagi dan 8 malam (selang 12 jam). Manakala jika disarankan 3 kali sehari itu bermakna boleh ambil ubat pada pukul 7 pagi, 3 petang dan 11 malam (selang 8 jam). Begitu pula jika disarankan 4 kali sehari, maka makanlah pada pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang dan 12 tengah malam (selang 6 jam).
sumber : Fahmi Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanam padi dalam polibeg, wanita ini kongsi caranya, yang suka bercucuk tanam mesti suka. Bagi penggemar aktiviti bercucuk tanam, menanam padi mungkin kedengaran agak sukar, terutamanya jika tiada kawasan sawah.
Tanam Padi Dalam Polibeg, Wanita Ini Kongsi Caranya, Yang Suka Bercucuk Tanam Mesti Suka
Namun, teknologi moden dan inovasi dalam bidang pertanian membolehkan kita menanam padi dalam ruang yang lebih kecil, termasuk menggunakan polibeg. Teknik ini bukan sahaja menarik, malah sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar dengan ruang terhad, atau sekadar ingin mencuba menanam padi secara kecil-kecilan.
Rujukan kos untuk yang nak cuba tanam padi dalam polibeg. Ramai tanya kos setiap 1 polibag, hasil padi dan hasil beras. Hanya ambil masa 4 hari untuk isi tanah, bina takungan, susun, dan tanam.
Lepas tanam, tunggu sahaja pokok besar. Beri baja ikut jadual.
BAHAN-BAHAN: Tanah RM200.00 Polibag RM400.00 Batu bata RM400.00 Plastik RM200 Upah RM1000.00 Kos RM2200/640 polibag
Kira susut nilai unutk 10 musim sebab pakai banyak kali 1 musim 1 polibag kos semua di atas hanya RM0.34 sen Baja 15kg @ RM5.00 total rm75.00 Kawalan serangga RM100.00 Total RM175/640
Kos 1 polibag rm0.27 Upah RM100/640 Total RM0.15 Total RM0.72
Katakan masuk air, kos pengeringan dan kisar padi RM0.30 Total RM1.00/polibag Dapat beras 200gm/polibag Harga beras semasa RM3.80/kg Jadi kos untuk 200gm adalah RM1.00 Jatuh 1kg rm5.00
Kita ambil sedikit kontigensi dalam 30% Plus minus dalam RM6.00/kg Ini beras wangi harga pasaran RM8/kg Untuk bebas racun harga pasaran cecah RM12/kg
Saya mengira data ini berdasarkan selepas 40 hari umur padi. Kalau ikut dengan kiraan 1 meter persegi saya sudah berjaya mendapatkan 500-600 anak pokok dengan hasil potensi 10mt/ha. Kira 1 polibag berjaya capai sasaran beranak sebanyak 40-50 anak.
JAGA POKOK
Masa sudah berbuah, nak jaga dari serangan perosak dan lain-lain kemungkinan Kalau tanam dekat rumah boleh tengok selalu. Pakai jaring bila perlu untuk elak burung atau tikus makan. Mesti ada sedikit usaha.
Saya bukan nak popularkan tanaman padi dalam polibag. Banyak pro dan kontra Ini hanya boleh jadi pilihan kepada peminat hobi menanam.
Kos mungkin berubah berdasarkan harga pasaran bahan-bahan mentah di kawasan anda
Memasak memang semua boleh buat, tapi kalau tak tahu caranya memang tak menjadi. Begitu juga dalam bab masak sotong. Walaupun nampak ringkas, tapi selalu juga bila kita masak terasa liat pula untuk dimakan. Mungkin kah sebab terlebih lama dimasak atau terlalu sekejap dimasak? Hanya yang biasa dan pakar je tahu jawapannya.
Untuk itu, ketahui petua yang dilakukan oleh Puan Khatijah Abdullah untuk pastikan sotong masak sambal tumis sedap rasanya dan yang penting tidak liat. Nak tahu lanjut jom semak.
Langkah 1 : Didihkan air di dalam periuk.
Langkah 2 : Masukkan sotong dan biarkan seketika.
Langkah 3 : Angkat sotong yang telah direbus dan asingkan air rebusan untuk dijadikan air tumisan ketika memasak hidangan.
Langkah 4 :Tumis sambal seperti biasa dan apabila semuanya sudah ready, masukkan sotong yang telah direbus tadi dan siap dihiris. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.