Menamatkan pengajian dalam penuh emosi. Apa lagi kehilangan insan yang tersayang bukan satu perkara mudah untuk dihadam. Yang pernah melalui tahu akan perasaan tersebut. Namun, berkat doa, sokongan dan dorongan suami tersayang, wanita ini berjaya juga menghabiskan PhDnya selepas 8 tahun.

Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter @tunfairuz yang juga suami kepada wanita tersebut. Perkongsian beliau mendapat lebih 13,000 Retweet dan rata-rata kagum dan memujinya sebagai suami yang menjadi tulang belakang kepada isteri sehingga berjaya menghabiskan PhD.

Menurut empunya diri Tun Fairuz, 8 tahun masa yang diambil isterinya untuk melengkapkan pengajian sekali gus berjaya menggengam PhD.

“Hilang Fokus & Emosi Lepas Anak Meninggal.” 8 Tahun Baru Berjaya Tamat Phd, Suami Kongsi Ketabahan Isteri Buat Ramai Sebak

 

Wife aku ambil jubah hari ni (28 September). Aku bangga gila dengan dia. 8 tahun beb nak habiskan study. Dari dia bujang, kahwin, kerja, ada anak, mati anak, ada anak balik. Dia dah nak berhenti dah. Lepas viva pun nak berhenti sebab tak ada semangat dah lepas Dewi pergi.

Tapi setiap kali dia kata nak berhenti, aku pujuk dia tiap-tiap hari. Aku cakap tak payah masak, tak payah buat kerja rumah, balik kerja awak buat jela awak punya correction tu. Dia buat jugaklah lepas aku marah-marah.

Aku faham dia nak juggling semua kerja, suami, emosi kehilangan anak, major correction, tapi aku pujuk cakap kat dia yang kalau dia quit semua sacrifices dia akan worthless. Selalu aku cakap, “ini last fight you dalam PhD, lepas habis ni tak payah pikir dah!”

A THREAD

Ads

“Hilang Fokus & Emosi Lepas Anak Meninggal.” 8 Tahun Baru Berjaya Tamat Phd, Suami Kongsi Ketabahan Isteri Buat Ramai Sebak

Ads

Ads

Sementara itu,  Nor Farhana Jasmi, 31, menerusi perkongsiannya bersama Haroan Metro, mengakui bukan mudah baginya menghabiskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam pengkhususan Sains Gunaan selepas tertangguh bertahun lama.

“Hilang Fokus & Emosi Lepas Anak Meninggal.” 8 Tahun Baru Berjaya Tamat Phd, Suami Kongsi Ketabahan Isteri Buat Ramai Sebak

“Daripada saya bujang, berkahwin, bekerja, dapat anak pertama, kehilangan anak dan sehingga ada anak balik, saya akui perlu melalui pelbagai pahit getir untuk menamatkan pengajian.

“Lebih hebat saya kehilangan anak pertama, Dewi Faleesya Fairuzzaman yang ketika itu berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas tersedak susu di taska 25 Jun tahun lalu.

“Saya hampir berputus asa ketika itu dan sudah tidak dapat fokus lagi untuk menghabiskan baki pengajian kerana terlalu rindukan anak. Atas dorongan suami, Fairuzzaman Shaharuddin, 31, dan keluarga yang mahu dia menghabiskan pengajian menguatkan lagi tekad saya. 

“Hilang Fokus & Emosi Lepas Anak Meninggal.” 8 Tahun Baru Berjaya Tamat Phd, Suami Kongsi Ketabahan Isteri Buat Ramai Sebak

“Saya perlu reda dengan kehilangan Dewi Faleesya, walaupun ketika saya dalam persiapan ‘viva’, arwah berada dalam rahim saya. Tapi ternyata benar apabila kita reda dengan satu ujian, Allah SWT akan beri lebih rezeki lagi.

“Saya mendapat anak kedua, Khayr Al-Haydar yang kini berusia dua bulan manakala suami kini berada di Jerman untuk menyambung pengajian PhD di University Goethe Frankfurt.

“Allah SWT sentiasa bersama hambanya yang reda dengan setiap ujian, bagaimanapun rindu saya terhadap arwah tidak pernah padam dan saya mengharapkan arwah menunggu kami di sana,” katanya.

Sumber: @tunfairuz & Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI