Mayat wanita dipercayai menjadi mangsa culik pada Ahad ditemukan dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 27 tahun yang disyaki dibunuh itu ditemukan orang awam kira-kira 3.30 petang.
“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga,” katanya.
Ahmad Dzaffir berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas wanita itu dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng di sini selain mendakwa turut menerima WhatsApp meminta sejumlah wang tebusan.
Beliau berkata, susulan penemuan mayat wanita itu, seorang lelaki yang juga pekerja swasta berusia lingkungan 20-an ditahan di Ampang, Selangor pada Selasa lalu bagi membantu siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dan lelaki itu dipercayai pasangan kekasih yang berkenalan melalui laman sosial sejak awal tahun ini dan motif pembunuhan disyaki ada kaitan dengan hutang.
Ahmad Dzaffir berkata, lelaki yang negatif dadah hasil ujian saringan air kencing itu ditahan reman selama 15 hari bermula 28 September lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.
Sumber : Harian Metro
5 Tip Buat Ibu-Ibu Mahu Ubati Rasa Bersalah Jika Selalu Marah Anak.
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian di pejabat tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Penat meredah jem belum hilang anak-anak sudah buat hal.
Waktu itu pasti emosi anda menjadi tidak stabil. Itu belum bab rumah sudah macam tongkang pecah, bersepah barangan mainan di sana-sini. Keletihan badan dan minda membuatkan anda naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka. Justeru Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan berkongsi tip berikut untuk membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.
Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Sumber: Dr Siti Ujila Official
15 Rahsia Intim, Buat Rumah Tangga Makin Bahagia!
Seks bukan sekadar melepaskan sahaja keinginan tetapi sebaliknya ia adalah terapi untuk kedua pasangan halal.
Jadikan info ini sebagai ilmu untuk memantapkan lagi kerukunan hubungan suami isteri anda. Ini yang anda perlu tahu.
- Di bahagian klitoris wanita terdapat 8000 hujung saraf yang merupakan jumlah terbanyak dalam tubuh manusia. Penis pada lelaki pula hanya memiliki setengah daripada jumlah.
- Bagi penghidap asma, seks mampu meredakan anda sebagai ubat antihistamin untuk melawan asma dan penyakit alergi.
- Lelaki akan berejakulasi sebanyak 1.5 liter sperma sepanjang hidup mereka.
- Seks adalah cara hebat untuk melepaskan ketegangan. Otak akan melepaskan bahan kimia dopamin yang membuat kita merasa lebih relaks.
- Pada usia 70 tahun, 73 peratus lelaki di dunia masih mampu ‘turned on’.
- Orgasme akan terjadi lebih agresif pada suhu yang tinggi atau panas. Tekanan darah akan naik lebih cepat sehingga lelaki lebih cepat terangsang.
- Lelaki mengalami beberapa kali orgasme asalkan orgasme pertama terjadi tanpa ejakulasi dan tidak kehilangan ereksinya.
- Menurut penelitian University of Groningen, Belanda, sebahagian besar otak wanita akan berhenti bekerja ketika orgasme, terutama pada pusat saraf yang mengatur rasa takut.
- Bahagian kiri testis lelaki juga biasanya tergantung lebih rendah jika dibandingkan dengan yang kanan.
- Ketika terangsang, vagina wanita akan memanjang sekitar 4 inci atau lebih bergantung kepada daya ransangan dan tekanan yang dihadapi.
- Aroma yang dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah ke penis adalah bau lavender, coklat, donat dan tak kurang juga bau enak daripada sebiji buah labu.
- Ketika lelaki sedang berejakulasi, hanya 200 daripada 100 juta sperma yang dapat mendekati sel telur. Namun hanya satu sahaja yang menjadi juara.
- Penelitian yang dilakukan oleh University of British Columbia mengatakan, 20 minit senaman setiap hari dapat meningkatkan tindak balas seksual yang lebih baik pada wanita.
- Abraham Morgentaler, M.D., penulis buku tentang seks dan lelaki mengatakan lelaki muda tidak terlepas daripada mempunyai disfungsi ereksi yang disebabkan oleh psikologi mereka sendiri. Mungkin rasa tidak yakin berbanding lelaki sudah berusia.
- Menurut penelitian, secara rata manusia mampu membakar lebih 200 kalori setiap kali melakukan seks selama 30 minit.
Modal RM 1 Je, Ibu Anak 3 Ni Bertanam Sawi Di Tepi Rumah. Boleh Tiru!
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
sumber : Farizah Rahman