Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah jika hendak ditafsirkan dengan usaha Ustazah Asma’ Harun yang melakukan aktiviti hiking hingga berjaya sampai ke puncak meskipun mengenakan jubah.

 

 

Tiada apa yang membataskan pergerakan penceramah bebas ini dan dilihat begitu selesa dengan berpakaian jubah di samping turut mengenakan seluar longgar dan berkasut sukan untuk memudahkan langkahnya ketika mendaki Bukit Kiara baru-baru ini.

Hiking Ilmiah, Penampilan Ustazah Asma Harun Kekal Berjubah Nampak Comel. Curi Tumpuan Warganet!

 

Hal ini turut mencuri tumpuan wargamaya, dan rata-rata akui ustazah Asma’ nampak begitu comel!

Hiking Ilmiah, Penampilan Ustazah Asma Harun Kekal Berjubah Nampak Comel. Curi Tumpuan Warganet!

Difahamkan aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan diri dengan lebih baik dan berterusan.

Berkongsi lanjut berkenaan pengalaman hiking bersama Ustazah Asma’ Harun, Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi moment dan bolehlah dijadikan inspirasi buat semua wanita yang teringin untuk memulakan aktiviti riadah dengan lebih istimewa.

Hiking Ilmiah, Penampilan Ustazah Asma Harun Kekal Berjubah Nampak Comel. Curi Tumpuan Warganet!

HIKING BERSAMA USTAZAH Asma Harun

Ads

Saya kongsikan di sini sebahagian dari gambar-gambar indah untuk dijadikan kenangan manis yang sempat dirakamkan di sepanjang aktiviti hiking bersama Ustazah dan Team serta beberapa sahabat saya semalam.

Sebenarnya, ada terlalu banyak gambar dan video yang diambil. Bermula dari susur naik sehinggalah ke waktu pulang, perbualan kami penuh dengan pengisian buat kami sendiri dan rakan-rakan. Saling bertukar ilmu. Saling berbicara. Ketawa bersama. Di samping beriadah.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Dengan izin Allah, liputan (coverage) di sepanjang perjalanan adalah sangat baik. Jadi team media Ustazah Asma dapat buat siaran live. Dan pendakian ini telah “diikuti” bersama oleh beberapa ribu orang yang menonton. Ada penonton yang telah menonton dari awal sehingga perjalanan kami selesai. MasyaAllah. Kata mereka…. Seolah turut mendaki bersama.

Berada di dalam hutan kecil di tengah kota begini, adalah cukup mendamaikan. Kita akan berjumpa dengan banyak pokok-pokok besar yang terjaga dengan baik di hutan. Tanpa perlu disiram setiap hari, namun ia semua tetap subur. Tanpa perlu dibaja, namun tetap segar. Begitulah kuasa Allah.

(Sedangkan pokok-pokok yang kita tanam dirumah walau dibaja dan disiram pun ada yang tidak bertahan).

Ads

Masuk ke hutan begini bukan hanya untuk menguji stamina juga kecergasan diri, tetapi untuk menikmati suasana alam semulajadi yang indah. Kemudian menikmati matahari terbit di sebalik pohon-pohon sehingga menghasilkan cahaya yang begitu cantik untuk ditatapi. Kita dapat menghirup udara yang lebih segar. Jauh dari pencemaran bunyi. Yang ada hanyalah bunyi air mengalir, deruan angin dan sesekali hidupan hutan seperti kera melintas menjadi penghibur kami.

Pagi semalam kami telah bersetuju untuk memilih Bukit Kiara sebagai destinasi pertama pendakian kami. Ianya tidak terlalu sukar untuk didaki. Namun laluan sekitar 8km itu sudah cukup untuk mengeluarkan keringat kami.

Pada permulaan rakaman video yang saya kongsikan, saya telah merahsiakan lokasi kami bagi tujuan keselamatan. Apabila sudah tiba di separuh jalan, barulah kami umumkan. (Saya lakukan begini setiap kali mendaki termasuk ketika bersama sahabat lain).

Hiking Ilmiah, Penampilan Ustazah Asma Harun Kekal Berjubah Nampak Comel. Curi Tumpuan Warganet!

Untuk waktu terdekat ini, Ustazah Asma’ Harun ada membuka bagi wanita, khususnya suri rumah untuk turut sama mengikuti program hiking bersama kami. Anda boleh pergi ke Page ustazah atau ke Facebook personal ustazah untuk membuat pendaftaran nanti.

Kami sangat menggalakkan para wanita untuk meningkatkan penjagaan kesihatan diri dengan lebih baik dan berterusan. Dan program hiking begini juga sangat baik bagi “healing” dan menenangkan diri dari kesibukan urusan harian.

 

Ads

 

Terima kasih Ustazah dan Team untuk pengalaman yang manis ini. Semoga kita dapat beraktiviti bersama lagi nanti.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat hikers saya, Faz, Kapten Elman, TJ, Kak Rita dan Datin Eliza yang menemankan kami. Juga bagi foto-foto yang cantik ini.

Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Hiking Ilmiah, Penampilan Ustazah Asma Harun Kekal Berjubah Nampak Comel. Curi Tumpuan Warganet!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI