“Hijrah Yang Lebih Untuk Kami Sekeluarga..” Mia Ahmad Ikut Suami Menetap Di Pahang!
Umum mengetahui, suami kepada pelakon Mia Ahmad iaitu Izham Tarmizi akan beraksi sebagai salah seorang pemain pasukan Sri Pahang FC untuk Liga Malaysia musim hadapan.
Susulan itu, Mia Ahmad ada berkongsi sedikit kesedihannya ketika proses berpindah di instagramnya yang mencuri tumpuan warganet.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sukar Ucap Selamat Tinggal
Menerusi Instagram Mia, dia telah memuat naik momen sewaktu memunggah barang dari kediaman di Johor menaiki lori untuk dibawa ke kediaman baru di negeri Pahang.
Ads
Ujarnya, dia agak sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang tersayang di Johor kerana sudah banyak kenangan tercipta bersama.
Walau bagaimanapun, dia sedar bahawa kita merancang namun perancangan Allah S.W.T lebih hebat. Sejujurnya menurutnya posting yang dibuat bukanlah untuk menzahirkan rasa kesal ataupun meraih simpati, tetapi lebih kepada penghargaan kepada semua yang telah mereka lalui.
Pelakon drama Hati Perempuan ini juga memaklumkan yang penghijrahan tersebut adalah sesuatu yang baik dan dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada JDT.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada suami Mia Ahmad, Izham Tarmizi atas jasa dan baktinya terhadap pasukan JDT.
Malah mereka juga mendoakan agar urusan keluarga Mia Ahmad dipermudahkan dan berjaya di tempat baru.
“Tq izham bnyk bjasa dgn JDT..smoga dpmudahkn urusan mia n izham Dan sntiasa dimurhkn rzki kmna saja uolls prgi”
“Semoga dipermudahkan segala urusan mia dan miji. Kami ttp ingt segala kenangan mia dan miji di Johor. Apa lagi miji pernah menyarung jersey jdt. Semoga miji terus berjaya, walau dimana negeri pun miji berada kami group whsstp mia lover akn terus menyokong. Semoga mia dan miji brjaya dunia akhirat. Rezeki ada ada dimana mana.”
Ads
“Percaturan Allah adalah yg terbaik. Ada hikmah disebalik pemindahan ini. Rezeki Allah tk pernah salah alamat. Semoga ditmpt baru ini rezeki izham melimpah ruah. Semoga Allah mmbrkati n merahmati kerjaya izham n to ur family too. Aamiin Allahumma Aamiin. Semangat izham. 🤲🤲”
Ibu kanak-kanak dua beradik termakan keropok ada racun tikus rayu doakan anak kembali sembuh. Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun berada dalam keadaan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi Labu Besar, Kulim, Kedah.
Ibu Kanak-kanak Dua Beradik Termakan Keropok Ada Racun Tikus Rayu Doakan Anak Kembali Sembuh
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
“Saya rayu orang ramai titipkan doa buat dua beradik ini semoga segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.
“Terima kasih dan semoga ada doa dalam kalangan kalian yang dikabulkan Allah SWT.”
Begitu rayuan Nurain Hasnorizal, 25, mengenai perkembangan dua anaknya yang kini kritikal dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus.
Dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah itu, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun masih tidak sedarkan diri dan di bawah pemantauan doktor.
Katanya, doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya tetapi mereka akan cuba yang terbaik.
“Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya yang tidak stabil.
“Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah ‘teruk’,’ katanya.
Mengenai perkembangan Muhammad Luth Syauqi pula, Nurain berkata, anak keduanya itu masih dalam keadaan koma.
“Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma.
“Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya,” katanya yang juga operator kilang.
Nurain berkata, ketika kejadian dia menyedari anaknya masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian, anak bongsunya diserang sawan.
Katanya, dia turut memeriksa keadaan anak sulungnya yang dalam keadaan serupa selain mulut berbuih.
“Saya lihat ada plastik makanan ringan dan yakin mereka sudah termakan keropok dicampur racun tikus itu yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet.
“Berikutan keadaan kritikal, mereka dipindahkan dari Hospital Kulim (HK) ke HPP,” katanya.
Turut kelihatan di perkarangan HPP adalah sanak saudara mangsa yang menemani Nuraini.
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian di pejabat tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Penat meredah jem belum hilang anak-anak sudah buat hal.
Waktu itu pasti emosi anda menjadi tidak stabil. Itu belum bab rumah sudah macam tongkang pecah, bersepah barangan mainan di sana-sini. Keletihan badan dan minda membuatkan anda naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka. Justeru Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan berkongsi tip berikut untuk membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.
Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Bila mana melibatkan kes suami tidak ambil peduli kisah isteri, mengabaikan isteri dan memperlakukan sesuka hati kepada isteri, hal ini sebenarnya perlu difikirkan oleh lelaki bergelar suami.
Jangan mempersoalkan berapa banyak tugasan yang isteri harus lakukan sebaliknya cubalah memahami mereka setiap hari. Tulisan lelaki ini, Ahmad Affzan Abdullah banyak benarnya. Mohon suami buka mata!
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya.
Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
Sematkan azam baru. Buat yang terbaik untuk pasangan kau. Segala apa usaha yang kau buat, yakinlah Tuhan nampak dan Tuhan akan balas. Insya-Allah takkan sia-sia. Tak perlulah kau mengadu letih di media sosial sebab lama berdiri teman isteri membeli-belah.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...