Hidup Tanpa TV Salah Satu Amalan Ibu Ini Didik Anak ‘Ketagih’ Baca Al-Quran. Deep!

Share

Zaman serba mencabar dengan pelbagai pengaruh media sosial dan gajet, pastinya sukar untuk mendidik anak suka membaca Al-Quran. NamunjJika jiwa mereka didik untuk mencintai Al-Quran sejak kecil ia menjadi mudah.

Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk kita mendidik anak-anak suka membaca Al-Quran setiap hari. Pasti ada caranya. Apa yang pasti kita perlu istiqomah dalam semasa mendidik anak-anak.

Ikuti perkongsian ibu ini yang pernah tular apabila anaknya mahir membaca Al-Quran. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat mendidik anak-anak.

Dengan itu, ikuti perkongsian ilmu oleh puan Siti Aminah Sulaiman bagaimana mendidik anak suka membafca Al-Quran.

Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. 

sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran. Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran

Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:

1) BIAH AL QURAN

Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran. Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca. Tak perlu saya suruh2 atau paksa lagi.

Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran. Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumah

Betapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumah. ini yang dipanggil BIAH AL QURAN. Anak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran

Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca al Quran. Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?

2) HIDUP TANPA TV

Part ni paling susah. Jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi. Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya suka

Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR

Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton

Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan itu berlaku 5 tahun yang lepas.

Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi. Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran.

3) SENTIASA ISI GELAS ILMU

Untuk berjaya dalam mendidik anak,perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong

Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman. Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak saya

Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu. Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu.

Gambar hiasan

4) DOA

patut saya letak ini kat atas sekali. Ini paling penting! Saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran, dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya

Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai. Berdoalah wahai ibu ayah

Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah. Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya. 

VIDEO ANAK MEMBACA AYAT AL-QURAN

Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur Solehah. Moga ada manfaat bagi yang membaca