Hidup Suami Tenang Selagi Isteri Masih Percaya. Sila Takenote!

Share

Mengekalkan kebahagiaan dan melalui hidup yang  damai dalam rumahtangga dari awal perkahwinan hingga hujung nyawa, bukanlah semudah menyebut A B C.

Hakikatnya, ia perlu diusahakan oleh kedua-dua belah pihak dan salah satu kuncinya adalah kepercayaan.

Segalanya bermula dengan kepercayaan, hubungan boleh retak kerana hilangnya kepercayaan dan kuatnya cinta juga kerana percaya!

Menyentuh tentang kepercayaan, turut terpanggil untuk Firdaus Shakirin berkongsi pandangan tentang kesannya pada suami bila isteri masih percaya atau sudah hilang kepercayaan.

Ini perkongsiannya.

Selagi masih diberikan kepercayaan…

Hidup suami ni tenang selagi isteri masih percaya…walaupun tak sepenuhnya, tapi kalau 80% to 90% peratusan dia letak kepercayaan tu, maka insyaAllah, pergerakan dan perbuatan suami tu masih bebas…bebas bersyarat, bukan bebas untuk buat apa saja…

Syaratnya masih kena jaga pergaulan, jaga tingkah laku, dengan siapa kita berkawan, berhubung…ada had di setiap kebebasan yang isteri bagi…

Mungkin hari ni dia tengok kita pegang HP, dia tak mintak HP untuk check…mungkin hari ni dia tak tanya kita keluar ke mana, kenapa balik lambat dan sebagainya…mungkin hari ini dia takde cakap bukan-bukan, sangka bukan-bukan kepada kita…

Asbab dia masih percaya…dia masih ada kepercayaan terhadap apa yang kita buat di depan dan di belakang dia…

Andai kata satu hari nanti, ada perbuatan kita yang menghilangkan kepercayaan dia, maka kita tak boleh nak salahkan dia jika dia mintak HP untuk diperiksa, dia tanya kenapa nak keluar, dengan siapa kita keluar, pukul berapa nak balik…

Selagi hidup tu masih tenang, belum kucar kacir, maka jagalah dan hargailah…permintaan isteri tu simple, jangan dihancurkan kepercayaan dia…once dia dah lagi tak percaya, maka apa yang kau buat pun dia tetap ragu-ragu walaupun ianya betol…

Sumber : Firdaus Shakirin