Biar papa asal bergaya, istilah yang digunakan untuk mengambarkan hidup mewah sedangkan diri tidak mampu untuk berbuat begitu. Malah sikap ini akan menjejaskan pendapatan dan simpanan masa depan.
Justeru, yang terbaik adalah pilihlah hidup sederhana mengikut kemampuan. Kurangkan beban hutang, asalkan ia menjejaskan simpanan anda.
Begitulah yang dikupas oleh seorang perunding kewangan, Mohd Shukur mengenai sikap sesetengan individu yang membeli rumah terlalu mahal sehingga ia boleh menjejaskan pendapatan masa hadapan jika berlaku sebarang perkara diluar jangkaan seperti hilang pekerjaaan atau peniagaan merosot. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Mengambil pinjaman perumahan ( housing loan ) bukanlah satu hutang rumah.
Ianya adalah pinjaman wang dari future income anda.
Rumah itu hanyalah cagaran kepada pinjaman itu.
Sebab itu ianya dikategori sebagai ‘collateral loan’.
Apabila “income bulanan masa depan” itu tiba, sejumlah tertentu yang dipersetujui sebagai ansuran pinjaman mesti dilepaskan setiap bulan juga. Jika anda tidak melepaskan jumlah itu dari income bulan ini dan seterusnya, ianya akan tertunggak dan semakin membebankan income masa depan yang bakal tiba nanti.
Jika anda kehilangan potensi future income untuk datang, seperti kehilangan pekerjaan atau kemerosotan perniagaan, dan tiada pula back-up saving atau liquid asset, maka anda tidak boleh membayar jumlah hutang yang sepatutnya dibayar dari income masa depan anda.
Akhirnya rumah akan dilelong.
Begitu juga konsep untuk kereta, ianya akan ditarik semula dan dilelong.
Jika anda memahami konsep ini, anda tidak akan memberi bebanan kepada future income anda dengan membeli yang terlalu mahal.
Konsep ini datang dari barat.
Mereka mencipta konsep taman perumahan, sistem pinjaman perumahan, interest dan bank.
Apabila pinjaman perumahan ini dibuat maka datanglah kos-kos lain yang mahal juga seperti kos-kos perjanjian loan itu , yuran guaman bagi pembiayaan, kos penilaian dan juga jika dah berumur akan terpaksa membayar tambahan lagi kos insurans yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Orang yang membeli rumah dengan tunai untuk rumah kediaman bukanlah langkah kurang bijak atau tak reti main saham @ investment, tetapi ianya adalah antara strategi penjimatan. Orang yang mampu beli tunai untuk rumah pelaburan pula samada kini kadar sewaan jatuh pun, ianya tetap aliran tunai yang positif.
Namun jika mereka membuat pinjaman bank untuk rumah pelaburan, ianya bertujuan untuk menambah lagi bilangan hartanah pelaburannya.
.
Nota Kaki :
Orang Melayu dulu-dulu bina rumah sendiri.
Jika mengupah tukang rumah, mereka membayarnya tunai. Barang-barang juga dibeli tunai.
Mereka tidak berhutang, apatah lagi hutang sepanjang hayat.