Umumnya, bila rumah dihias cantik tentu penghuninya akan berasa selesa. Namun, ada juga orang merasa tiada pentingnya rumah dihias sempurna apatah lagi andai hidup masih menyewa.
Seakan mereka merasakan satu kerugian pula jika rumah tersebut dihias cantik. Memandangkan rumah tersebut bukan milik mereka dan hanya mendiami rumah tersebut dalam tempuh yang terbatas.
Pun begitu berbeza kisahnya bagi keluarga ini, walau pernah menyewa dan berpindah lebih 9 kali, namun tetap setiap rumah yang dihuni akan dipastikan rumah tersenut dihias sempurna.
Apa sebabnya keluarga ini merasakan pentingnya dekorasi rumah, ayuh kita baca perkongsian daripada puan Khairunnisa Hamzah ini.
“Puan, macam mana saya nak dekor rumah sewa?”
“Rumah sewa boleh dekor ke?”
“Saya duduk rumah sewa saja…”
Banyak pertanyaan dan keluhan sebegini yang masuk ke kotak pertanyaan saya.
Saya kongsikan kisah lama saya menyewa rumah dahulu. Kami sudah 9 kali pindah rumah. Ya, 9 kali! Tahun depan mungkin ada perpindahan kali ke-10.
Ada rumah yang disewa, ada rumah yang kami beli dan jual semula.
Yang pasti setiap kali menyewa atau bertukar rumah lain, kami akan dekor juga walau ada yang sesimple mungkin.
Ini adalah kerana dekorasi memberikan aura diri dan mood positif pada semua ahli keluarga.
Ini salah satu rumah sewa kami.
Sebelum menyewa
——————————–
1.Kami survey lokasi terlebih dahulu.
2.Apabila minat dengan persekitaran, kemudahan dan kejiranan, kami akan ikhtiar cari rumah untuk disewa.
Sama ada tengok iklan di internet atau bertanya dengan jiran-jiran jika tiada langsung papan tanda rumah untuk disewa di situ.
Semasa berbincang
———————————
3.Kami akan minta izin untuk dekor rumah tersebut.
4.Persetujuan dibuat untuk gantikan deposit rumah dengan kos baik pulih rumah tersebut.
5.Nak bincang apa, bincang semuanya semasa proses perbincangan sebelum menurunkan tandatangan atas kertas perjanjian sewa.
Semasa menyewa
——————————
6.Jaga rumah sebaik mungkin
7.Tunjukkan hasil penjagaan rumah yang baik. Apabila rekod baik, mudah untuk urusan lain akan datang.
8.Kami minta potong duit sewa bulanan untuk bina dapur dan pasang kabel optik internet yang ditarik dari jalan masuk.
Selepas menyewa
——————————-
10.Ajak tuan rumah datang tengok rumah. Jika berminat dengan dekorasi dan rupa rumah, boleh cadangkan tuan rumah untuk ambil kesemuanya. Cadangkan untuk tuan rumah buat homestay atau duduk sendiri.
11.Berikan nilai yang menarik dan berpatutan untuk tuan rumah jadi ambil barang dan dekorasi. Jadi tak perlu kita angkut keluar barang. Lagi pun setiap rumah lain setting dan suasananya. Jadi dekorasi dan kelengkapan yang ada sesuai untuk rumah ini. Apabila ke rumah lain, ia mungkin tidak seselesa sebegini lagi.
Dekor rumah sewa yang kami buat pada rumah ini:
-Menggunakan bahan industri seperti kayu pallet, batu-bata merah dan simen kasar.
-Perabot yang berpatutan dan ada yang didapatkan dari kedai perabot recycle yang mengguna pakai perabot hotel dan barang berjenama yang masih baik.
-Hiasan dan dekorasi yang dibuat khas dan dipilih unik berkarakter dari kedai-kedai dekorasi yang pernah dikunjungi.
Jadi, siapa kata rumah sewa tak boleh didekor selesa.
Biarlah sesimple mana, tapi masih ada aura dan serinya.
sumber : Khairunnisa Hamzah
(Mommy Dekor)