Umumnya, bila rumah dihias cantik tentu penghuninya akan berasa selesa. Namun, ada juga orang merasa tiada pentingnya rumah dihias sempurna apatah lagi andai hidup masih menyewa.
Seakan mereka merasakan satu kerugian pula jika rumah tersebut dihias cantik. Memandangkan rumah tersebut bukan milik mereka dan hanya mendiami rumah tersebut dalam tempuh yang terbatas.
Pun begitu berbeza kisahnya bagi keluarga ini, walau pernah menyewa dan berpindah lebih 9 kali, namun tetap setiap rumah yang dihuni akan dipastikan rumah tersenut dihias sempurna.
Apa sebabnya keluarga ini merasakan pentingnya dekorasi rumah, ayuh kita baca perkongsian daripada puan Khairunnisa Hamzah ini.
“Puan, macam mana saya nak dekor rumah sewa?”
“Rumah sewa boleh dekor ke?”
“Saya duduk rumah sewa saja…”
Banyak pertanyaan dan keluhan sebegini yang masuk ke kotak pertanyaan saya.
Saya kongsikan kisah lama saya menyewa rumah dahulu. Kami sudah 9 kali pindah rumah. Ya, 9 kali! Tahun depan mungkin ada perpindahan kali ke-10.
Ada rumah yang disewa, ada rumah yang kami beli dan jual semula.
Yang pasti setiap kali menyewa atau bertukar rumah lain, kami akan dekor juga walau ada yang sesimple mungkin.
Ini adalah kerana dekorasi memberikan aura diri dan mood positif pada semua ahli keluarga.
Ads
Ini salah satu rumah sewa kami.
Sebelum menyewa
——————————–
1.Kami survey lokasi terlebih dahulu.
2.Apabila minat dengan persekitaran, kemudahan dan kejiranan, kami akan ikhtiar cari rumah untuk disewa.
Sama ada tengok iklan di internet atau bertanya dengan jiran-jiran jika tiada langsung papan tanda rumah untuk disewa di situ.
Semasa berbincang
———————————
Ads
3.Kami akan minta izin untuk dekor rumah tersebut.
4.Persetujuan dibuat untuk gantikan deposit rumah dengan kos baik pulih rumah tersebut.
5.Nak bincang apa, bincang semuanya semasa proses perbincangan sebelum menurunkan tandatangan atas kertas perjanjian sewa.
Semasa menyewa
——————————
6.Jaga rumah sebaik mungkin
7.Tunjukkan hasil penjagaan rumah yang baik. Apabila rekod baik, mudah untuk urusan lain akan datang.
8.Kami minta potong duit sewa bulanan untuk bina dapur dan pasang kabel optik internet yang ditarik dari jalan masuk.
Ads
Selepas menyewa
——————————-
10.Ajak tuan rumah datang tengok rumah. Jika berminat dengan dekorasi dan rupa rumah, boleh cadangkan tuan rumah untuk ambil kesemuanya. Cadangkan untuk tuan rumah buat homestay atau duduk sendiri.
11.Berikan nilai yang menarik dan berpatutan untuk tuan rumah jadi ambil barang dan dekorasi. Jadi tak perlu kita angkut keluar barang. Lagi pun setiap rumah lain setting dan suasananya. Jadi dekorasi dan kelengkapan yang ada sesuai untuk rumah ini. Apabila ke rumah lain, ia mungkin tidak seselesa sebegini lagi.
Dekor rumah sewa yang kami buat pada rumah ini:
-Menggunakan bahan industri seperti kayu pallet, batu-bata merah dan simen kasar.
-Perabot yang berpatutan dan ada yang didapatkan dari kedai perabot recycle yang mengguna pakai perabot hotel dan barang berjenama yang masih baik.
-Hiasan dan dekorasi yang dibuat khas dan dipilih unik berkarakter dari kedai-kedai dekorasi yang pernah dikunjungi.
Jadi, siapa kata rumah sewa tak boleh didekor selesa.
Biarlah sesimple mana, tapi masih ada aura dan serinya.
Roti dan donut adalah antara makanan kegemaran yang disukai ramai sebagai judah seisi keluarga.
Walaupun mudah dibeli dikedai, namun ada juga lebih suka membuatnya sendiri di rumah. Bagaikan kepuasan apabila hasil air tangan menjadi dan anak-anak serta suami memuji kesedapannya.
Cuma cabarannya untuk memastikan donat dan roti menjadi gebu gebus selembut kapas sebagaimana seperti di kedai kek atau kilang roti.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian wanita ini, dia berkongsi tip tepung gandum yang sesuai.
Namun ini tidak bermakna tepung gandum lain tidak sesuai, ia hanya merujuk kepada pandangan beliau. Kepada siapa nak cuba boleh ikuti caranya.
Tips dan rahsia donat / roti gebu Jangan pakai tepung gandum ni.
Siapa baru tau? Angkat tangan. Sebelum ni buat guna tepung gandum biasa atau tepung serbaguna, memang jadi, tapi rupanya kat kedai2, homebakers, bakery guna tepung ni.
Banyak juai kat kedai bahan bakery tepung ni. Memang lain perbezaan gebu gebas roti and donat. harga pun murah ja bukan mahai.
Meninjua diruang komen ada dikalangan para netizen baru mengetahui tip yang dikongsi. Ada yang bercadang ingin mencuba. Namun ada juga menyangka dawaan itu dengan mengatakan tepung biasa dan tepung bunga berkenaan juga tetap memberi hasil yang gebu.
Nak cuba tepung high protien
Cara uli main peranan
Keluarga: Apa yang pasti, setiap orang mempunyai cara tersendiri. Boleh pilih mana yang sesuai dan try and error adalah yang terbaik.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Orang dulu-dulu banyak petua yang sangat bagus untuk diamalkan. Malah, sangat mudah untuk dipraktikkan kerana menggunakan bahan semula jadi yang terdapat di sekelilingi kita.
Namun, mungkin kesan yang diperoleh dari petua ini tidaklah berkesan serta-merta dan kadang kala perubahan dirasai sedikit demi sedikit bergantung kepada kekerapan melakukannya. Tetapi yang penting, tiada bahan kimia digunakan tau!
Jom kita tengok antara petua lama yang kita boleh ikuti.
1. TANGAN LUKA
Jangan panik jika jari anda terkena pisau dan luka. Anda boleh menggunakan sarang telur labah-labah yang berwarna putih seperti kapas dan letakkan di jari yang luka. Anda akan dapati darah berhenti dengan cepat.
2. HILANGKAN KUTU KEPALA
Ini merupakan masalah yang merunsingkan kerana melibatkan kepala dan juga rambut. Cara nak hilangkannya adalah dengan lumurkan kepala anda dengan minyak tanah. Kemudian, bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala anda akan mati selepas itu.
3. REDAKAN SAKIT MATA
Apabila mata mula merah, pasti rasa sakit yang memeritkan. Cuba titiskan sedikit rebusan air sirih di dalam mata. Memang sedikit pedih tapi sakit mata anda akan pulih dengan segera.
4. LEGAKAN SAKIT PERUT
Minum air rebusan daun kesum jika anda merasakan perut tidak sedap, menghadapi kembung atau cirit-birit. Daum kesum juga boleh dibuat ulam. Perut anda akan berasa lega dan beransur pulih.
5. PIJAR CILI
Lumurkan jari jemari yang terasa pijar cili dengan garam. Biarkan selama 5 minit sebelum bilas menggunakan air sejuk.
6. TIMUN LEBIH RANGUP
Hiris timun atau kupas kulit timun dan simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dijadikan ulam atau dimakan. Rasalah! Confirm lebih rangup.
7. HILANGKAN BAU PETAI
Sedapnya makan nasi berulamkan petai! Bila makan petai dengan banyak, mulut akan berbau! Usah bimbang, anda hanya perlu makan beberapa potong timun, anda akan rasa bau petai akan hilang.
8. PEDIH ULU HATI
Kesakitan pedih ulu hati amat memeritkan. Anda boleh amalkan memakan satu sudu madu setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan selalu, pedih ulu hati anda akan hilang.
9. MENGHILANGKAN BAU MULUT
Anda hanya perlu menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan campuran tadi kepada gigi dan kumur hingga bersih. Amalkan tiga hari sekali.
10. MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Lekapkan teh uncang yang telah digunakan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.
11. MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEMASA HAMIL
Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh pada urat yang mula timbul. Urat yang timbul akan hilang jika diamalkan selalu.
12. MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI
Bakar beberapa helai daun kelapa kering sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi anda dan ulangkan beberapa kali. Gigi anda akan menjadi putih berkilat!
Sumber: Abgbrian.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam banyak-banyak seluar panjang yang kita ada pasti ada satu seluar yang cukup selesa dipakai. Jadi tidak hairanlah seluar tersebut akan kerap kali dipakai dan akhirnya boleh menyebabkan cepat pudar dan nampak lusuh warnanya.
Apatah lagi jika seluar tersebut warna hitam, andai pudar warnanya tentu terlihat begitu ketara. Hendak disimpan sahaja terasa sayang, apatah lagi untuk membuangnya memang tidak sampai hati.
Jadi bagaimana atasinya?
Mungkin ada boleh lakukan seperti perkongsian di bawah ini. Dengan beberapa langkah sahaja seluar lusuh anda boleh berubah nampak seperti baharu. Memang hebat!
Cara Hitamkan Seluar Yang Pudar Warnanya
Perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pemilik akuan @erene__ ada menunjukkan cara mudah untuk melakukan proses menghitamkan semula seluar yang nampak pudar dan lusuh berubah warnanya menjadi lebih hitam persis seluar yang baru dibeli.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai yang teruja untuk mencuba dan sekali gus dapat berjimat daripada membeli seluar baru. Apatah lagi jika seluar yang lusuh tersebut adalah menjadi seluar yang selesa dipakai dan pastinya sayang untuk dibuang.
Fabrik dye (2 peket dan pemati warna)
Air panas
Garam
Langkah 1 : Basahkan atau rendam seluar yang lusuh terlebih dahulu.
Langkah 2 : Di dalam bekas lain, masukkan air panas bersama garam. Kacau rata. Kemudian masukkan dye dan kacau lagi hingga sebati. Setelah itu rendam seluar tadi selama 30 minit.
Langkah 3 : Selepas itu jemur seluar tadi hingga kering
Langkah 4 : Ambil bekas dan campurkan pemati warna, garam dan air biasa.
Langkah 5 : Kemudian rendam seluar tadi di dalam bekas tersebut sehingga 2-3 jam dan jemur kembali buat kali ke 2.
Hasilnya seluar akan kelihatan hitam gelap dan nampak seperti baru. Apa yang menariknya lagi tag seluar tidak hitam pun. Memang berbaloi dan bolehlah dicuba!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...