Sesungguhnya hidup ini harus dilalui dengan penuh kesederhanaan, bersyukur, dan tidak berlebihan. Kehidupan yang singkat ini, manusia harus mencari kebaikkan dalam hidup.
Oleh itu, hidup dengan menghormati sesama manusia itu amat penting untuk kesejahteraan hidup. Sebagaimana, dikongsinya oleh pelakon dan usahawan Adam Corrie di instagram miliknya yang berharap, usah bersikap memperlekehkan dan mempersendakan hidup orang lain kerana hidup ini singkat dan lakukan kebaikkan dalan kehidupan.
Dalam hidup kita, tak perlu perlekehkan hidup orang lain. Tak lucu pon kita persendakan hidup orang lain. Hidup kita singkat je, kalau buruk yang kita cari.. buruk lah yang kita dapat.
Ads
Cari perkara buruk itu ada pada kita, kita perbaiki. Buruk kita sebenarnya lagi banyak… sebab dgn rahmat Allah yang tutup buruk & aib kita, kita nampak baik.
Beliau juga berkongsi doa menutup aib. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita membaiki diri.
Ads
Doa Menutup Aib Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat pada-Mu. Aku memohon ampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala kekuranganku, tenangkanlah hatiku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung pada-Mu dari musibah yang tak terduga.
Anak sulung sememangnya cukup istimewa. Namun lumrah dalam kehidupan, anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik- beradik yang lain.
Hal ini kerana, ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak- anak yang lebih kecil. Jadi, sangat penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada anak sulung mereka, jangan sekali abaikan mereka.
Anak sulung pasti ada tanggungjawab mereka yang perlu digalas yang diberikan oleh ibu bapa. Banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan dan perlu beralah dengan anak. Ibu bapa perlulah menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh anak sulung dan anak yang lain.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, Pegawai Kesihatan Pediatrik, anak sulung akan menghadapi pelbagai tekanan apabila mereka berhadapan dengan cabaran ini.
Antara cabaran yang seringkali anak sulung hadapi ialah:
1. Paling selalu dimarahi oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik- beradik walaupun bukan salah dia.
2. Kurang dapat perhatian apabila ada adik baru.
3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik- beradik sehingga:
– Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.
– Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
Menurut beliau lagi, terdapat beberapa kesan yang boleh dialami oleh anak sulung disebabkan stress yang dihadapi.
Antara kesan- kesannya ialah:
1. Anak sulung suka memberontak
2. Jadi pemarah dan pendendam
3. Terlampau sensitif
4. Kuat merajuk
5. Suka berlawan dengan adik
Kesian anak sulung kita, antara ke semua anak kita, mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah masih muda.
Sebab itulah kita perlukan ilmu untuk mendidik anak sulung. Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua dan pemimpin pada adik- adiknya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Siapa tak kenal dengan selebriti popular, Neelofa yang sebelum ini berupakan pengacara bagi program Meletop.
Sejak mendirikan rumahtangga bersama suaminya PU Riz, Neloofa banyak mengurangkan aktiviti seninya dan fokus pada perniagaan dan keluarga.
Kini Neelofa sedang mengandungkan anak kedua selepas mendapat anak lelaki sulong, Muhamad Bilal.
Menerusi video di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjawab pertanyaan ‘nak berapa orang anak’. Jawab Haris, 28, Neelofa mahukan bilangan anak seperti satu pasukan bola sepak.
Seingat saya, dia (Neelofa) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja.
Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya.
Sementara itu, Neelofa menyatakan Haris bertuah kerana dikurniakan isteri yang seronok memiliki ramai anak. Kata hos Next To Neelofa 2 ini, dia tidak pernah mengehadkan jumlah anak selagi mempunyai kudrat untuk menguruskan.
Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menekankan ibu bapa perlu berkemampuan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak.
Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti.
Bayi pramatang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ibu. Bayi yang normal dilahirkan antara 37 ke 42 minggu usia kandungan ibu.
Ada banyak punca bayi dilahirkan secara pramatang mengikut fakta perubatan. Mengikut myhealth.gov.my antara penyebabnya adalah:
Ibu mengalami pecah ketubah awal yang mana disebabkan jangkitan air ketuban dan selaput ketuban.
Kelahiran bersalin tidak cukup bulan.
Sejarah kelahiran pramatang.
Kandungan kembar, contoh kembar dua atau tiga dan seterusnya.
Kelainan struktur rahim dan servik.
Ibu mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung dan kedudukan uri di bawah (placenta previa).
Sokongan sosial yang lemah.
Pengambilan alkohol, dadah berbahaya dan merokok semasa mengandung.
Jangkitan pada salur kencing.
Jangkitan kongenital dalam kandungan.
Bagi ibu bapa yang dikurniakan anak pramatang, perlu diingat yang tahap perkembangan dan tumbesaran bayi anda berbeza dengan bayi yang lahir cukup bulan.
Photo by Monika Balciuniene: www.pexels.com
Ini kerana ada ibu bapa yang risau melihat perkembangan berbeza anak mereka dibandingkan anak orang lain yang lahir pada masa yang sama tetapi cukup bulan.
Sebenarnya penting untuk ibu bapa tahu cara betul kira umur bayi pramatang. Ini supaya senang hendak memantau tahap perkembangan mereka dan tidaklah susah hati memikirkan kenapa anak masih belum mencapai perkembangan sama seperti bayi lain yang normal.
1. Pelarasan umur atau corrected age, merupakan usia untuk bayi pramatang kalau mereka dilahirkan pada tarikh jangkaan bersalin.
2. Doktor akan menggunakan umur yang diselaraskan ini untuk menilai saiz dan perkembangan bayi pramatang.
3. Cronological age tak digunakan sebagai penanda aras untuk bayi tak cukup bulan kerana mereka mungkin ada organ atau fungsi bayi biasa yang belum betul-betul berkembang seperti bayi yang lahir cukup bulan.
Kenapa penting untuk guna corrected age ni?
Sebab ini boleh membantu untuk menentukan perkembangan bayi pramatang mengikut cara penilaian biasa.
Contohnya, bayi yang lahir 3 bulan awal tak boleh duduk sendiri lagi pada umur 6 bulan kerana mengikut corrected age, umur bayi tersebut baru 3 bulan.
Ini cara kira umur bayi yang lahir tak cukup bulan:
Untuk menentukan corrected age, kena kira berapa bulan atau minggu awal bayi tersebut dilahirkan.
Siapa yang perlu cakna corrected age bagi bayi yang lahir tak cukup bulan ni?
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pusat penjagaan, guru prasekolah, kakitangan perubatan dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menjaga anak bahawa mereka dilahirkan secara pramatang.
Contohnya, jika bayi berumur 7 bulan, tapi dilahirkan sebulan lebih awal, umur sebenar bayi tersebut ialah 6 bulan.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.