Kebahagiaan buat sesebuah keluarga itu adalah cerminan buat ibu bapa itu. Kehidupan sebegini adalah kunci kepada sebuah rumahtangga yang harmonis. Biarlah hidup sederhana, asalkan keperluan anak-anak dan serta isteri lengkap.
Begitulah luah seorang bapa di laman facebooknya Mohd fadli Salleh yang menyatakan pendiriannya mengenai cara menguruskan rumahtangga secara berhemah. Moga perkongsian beliau menjadi pencetus untuk kita memberikan yang terbaik buat ahli keluarga.
“Kau asal cuti bukan main melancong sana sini. Makan mahal-mahal, berhabis duit sakan apa yang disimpan. Kereta tak nak kalah. Gaya hidup nak mewah.
Tapi rumah tak beli-beli juga. Ada satu pun kongsi nama. Aku walau pakai Myvi second hand, walau tak melancong ke sana sini, walau tak makan yang mahal-mahal, tapi rumah dah tiga. Rumah tu aset. Kena berjimatlah nak beli rumah.”
Aku setuju, rumah tu aset penting dan berharga. Tu pun kalau pandai pilih lokasi yang betul lah. Banyak juga rumah jadi bebanan pula pada pembeli.
Cuma aku ni lain macam sikit beb. Aku ini jenis yang suka enjoy dengan kehidupan. Tak sama macam kau yang enjoy kumpul rumah dan harta. Minat kita tak sama. Namun tak perlu kot memperkecilkan cara orang lain.
Kira-kira kita berbeza. Kau asal nampak ada lebih sikit, terus nampak jalan untuk beli aset, beli rumah. Aku asal nampak lebih sikit, terus nampak jalan untuk enjoy hidup aku dengan cara aku.
Ads
Aku tak boleh ikut cara kau berkereta Myvi second hand nak drive balik Kelate setiap cuti dengan anak empat orang. Kenderaan ni rumah kedua dah bagi perantau. Maka kena guna kereta yang elok sikit.
Walau mahal bayar bulanan, namun keselesaan dan safety anak isteri lebih terjamin. Bukankah itu tugas utama seorang lelaki merangkap suami dan bapa? Memastikan keselesaan dan keselamatan buat ahli keluarga?
Aku tidak boleh hidup menahan diri, terlalu berjimat sehingga apa yang anak dan isteri hajati pun aku tolak.
Sehingga suruh anak isteri berpanasan takut bil melambung sedangkan aircond ada tiga. Gunalah bila panas tak kira siang atau malam. Bil bulanan purata dalam RM350 sebulan tu aku bayarkan.
Ini untuk keselesaan mereka. Belum pernah sekali aku larang mereka guna hanya kerana risaukan bil naik. Bahkan belum pernah apa-apa bil rumah, aku suruh isteri aku bayar.
Aku suami dan ayah kot. Aku usahalah semampu aku untuk keselesaan mereka.
Ads
Takkan hanya kerana berjimat, setiap kali makan bersama kawan aku yang paling lambat seluk poket cari duit. Tidak. Itu bukan cara aku.
Hanya kerana mahu berjimat untuk bayar installment rumah, atau untuk kumpul deposit nak beli rumah seterusnya sanggup lihat anak duduk tercongok depan tv waktu cuti. Kau mungkin boleh begitu, tapi tidak aku.
Rumah sebiji cukuplah dulu. Asasnya dah ada. Tak perlu menyewa dah. Walau rumah kecil, namun atas tanah. Walau bukan dua tiga tingkat, itulah menjadikan kami rapat.
Asyik selisih dan pandang muka semua ahli yang tinggal di rumah ini. Bukan tinggal di rumah mega berkurung dalam bilik sendiri di tingkat berlainan aras sehingga tak jumpa berhari-hari.
Beginilah. Cara kita berbeza. Cara urus kewangan kita juga berbeza. Cara kira-kira kita berbeza. Komitmen dan matlamat kita juga berbeza.
Ads
Aku hormati cara kalian suka kumpul rumah banyak-banyak kemudian sewakan. Kadang-kadang aku juga cemburu lihat aset sampai berjuta yang kalian kumpulkan.
Aku hormati itu. Cuma aku memilih jalan yang berbeza.
Aku memilih jalan yang pada pendapat kau salah. Memilih keselesaan kenderaan, suka belanja kawan-kawan makan, suka melancong ke sana ke mari, suka membeli apa yang aku rasa patut beli dalam kemampuan kewangan aku.
Jalan kalian, jalan yang perlukan disiplin ketat sehingga perlu korbankan banyak sangat benda yang aku tak sanggup untuk korbankan. Teruslah kalian dengan cara kalian.
Cuma satu aku nak pesan, tak perlu la perlekehkan cara orang lain lagi. Nak sampaikan ilmu dengan cara kalian, silakan. Aku alu-alukan. Cuma biar akhirnya impak positif. Bukan merendah-rendahkan cara orang nikmati hidup mereka.
Aku akan teruskan hidup dengan cara aku. Enjoy dengan cara aku enjoy. Menikmati hidup dengan cara aku sendiri. Kerana hidup hanya sekali!
Ada geng sama macam aku tak? ?
#MFS – Lain orang, lain cara –
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehilangan orang tersayang ibarat separuh dari diri kita hilang. Apatah lagi, pemergian tersebut secara mengejut.
Malamnya masih bergurau senda, namun esoknya dia sudah tiada lagi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bila mendapat berita yang cukup menghibakan.
Perkongsian pelakon Catriona Ross dalam satu program benar-benar menyentuh hati. Kehilangan ibu dalam satu kemalangan benar-benar mengubah hidup pelakon Pujaan Hati Kanda ini.
“Sebelum pemergiannya, ibu selalu bercerita dan berkongsi satu hadis. Waktu itu saya tak tahu ia petikan hadis. Petikan berbunyi dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk, maka buruklah seluruh jasad itu.
“Seketul daging itu adalah hati. Jadi, saya selalu fikir apa yang ibu selalu bercerita berulang kali. Lama-kelamaan baru saya faham, dalam mendidik dan menasihati anak, keluarga dan orang sekeliling segalanya adalah berkenaan hati.
“Waktu umur 4-5 tahun, saya dan adik perempuan diminta ibu untuk baca surah-surah lazim sebelum tidur. Esoknya, pantang bagi ibu bila kami bangun dan sebut ‘good morning’. Sebaliknya ibu minta kami bagi salam dan barulah cakap good morning kalau perlu. Itulah antara perkara yang ibu saya lakukan dan saya cuba terapkan dalam mendidik anak-anak sehingga sekarang.
Pesanan ibunya waktu awal perkahwinan dulu masih diingat sehingga kini. Kata arwah, layan dan terima keluarga mentua sebagai keluarga kedua.
“Kalau berkahwin nanti, jangan fikir itu famili mentua, tetapi itulah keluarga kedua kamu. memang menyakitkan bila kehilangan ibu tetapi alhamdulillah Allah berikan ibu mentua yang sangat memahami, penyayang untuk saya jadikan pengganti arwah ibu.
“Mendidik dan membesarkan anak-anak cukup mencabar dan bukan mudah. Bagaimana kita nak betul-betul didik anak supaya mereka hormat kita kerana sayang bukan kerana takut. Saya cuba didik anak dan selalu tanya kenapa hormat mummy, dia kata sebab sayang. Saya tanya lagi kenapa sayang saya, anak saya kata kerana ibu lahirkan saya.
“Untuk seorang anak umur 5-6 tahun sangat meluluhkan jiwa raga kita. Saya tanya kena nak hormat mummy, anak saya kata sebab dia nak bersama tok mummy (ibu saya) di syurga. Jadi dia nak ke syurga, jadi dia perlu hormat semua orang disekelilingnya.
“Insyaallah apa yang saya terapkan pada anak-anak ini adalah hasil didikan ibu saya dulu. Saya harap anak saya membesar dan menyayangi Allah dan Rasul, mentaati agamanya.
“Cantiknya. Thats It! Number 5! ” Wargamaya Aminkan Impian TMJ.
Hantaran sekeping foto, YM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustaman menerusi Instagramnya, suri hati kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali TMJ telah meraih perhatian warga maya.
Kecantikan isteri kesayangan TMJ terserlah biarpun hanya dengan solekan nipis. Lebih manis apabila CP mengukir senyuman yang menampakkan lesung pipit.
Lebih istimewa, muat naik foto berkenaan telah mendapat komen ‘nakal’ daripada TMJ yang inginkan lagi zuriat yang ke lima.
Che’ Puan Khaleeda turut membalas komen dalam nada gurauan yang ia tidak akan berlaku.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Woooow. Cantiknya😍. Thats it! Number 5! Haha.. Love You”- TMJ
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya terhibur dengan komen pasangan diraja ini. Malah ada yang mendoakan pasangan romantik ini dikurniakan zuriat lagi. Selain itu, turut memuji kecantikkan yang dimiliki oleh Che’ Puan Besar Khaleeda
Bajet 2023 Dibentangkan Bulan Depan Akan Dibaik Pulih
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Menerusi sidang media pertama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tahu bahawa Kerajaan dijangka akan membentangkan Bajet 2023 bulan depan.
Beliau menjelaskan, bajet yang dibentangkan itu mungkin akan ditambah baik daripada yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Kerajaan akan bentangkan bajet bulan depan yang akan ditambah baik.
“Namun dalam Persidangan Parlimen pertama pada 19 Disember depan akan membentangkan bajet mini untuk emolumen bagi membolehkan gaji penjawat awam diluluskan,” katanya dalam sidang media khas di Rumah Kelab Sungai Long semalam.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan barisan kabinet yang dipilih kelak akan diperincikan bersama ketua gabungan parti dalam kerajaan.
Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) jelas tidak akan melantik mana-mana Ahli Parlimennya yang berdepan pendakwaan di mahkamah.
Namun, memandangkan kerajaan perpaduan membabitkan gabungan parti lain, keputusan lantikan Jemaah Kabinet akan diperhalusi dalam kalangan mereka terlebih dulu.
“PH jelas tidak akan melantik mereka yang berdepan kes mahkamah namun gabungan lain terpulang kepada mereka untuk memutuskan perkara itu,” katanya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...