Mungkin telah tiba masanya untuk kita sekeluarga lalui hidup ini dengan cara yang lebih tenang bila berjaya bebaskan diri dari tekanan menanggung hutang.
Pun begitu, mungkin ada yang menganggapnya mustahil namun sebenarnya boleh dilakukan dengan 7 strategi ini.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
7 Strategi Bebas Dari Hutang
Semua kita belum tentu boleh jadi kaya raya. Tapi yang pasti bebas hutang ni, semua boleh buat. Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali cuba berhutang. Beli secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, bermaksud kita belum mampu. Haa nampak.
So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup, baru beli. Banyakkan bersabar. Kalau bukan keperluan, tangguhkan dulu.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang kadar faedah (interest rate) paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu. Lepastu loan kereta (3% – 5% setahun). Jadi, list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya.
Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
‘Good debt’ seperti housing loan diletak paling last sekali. Hutang ini nilai asetnya makin tinggi. Ia membuatkan kita bertambah kaya!
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada.
Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.
Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Tips: Tabung ekstrim; https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10158456285769572&set=a.10150325780949572&type=3&sfns=mo
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu.
Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Saya doakan anda boleh mula salah satu 7 tips diberikan ini. Semoga kalian bebas dari genggaman hidup berhutang!
sumber: Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta