Hidroponik Guna Besen Je. Hasil Tanaman Pun Puas Hati Juga!

Share

Memahami teknik penanaman hidroponik amat bermanfaat untuk dipraktikkan. Apatah lagi bagi yang minat berkebun namun tanah di rumah terhad.

Jadi apa kata untuk anda pelajari cara-cara penyediaan bekas  dengan menggunakan material yang lebih ekonomi dan mudah dibuat seperti yang dikongsikan ini.

Hidroponik mudah bagi saya.Tambah-tambah bila ruang untuk menanam yang terhad, jadi kaedah ni sangat sesuai la. Korang hanya perlu periksa air baja sahaja.

Di bawah saya sertakan gambar-gambar berserta penerangannya.

Besen ni saya beli kedai eco 2 je.

Ini penutupnya.
Penutup ni namanya impraboard. Korang boleh google je namanya. Impraboard ni saya beli di kedai Mr DIY. Harganya dalam RM3.00 lebih kalo tak silap la.

RM3.00 ni boleh dapat untuk 3 bekas.
Impraboard ni nanti korang potong
guna pisau yang tajam ye. Ukur dulu dengan
saiz besen tu.

Seterusnya, buat lubang pada impraboard tu.
Saiznya adalah bergantung kepada korang.
Bergantung kepada saiz net pot korang
nanti.Saya guna net pot yang berdiameter
4.5cm. Jadi, saya buat lubang berdiameter
4.5cm lah.

Lubang saya gores guna pisau terlebih
dahulu. Selepas tu saya guna soldering
iron seperti gambar di atas. Step ni
memerlukan kesabaran yang tinggi .
Jangan terlebih pulak dari saiz diameter
net pot nanti loose. Jika korang ada drill, korang boleh terus guna drill yang ada mata pemotong bulat tu. Saiz mata drill ikut saiz net pot korang nanti.

4.Masukkan biar muat-muat.

Ini net pot yang saya guna. Net pot ni berdiameter 4.5cm. Tinggi net pot beli yang 6cm ye. Boleh beli di shopee / lazada.

Ini anak pokok sawi yg telah saya
semai. Saya semai guna span je. Mudah nak
alih. Span ni saya beli di shopee jugak.
Tunggu anak pokok ada 4-5 daun baru
alihkan ye.

Semai benih di tempat redup/tutup dgn
plastik hitam supaya cepat proses
pencambahan. Kena pastikan span selalu lembap ye.

Anak pokok alih ke dalam net pot.

Siap masukkan anak pokok sawi. Dalam besen tu isikan air larutan baja AB ye.
10mL A+ 10mL B ..larutkan dengan 1
liter air. Saya tak guna ec meter pon

Puas hati dengan hasilnya.

sumber : Hafizuddin  Wahab  via Berkebun Di Rumah