
Setelah melalui pelbagai cabaran hidup sebagai ibu tunggal, Siti Norhidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, kini dilihat memulakan lembaran baru dalam kehidupannya.
Terkini, Hidayah dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki bernama Amsyar Salim, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Memetik laporan Harian Metro, Siti Norhidayah atau Hidayah ketika dihubungi , mereka juga masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi lagi.
“Saya dan si dia dalam fasa perkenalan lagi ketika ini. Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada 2027 kami akan berkahwin,” katanya.
Demi Anak
Meskipun hatinya perlahan-lahan terbuka untuk cinta yang baru, Hidayah tetap mengutamakan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang kini berusia empat tahun.
Sejak pemergian suami Abam, Hidayah telah mengambil langkah berani untuk mengubah kehidupannya dengan menceburi dunia perniagaan, khususnya dalam bidang produk kecantikan, demi masa depan yang lebih cerah untuk dirinya dan anaknya.
Sumber: Harian Metro