Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.
Sumber : @bad.indigo_official & Gempak
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!