Dalam hidup ini kita semua sentiasa akan diuji, sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan sebagainya. Pun begitu yakinlah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan kita insan itu lebih kuat dan tabah.
Tidak sekali-kali menganggapnya sebagai bala atau musibah dan begitulah yang dipegang teguh oleh penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad apabila berkongsi keadaannya kini yang terpaksa menggunakan ‘walker’ untuk membantunya bergerak setelah lima jarinya dibuang dalam proses pembedahan.
“Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri sebab tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang. Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain, atau tiada, macam mana?
“Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hati saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Dia masih pinjamkan nyawa lagi buat saya.
“Ini semua bukan bala atau musibah. Ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya,” ujar Bad.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yoep Abdullah, 46 dia tiada pilihan lain untuk belajar berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada isterinya Ashira.
Ini sebagaimana memetik perkongsiannya di Gempak, “Lima jari kaki kiri saya dah dibuang dalam proses pembedahan yang dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Januari, Mac dan Sepetember yang lalu.
“Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan.
“Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak. kena buat juga.
Ads
“Saya juga uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi,” Saya tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan orang lain walaupun isteri sendiri kerana khuatir terlalu selesa jika berterusan dalam keadaan itu,” jelas Bad berkongsi kisahnya ketika dia menghadiri konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Ahad lalu.
Umumnya, situasi melihat kain baju yang ‘menggunung’ di dalam bakul dek kerana belum sempat dilipat memang boleh membuatkan sesiapa pun stress memandangnya. Apatah lagi buat ibu-ibu yang berkerjaya, sudahlah seharian penat di tempat kerja dan bila balik ke rumah terlihat pula lambakan pakaian tersebut, memang cukup membebankan.
Oleh itu, apa kata mencuba teknik yang dipraktiskan oleh Puan Ummu Hani Ilias ini yang lebih selesa mengurus pakaian hariannya tanpa perlu dilipat.
Menurutnya, cara ini bukan sahaja menjimatkan masa malah anak-anak dan suami mudah mencapai pakaian mana yang ingin dipakai tanpa merosakkan susunan pakaian tersebut. Memang praktikal.
Jom ketahui perkongsian penuh daripada wanita ini.
TIPS JIMATKAN MASA LIPAT BAJU
Kak Mumu jenis suka basuh baju, tak bole tengok baju dah pakai berkumpul.Tapi…..susah nak lipat baju. Lipat dah satu hal, nak susun dalam almari 2 hal.
Pastu kang anak ke husband ke diri sendiri ke nak guna main tarik je, habis susunan berterabur, dah 4-5 hal nak lipat balik.
Banyak kali jugak kawan2 suggest gantung baju tak yah lipat. Pastu kalau dok kumpul, weekend baru nak lipat, habis masa weekend tu dengan lipat n simpan baju ja
Baik kita buat benda lain, habiskan masa dengan family ke, kemas rumah ke g jenjalan ke ewwwah dan lain2. Serious lipat baju sangat la time consuming. Dannn baju paling banyak kita lipat ialah baju yang kita pakai harian kan, bukan baju jalan.
Jadinya kena banyakkan space untuk menggantung baju harian ni
Cara dia mudah ja, gantung kat hanger!!
Lepas keluarkan dari mesin basuh, masa nak sidai tu, dah plan siap2. Baju yang sepasang, gantung kat hanger, sidai sebelah2.
Nanti time angkat, sekalikan je, patu terus gantung kat penyidai macam kat bawah ni.
Nak cari pun senang, nak guna pun x bersepah.
1 untuk umi
1 untuk abah
1 untuk Muadz
1 untuk Aisyah
Tapi nampak cam baju anak2 lagi banyak dari baju mak pak.
Kos yang diperlukan
Penyidai tu Kak Mumu beli yang paling murah kat IKEA, tu pun pesan kat personal shopper
MULIG RM 25 satu, beli dgn personal shopper RM35
Hanger beli kat Giant, RM8 ade 24 keping size vesar, RM2 ade 10 keping size kanak2
Tapi berbaloi sangat sebab jimatkan banyakkk masa
Ekstra tip :
Untuk baju kecik2, anak tudung, inner wear boleh masukkan dalam kotak
2. Kain pelikat n towel tu still lipat la hahaa. Kang space almari yang banyak2 tu nak sumbat apa. Yang penting da jimat banyak masa Optimize kan masa untuk buat benda yang lebih penting, baca buku, me time, family time, business time.
Dalam sehari kalau semua anak beranak ada di rumah, pastinya bukan sekali kita memasak bahkan dua tiga kali. Ada sahaja menu yang ingin disediakan.
Andai tidak dibersihkan, tentu sahaja tempat memasak terlihat kotor. Untuk membersihkan dapur daripada kesan minyak dan kotoran selain perlu dilap, ada baiknya juga menggunakan teknik yang dikongsikan ini.
TIPS BERSIHKAN DAPUR
Hari ini sebab rasa sehat sikit cikgu hanna nak share tips cuci dapur.. Setelah 47 hari berpantang.. Sis sakit mata tengok rupa dapur masak dah macam muka sis time breakout 8 tahun lepas.. Hahahaha..
Ok sebagaimana kita nak muka kita licin tanpa jerawat, jeragat, serta segala kawah kat kulit tu.. Macam tu jugalah dapur kita…
So hari nie sis kongsi sikit tips yang simple macammana nak bagi dapur kilat semula dari segala kesan degil hasil rutin kita yang rajin memasak…
Guna 2 bahan je :
1) cif boleh cari dekat pasaraya ke kedai runcit ke.. Biasa ada jual
2) cuka masakan
Cara-cara semudah baca abc sampai z
1)Tuang cif pada dapur kita macam dalam gambar sis bagi
2) tuang pula cuka
3) sebatikan 2 bahan ni dekat atas dapur.
4) tunggu dalam 10 minit lepas tu gosok-gosok dengan penuh belaian kasih sayang agar segala kotoran tu tanggal.. ( boleh gosok dengan span hijau yabg keras tu atau berus dawai.. Ikot ketebalan daki-daki di dapur tu…
5) lap dan bersihkan semula dengan kain..
6) taraaa terhasillah dapur yang kilat bersih berseri-seri…(sorry sis lupe nk amek pic sebelum.. Sebab dah tak tahan sangat nampak kekotoran dia tadi sampai terlupa ambil pic sebelom)
*mr muscle tu sis guna untuk lap kabinet dan table top.. Zasss 1 2 3 gerenti kilat berseri-seri dapur korang..nak kabinet cantik murah kemas boleh pm tuan kontraktor Aidil Rohani kerja dia tiptop kemas dari zaman sekolah lagi.. Dulu dok berlumba sapa siap buat lukisan kejuruteraan dulu… (done puji…)
Bila suami mula menunjukkan sikap berbeza, hati isteri mana yang tidak rasa tersentuh. Rasa sedih bila mana dipinggirkan suami, apa lagi bila suami mula buat perbandingan dengan orang lain.
Sayu hati seorang isteri. Sudahnya isteri mula berjauh hati dan mula tawar hati dalam semua hal.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Salam sayang
Kredit: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.