Hidap Cerebral Palsy bukan halangan pasangan OKU bina rumah tangga, keluarga beri sokongan. Majlis perkahwinan pasangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap Cerebral Palsy baru-baru ini menarik perhatian warga maya. Pasangan istimewa itu melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei lalu.
Hidap Cerebral Palsy Bukan Halangan Pasangan OKU Bina Rumah Tangga, Keluarga Beri Sokongan
Perkahwinan Muhammad Shahriel Hakimi Hayuddin dan pasangannya, Aireen Natasha Mohd Zahid menjadi tumpuan di TikTok selepas Muhammad Shahriel Hakimi memuat naik video majlis mereka.
Memetik SinarPlus, Shahriel, 25,berkenalan dengan Aireen Natasha, 21, melalui penstriman langsung seorang sahabat di TikTok tiga tahun lalu. Pertemuan di alam maya tersebut menimbulkan perasaan suka terhadap Aireen Natasha.
“Saya kenal isteri melalui live kawan. Ibarat cinta pandang pertama, dari situ saya mula mendekati dirinya. Pada mulanya saya bimbang mendekati kerana takut keluarga belah sana tidak setuju. Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga isteri menerima hubungan kami dengan hati terbuka,” ujar Shah.
Shahriel mengambil keputusan untuk berkahwin, setelah mendapat sokongan dan restu kedua-dua keluarga,
“Sebulan sebelum majlis, kami telah menyediakan segala kelengkapan dengan bantuan kedua belah keluarga. Kami seperti insan lain yang mahu merasai kebahagiaan. (Selepas video perkahwinan mendapat perhatian) ada yang memberi kata semangat dan ada yang negatif, tetapi saya jadikan ia sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh.
“ALHAMDULILAH KALAU DAH JODOH TAK KEMANA.. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN KERANA MERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN KAMI BERDUA”- TULISNYA DIRUNGAN KAPSYEN.
“Syukur, orang tua kami memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami anak OKU berkerusi roda untuk menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Berkongsi mengenai perubahan dirinya selepas berkahwin, Muhammad Shahriel meluahkan rasa syukur dan gembira kerana impiannya untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.
“Mestilah gembira… Dahulu buat apa-apa sendirian, sekarang berdua. Selain itu, tanggungjawab juga perlu saya galas dengan baik. Itu yang membantu membuatkan saya lebih matang dan bersemangat untuk berkeluarga walaupun kami banyak kekurangan diri. Yang penting kami syukur selalu,” ujarnya.
Ads
Shah dan isterinya yang kini masih menetap bersama keluarga bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Saya berniaga dalam talian, manakala isteri tidak bekerja. Walaupun saya berstatus OKU dan agak sukar mencari rezeki, tetapi saya berusaha dengan kemampuan diri untuk membahagiakan orang sekeliling.
“Saya juga mahu membuktikan OKU boleh bekerja seperti orang normal. Walaupun pendapatan tidak banyak, saya bersyukur dapat memberi hasil kepada ibu bapa dan kini menanggung isteri.
Saya berharap dapat memberikan keselesaan dalam menyediakan keperluan untuk keluarga kecil kami ini,” katanya sambil mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Hati ibu mana yang tidak gembira apabila anak-anak menjadi seorang yang begitu berhemah kepada ibu bapa.
Begitulah yang dikongsi oleh pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sering mendapat perhatian ramai dalam caranya mendidik dan membesarkan anak- anak.
Mereka yang tegas dalam mendidik anak, memberi impak kepada anak-anak. Terbaru, Ozlynn ada memuat naik video yang memaparkan anaknya, Nur Latifah Chantiq Hanania sedang memakaikan stoking dan kasut Ozlynn.
Hidup berumah tangga kena ada ‘give and take’. Bukan hanya sebelah pihak sahaja yang memberi. Sama-sama saling menghargai antara satu sama lain. Resipi pengikat kasih sayang antara suami isteri.
Bukan harta benda yang menjadi ukuran, namun kasih sayang dan penghargaan dari tersayang menjadikan rumah tangga lebih harmoni. Bonusnya bila ada pasangan yang menghargai dengan pemberian hadiah dan sebagainya.
Saudara Mizan Dzai berkongsi pandangan mengenai hal ini.
CUKUP DENGAN MENGHARGAI.
Kita semua tahu suami dan isteri ada peranan masing masing. Peranan dan tanggungjawab suami besar, bukan hanya sekadar berstatus suami.
Kita yang lelaki ni kalau tak diberitahu, kalau tak di ingatkan, kalau tak ditimpa musibah, kita lupa. Itu memang sifat kita.
Ini sekadar pedoman buat lelaki dan suami seperti aku yang sering kali terlupa. Bukan kata kau je bang, aku pun sama.
Kita duduk dalam rahim seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu 9 bulan 10 hari lamanya, sampai koyak kulit dan isinya untuk lahirkan kita, anak-anak kita.
Luka kulitnya dengan benang jahitan yang kekal parutnya tu sampai bila bila. Bukan sekadar parut jatuh main basikal. Bukan parut bersunat bang. Sunat ni sakit kejap je, duit pun dapat.
Darah dan airmata dorang yang tumpah tu kita nak kira macam mana?
Saat diorang menahan derita dan sakit tu kita nak balas dengan apa?
Kau tanya mak kau, kau tanya isteri kau, sejak lahirkan kau atau sejak lahirkan anak kau, bila last dia orang makan kenyang-sekenyangnya?
Bila masanya diorang tidur nyenyak?
Pernah kau bangun teman isteri susukan anak, tahan belakang badan isteri masa menyusukan zuriat kau dengan sakit epidural, czer, sakit meneran yang masih berbaki?
Jangan cakap kau, aku sendiri tak mampu, tak lalu bang nak bersengkang mata. Tak terlayan nak bangun setiap 2-3 jam. Dorang lah yang bangun paling awal dan tidur paling lambat.
Kau tanya mak dan isteri kau, waktu bila yang dia orang paling takut sekali?
Isteri ni tak pernah langsung kisah pasal sihat atau sakit asalkan kebajikan dan keperluan suami serta anak-anak terjaga.
Apa yang susah, apa yang kita sombong sangat nak pura-pura tak ingat?
Tegas mempertahankan ego ‘Aku Suami’ tak kena pada tempatnya?
Sampai ada yang terajang anak isteri kononnya untuk mengajar. Kalau mak kau tau perangai kau macam tu dari kecik dia dah picit-picit kau sampai keluar taik hijau.
Mak dan isteri pengorbanannya sama. Yang berbeza adalah naungan syurga mereka.
Disisi Tuhan mereka adalah makhluk yang dimuliakan, diletakkan tinggi darjatnya.
Sehina dan sejahat jahat kita, mak dan isterilah yang takkan berpaling muka dari kita. Setia di sebelah dengan harapan ada sinar untuk kita berubah, nikmati bahagia bersama.
Kau komplen isteri tak dengar cakap, tak dengar kata, tak lawa macam dulu. Kalau nak cerita pasal dulu, kau ingat dulu kau sorang je nak dia?
Isteri nak pergi Watson nak pergi Guardian beli barang makeup barang mandi kau tak bagi duit tapi nak isteri cun, tengok isteri orang pandang tak lepas-lepas.
Esok kalau kau kena lempang dengan laki dia baru kau tahu langit tinggi rendah. Mana pipit mana helang.
Lagi satu, kalau isteri kau tau perangai kau kaki pukul, buat dia macam kuli macam hamba, kau ingat dia nak ke kat kau?
Siapa isteri kita adalah siapa diri kita. Tengok balik diri kita sebagai suami macam mana. Bila kita rasa kita bagus tapi isteri asik tak bagus, asik tak betul memanjang, itulah permulaan masalah.
Kau nak cakap pasal tugas dan tanggungjawab isteri, kau senaraikan kau punya, dia senaraikan dia punya.
Kau tengok siapa punya lagi panjang berjela. Kau berani kau try buat. Berdebar tak berdebar bila kau tengok kau punya tak sampai separuh dari isteri kau.
Aku tak nak cakap pasal agama sangat sebab ada yang lebih arif, lebih pandai. Ini soal memahami, menghargai dan kesepakatan dalam rumahtangga.
Bertahun tahun kau abaikan anak isteri dengan lebihkan benda kat luar atau kawan kawan yang menjahanamkan kau, jangan nanti bila anak kau tak dengar cakap, isteri kau rasa dia boleh hidup tanpa kau baru kau nak tepuk dahi.
Itu jam, tengok kau happy tak happy.
Kawan yang kau patut berkawan adalah mereka yang “Tak apa bro, settle anak bini dulu. Lepak ni bila-bila boleh”.
Bukan yang “Pirahhh! Dengan bini pun takut ke woii!”
Kau tak tau dia keluar rumah sampai tolak kereta tolak motor, dah jauh baru start. Kau tak tau dia punya masalah kat rumah menimbun-nimbun.
Kau tak tau dia punya Honda FD tu nama isteri dia, convert Type-R pun isteri dia yang buat personal loan. Sayang laki punya pasal.
Kau tak tahu, menjengkit dia berjalan dalam rumah bila balik lambat. Kemain kalau melepak, kalah orang bisnes sampai ke tengah pagi. Tiap hari tiap minggu pulak tu.
Kawan ni penting jugak, bukan tak penting. Aku sendiri pun ramai sangat kawan. Orang bisnes la paling ramai kawan, macam-macam ragam macam-macam jenis.
Ramai je kawan yang bagus tapi sebagus-bagus kawan, tanya diri kita balik.
Esok kau sakit, kau lumpuh, kau susah tak makan anak-beranak, siapa yang jaga, siapa yang mandikan kau, siapa yang bantu kau cari duit nak suap anak-anak?
Yes, kawan datang bagi bantuan bagi sumbangan, tapi setakat mana dan sampai bila?
Dorang pun ada keluarga, ada komitmen lain. Isteri kau jugak nanti kat sebelah. Isteri kau yang kau kata dah tak lawa, yang dah tak macam dulu tu.
Jangan lebihkan kawan sampai anak-anak dan isteri terasa. Pandai-pandailah kau atur.
Isteri ni baik buruk kau semua dia terima, ikhlas. Tujuan dia tag atau mention kau sebab dia nak cakap terima kasih atau untuk kau buat panduan mana yang baik dan bermanfaat.
Aku tak cakap aku cukup bagus untuk nasihat orang, anak pun baru 2 tapi, kau lelaki aku lelaki, hanya kita tau dan kita paham perangai kita.
Ingat, tak semua memiliki peluang kedua dan tak semua peluang kedua sama seperti peluang pertama.
Jangan sia-siakan.
Isteri ni cukup senang hati bila kita hargai dia. Sesekali balik kerja tu, singgahlah beli apam balik cheese ke, Tea Live ke, bunga plastik sebakul ke apa salahnya?
Bagi hati dorang berbunga sikit, mana tahu lepas anak-anak dipopok, kita pula akan dipopokkan?
Semoga bermanfaat in shaa Allah.
Kalau ada yang nak menjemput kami sekeluarga ke rumah terbuka atau kenduri, jangan segan-segan. Lapar ni.
Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel PERCUMA : https://t.me/TipsPremierMizanDzai
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiap kali hujung minggu pasti kita bawa anak-anak bermain di taman supaya mereka dapat bermain dengan bebas.
Bila berada di taman, anak-anak pasti tergoda melihat aksi kanak-kanak lain bermain ‘giant bubble’ atau belon buih gergasi yang bertebaran di taman.
Sesekali bolehlah ditunaikan permintaan anak-anak untuk bermain ,tapi bila setiap minggu, mahu senak juga mak ayah hendak tunaikan. Kos untuk bermain belon buih gergasi ini juga agak mahal sekitar RM10 dan ke atas untuk beberapa tempoh.
Pening kepala nak elakkan anak-anak mengamuk, apa kata ibu cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebab cara nak buatnya hanya guna tiga bahan sahaja. Murah!
Malah boleh main berkali-kali. Bawa saja ke taman dan anak-anak boleh bermain dengan bebas. Jom cuba!
Bahan-Bahan:
1 botol pencuci pinggan mangkuk
4 sudu tepung ubi
1.5 liter air
Chopstik
Dawai halus
Tali
Caranya:
1. Bancuh pencuci pinggan, tepung ubi dan air hingga sebati.
2. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
3. Bentukkan dawai halus membentuk bulat dan ikatkan pada hujung chopstick, menggunakan tali.
4. Sedia untuk bermain!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.