Hidangan Wajib Berbuka Puasa Resipi Baby Cakoi Sos Pandan Kastard Ni Guna Sukatan Cawan Je. Confirm Jadi!

Share

Tentunya ramai peminat cakoi. Biasanya cakoi di jual di pasar malam atau tepi-tepi jalan.

Makan panas-panas memang sedap! Nak lagi sedap cicah dengan Sos Pandan Kastard.

Nak cuba buat? Apa ikut resipi menggunakan sukatan cawan ini.

BAHAN BAHAN
Doh Baby Cakoi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam
Cara-Cara
1. masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. masukkan tepung dan garam
3. rehatkan doh selama 30 minit
4. selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing
Sos Pandan Kastard
18 gm tepung gandum
35gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan
Cara-cara
1. masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
2. masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. panaskan santan dan air hingga mendidih
4. campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. masak diatas api hingga pekat
Sumber: siti khadijah