
Tentunya ramai peminat cakoi. Biasanya cakoi di jual di pasar malam atau tepi-tepi jalan.
Makan panas-panas memang sedap! Nak lagi sedap cicah dengan Sos Pandan Kastard.
Nak cuba buat? Apa ikut resipi menggunakan sukatan cawan ini.
Begini Cara Buat Kuih Cakoi Jadi Lebih Sedap Dan Lembut. Siap Ada Resipi Kuah Kaya Pandan.

Bagi yang mengemari kuih Cakoi tentu rindu keenakannya. Jika makan panas-panas tentu boleh licin sekejap je. Tambah pula cicah dengan kuah kaya tentu lagi sedap.
Sebenarnya nak buat cakoi ni bukan la susah sangat. Cuma kena tahu skillnya barulah rasanya lebih lembut dan rangup.
Bagi yang ingin cuba, apa kata ikuti resipi ni mudah sangat. Siap ada petua dan resipi cara buat kuah kaya.
Resepi Cakoi Lembut dan Mudah
Bahan-bahan cakoi :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota Cakoi Lembih Lembut.
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut. Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)
Bahan kuah pandan untuk cakoi :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!
Sumber: Resepi Meletop
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ini Sebabnya Bahaya Makan Kentang Yang Dah Keluar Tunas. Ibu-Ibu Wajib Baca Ni!

Kentang antara bahan masakan yang selalu ada di dapur. Kegunaannya banyak, baik untuk sup mahupun dijadikan kudapan atau boleh juga dibuat inti karipap dan sebagainya lain. Ada ibu-ibu yang selalu membeli dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan bagi kegunaan di lain masa.
Namun, masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu adalah kentang yang lama dibiar tidak dimasak akan keluar tunas. Dek kerana sayang dan rugi jika dibuang begitu sahaja, ada antara ibu-ibu yang tetap memasak kentang tersebut. Tanpa anda ketahui kentang yang sudah bertunas sebenarnya boleh mendatangkan bahaya pada tubuh anda dan keluarga. Jom semak artikel ini!
Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut
Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang.
Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.
Sakit Kepala Salah Satu Punca
Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan. Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.
Kentang Kulit Hijau Beracun
Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat.
Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit. Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.
Sudah Kehilangan Nutrisi
Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.
Mengundang Risiko Kanser
Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari.
Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.
6 Tip Pilih Kentang Terbaik
#Permukaan Kentang Biarlah Yang Licin
Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.
#Kalau Berat.. Dah Betullah Tu
Kentang yang baik, ia perlulah berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian. Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.
#Warna Kentang Kena Kuning Muda
Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.
#Jangan Pilih Yang Dah Bertunas
Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.
#Saiz Kentang
Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.
#Jangan Simpan Dalam Plastik
Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.
sumber: Mingguan Wanita
Rupanya Ini Petua Nak Buat Ikan Bilis kekal Rangup. Ikuti Cara Wanita Ini. Memang Menjadi!



