Kebiasaannya pada hari raya, pasti juadah yang sama akan dihidangkan oleh setiap rumah. Ianya merupakan makanan tradisi yang menjadi kegemaran setiap golongan. 

Mana tidaknya, juadah-juadah ini walaupun dimakan di setiap rumah yang dikunjungi namun tetap punyai keistimewaan tersendiri. Orang kata, air tangan si pembuatnya itu yang istimewa. 

Oleh yang demikian, apa kata bagi memberikan sedikit kelainan pada hidangan anda pada Hari Raya ini, anda jamu tetamu dengan minuman yang sangat istimewa. Caranya sangat mudah tapi sangat sedap. Seperti anda menikmatinya di restoran ternama. 

Di sini kami senaraikan 4 minuman istimewa yang boleh anda buat di hari raya nanti. 

SODA BANDUNG

Air bandung dengan Raya memang tak dapat dipisahkan. Kalini kita buat resepi twist, ada air soda. Rasa lemak lemak!

BAHAN-BAHAN: 

1.65L air aiskrim soda

500ml kordial sirap ros

700ml susu cair

Secubit garam

Ais batu

Cara : 

  1. Tuangkan air aiskrim soda ke dalam jag.
  2. Kacaukan air aiskrim soda yang didalam jag untuk bebaskan sedikit gas.
  3. Masukkan sedikit garam ke dalam air aiskrim soda untuk kurangkan asid dan buatkan sirap bandung lebih berlemak.
  4. Masukkan kordial sirap ros ke dalam jag. Kacau hingga sebati.
  5. Akhirnya, masukkan susu cair ke dalam jag sambil kacau air perlahan-lahan supaya air tidak berkeladak.

Hidang Minuman Istimewa Di Hari Raya, Pasti Menambat Hati Tetamu Yang Datang  Bertandang

LAICI LEMONADE

Buah laici yang manis dipadankan pula dengan perahan lemon dan daun pudina yang menyegarkan, boleh melegakan tekak dan menyejukkan badan setelah penat beraya di Aidilfitri.

Ads

Bahan-bahan: 

5 biji buah laici

Daun pudina

½  lemon (diperah)

Hirisan lemon

½ air soda

Ais

Air gula (optional)

Cara : 

  1. Masukkan laici, daun pudina yang dikoyak kasar dan perahan air lemon
  2. Masukkan air soda dan ais
  3. Sedia dihidang

Hidang Minuman Istimewa Di Hari Raya, Pasti Menambat Hati Tetamu Yang Datang  Bertandang

Ads

SODA KELAPA PUDINA

Minuman klasik yang diberikan nafas segar dengan tambahan pudina dan soda yang menyegarkan. Sesuai untuk dijadikan minuman wajib dihidang di hari perayaan.

Bahan-bahan: 

½ cawan air kelapa

½ cawan sparkling water

Daun pudina segar

Hirisan lemon

Ais

Air gula (optional)

Cara : 

Ads
  1. Campurkan air kelapa dan sparkling/soda.
  2. Masukkan perahan air lemon & limau
  3. Kemudian racik kasar daun pudina dengan tangan
  4. Tambah air gula ikut selera
  5. Masukkan ais
  6. Sedia dihidang

Hidang Minuman Istimewa Di Hari Raya, Pasti Menambat Hati Tetamu Yang Datang  Bertandang

Hidang Minuman Istimewa Di Hari Raya, Pasti Menambat Hati Tetamu Yang Datang  Bertandang

SIRAP SUSU THAI

Rupanya sahaja seakan-akan bandung, tapi rasanya jauh lebih sedap dan berlemak! SIrap susu ni bandung versi Thailand yang confirm jadi kegemaran keluarga. Wajib cuba!

Bahan-bahan: 

5 sudu Sala’s syrup

4 sudu kecil susu pekat

200 ml susu full cream

Ais

CARA:

  1. Campur sirap dengan susu pekat dalam cawan. Kacau sebati
  2. Tuang campuran kedalam gelas berisi ais dan tuang susu krim penuh
  3. Sedia dihidang

Hidang Minuman Istimewa Di Hari Raya, Pasti Menambat Hati Tetamu Yang Datang  Bertandang

Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Hidang Minuman Istimewa Di Hari Raya, Pasti Menambat Hati Tetamu Yang Datang  Bertandang

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI