Herba, Suplemen & Kerosakan Buah Pinggang. Dr Ni Perjelaskan Agar Lebih Ramai Berhati-hati!

Share

Demi penjagaan kesihatan yang baik untuk tubuh badan, tidak dinafikan ada antara kita telah lama amalkan pengambilan makanan tambahan dan herba dengan pelbagai tujuan. Pun begitu apa kata baca dahulu perkongsian daripada doktor ini berkaitan kesan herba dan buah pinggang.

HERBA DAN BUAH PINGGANG

“Produk semulajadi atau makanan je Doktor. Takkan boleh rosak buah pinggang.”

Adakah makanan atau tumbuhan semulajadi tidak beri kesan negatif kepada manusia?

Tidak! Setiap bahan yang masuk dalam badan kita sudah pasti terdapat tindakbalas tertentu, samada manfaat atau mudarat. Jangan terus dakwa kalau ianya makanan alami, selamat untuk dimakan. Lebih-lebih lagi suplemen itu didakwa merawat penyakit. Makmal mana yang pernah sahkan dan kajian atas manusia dan negara mana yang buktikan?

Berikut adalah fakta peringatan dari Yayasan Buah Pinggang Bewibawa (NKF) mengenai kerosakan BUAH PINGGANG akibat HERBA.

Penulisan ini bukan ingin menuding kepada mana-mana produk tertentu, tetapi lebih kepada memberi kefahaman kepada pengguna agar berhati-hati dalam pengambilan suplemen.

Supplemen herba mempunyai bahan aktif tersendiri yang boleh memberikan kesan serta reaksi tubuh.[1] Kesan ini boleh terjadi kepada semua orang samada sudah berpenyakit buah pinggang atau sihat afiat.

Berikut adalah fakta yang harus difahami oleh semua:

1) Badan Berkuasa Makanan dan Ubat (FDA) tidak mengawal suplemen herba untuk dos, kandungan, atau ketulenan.

2) Beberapa suplemen herba mempunyai asid aristolochic, yang berbahaya kepada buah pinggang.[2]

3) Sesetengah suplemen herba mungkin mempunyai logam berat, seperti Plumbum, merkuri, kadmium, arsenik, dan chromium. Logam berat tersebut boleh penyebabkan toksid kepada badan.

4) Terlalu sedikit kajian yang menyokong suplemen herba mempunyai manfaat kepada pesakit buah pinggang.

5) Suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan moden samada ianya boleh mengurangkan kesan atau meningkat kesan ubatan tersebut bertindak dalam badan. Contohnya herba dari St. Johns Wort, echinacea, ginkgo, bawang putih, ginseng, halia, dan blue cohosh.

6) Dua jenis mineral yang dinasihatkan bagi pesakit buah pinggang tidak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Pemakanan yang tinggi POTASSIUM dan FOSFORUS adalah boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh pesakit kerana mineral ini tidak dapat dikumuhkan sebaiknya melalui buah pinggang yang sudah rosak. Antara makanan yang tinggi Pottasium adalah Peria, Serai, Kunyit, Daun Bawang, Betik dan beberapa lagi.

7) Terdapat sesetengah produk yang dicampur dengan bahan terlarang steroid, sildenafil, sibutramin dan beberapa bahan lain lagi. Bahan tersebut boleh membahayakan jika tiada pemantauan atau diberikan tidak mengikut sukatan dos yang terkhusus.

Satu kajian yang termuat dalam New England Journal of Medicine melaporkan terdapat 23 ribu kes kecemasan setiap tahun akibat kesan sampingan dari suplemen di Amerika Syarikat.[3] Fakta ini amat menakutkan kerana tiada sistem pemantauan khusus dari pihak pengeluar produk mengenai kesalamatan dan kualiti produk mereka. Pengeluar hanya suka menaikkan testimoni yang indah sahaja, tetapi testimoni negatif tidak diambil perhatian.

Di antara produk suplemen herba yang banyak disita adalah ubat rangsangan seksual, ubat tambah tenaga, ubat bina badan supaya nampak sado, ubat kecantikan dan ubat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis serta sakit jantung.[4] Suplemen herba berkenaan tidak melepasi ujian keselamatan, ujian kualiti dan keberkesanan pun. Pesakit mungkin kelihatan gagah seperti ahli gusti buat seketika tetapi jangkamasa panjang akan merana.

Oleh kerana tiada mekanisma khusus untuk pihak berkenaan membuat pemeriksaan tahap keselamatan, maka kita hanya boleh lihat kerosakan demi kerosakan.

Ianya berbeza dengan ubat-ubatan hospital. Walaupun sudah melepasi tahap kajian atas haiwan dan manusia bahawa selamat disahgunakan, sistem pemantauan dan kajian tetap dilanjutkan. Oleh yang demikian kita akan memerhatikan peristiwa penarikan balik produk-produk tertentu seperti kes produk Losartan untuk darah tinggi baru-baru ini. Inilah ketelitian dan ketelusan yang dibina oleh pihak berwajib bagi memastikan segala ubatan adalah terbaik diberikan kepada rakyat.

Memang terdapat ujian berkala kepada produk-produk herba yang dilakukan oleh pihak berwajib, tetapi ujikaji tersebut tertakluk pula kepada aduan yang dilaporkan atau pengsampelan secara rawak terhadap beribu-ribu produk di pasaran.

Sekali lagi seruan saya agar berhati-hati dengan produk tersebut dan jangan mudah terpengaruh dengan janji manis serta fakta yang tidak tepat dari jurujual.

Sumber : Dr Suhazeli Abdullah

 

Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club