“Hensemnya Pakai Baju Melayu, Siap Samping.” Aiman Hakim Kongsi Gambar Raya Keluarga, Wajah Comel Isaac Curi Perhatian!

Share

Syawal kali ini meninggalkan kesan yang cukup luar biasa buat kita semua. Dua tahun meraikan Syawal dengan kehadiran Covid-19, rata-rata terpaksa melalui nrma baharu. Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, namun bagi sesetengah pasangan suami isteri terutama yang baru menimang cahaya mata, pasti ini momen yang cukup dinantikan.

Begitulah juga dengan pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah macWilson. Kehadiran si kecil Isaac Raees yang kini berusia lima bulan menyemarakkan lagi sambutan Syawal kali ini.

Menerusi ruangan instagramnya, Aiman berkongsi beberapa keping gambar raya bersama isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Malah aksi si kecil ini yang cukup comel menyebabkan ramai yang geram.Lebih-lebih lagi aksinya memasukkan tangan ke dalam mulutnya ketika gambar dirakam membuatkan ramai yang cair.

Memilih rona beige untuk raya kali ini, pasangan ini tampil sedondon. Paling mencuri tumpuan pastinya si kecil Isaac yang mengenakan baju melayu lengkap dengan samping.

Aiman menerusi kapsyennya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfiti buat semua. Akui Aiman, biarpun sambutan raya kali ini hanya diraikan di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), namun sambutan tetap meriah apabila disambut dengan ahli keluarga yang lain.

Perkongsian Aiman itu mendapat respond daripada ramai terutama dengan gelagat dan wajah comel Isaac bersama ahli keluarganya.

i.syafiera hensemnya isaac😍😍
am_alin kalau terselit baby kat sofa ..boleh tak perasan tuu..sama kaler😍😍😍.. Salam Lebaran baby isaac

nitaoctober Ala comey nya sikat tepi isaac❤️😂

jannah_schatzy05 So cute baby isa😍
danellahnick Cuties 😍 slmat hari raya Aiman & family !
iamfauzieyah18 Hensem @isaacraees pakai baju melayu😍😍
Macam Gegirl muka dia
dygrafidah_wasli Alolo. Mcm gegirl muka dia
sharifah.amirajuliana Selamat Hari Raya Aidil Fitri Zahirah dan Aiman..Alhamdulillah tahun ni beraya bertiga..Love you Isaacraees..Cute baby..😍😍😘
ruzilawati1973Selamat Hari Raya….😍Comeynya pakai baju Melayu🥰🥰
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club