Hebatnya Empat Fasa Mendidik Anak Gaya Rasulullah SAW. Ibu Ayah Take Note!

Share

Hebatnya empat fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW.

Nak tahu caranya ikuti perkongsian ustazah ini.

Moga menjadi manfaat untuk kita mendidik anak-anak.

Mudah tapi sarat dengan ilmu

1. Fasa kasih sayang.

Umur anak 0 hingga 6 tahun merupakan fasa yang penuh dengan kasih sayang, bunga-bunga cinta, semuanya nampak manis, menggunakan panggilan yang membentuk peribadi.

Ibu ayah juga boleh mendorong mereka untuk menjadi lebih beradab dengan menggunakan bahasa yang sopan, banyak mengungkapkan kata yang baik dan menyejukkan hati serta mengajarkan mereka sifat ihsan.

Dilarang menengking, merotan atau memarahi anak diusia ini kerana ia seperti ukiran pada batu. Lekuknya sukar hilang, jiwa luka dibawa sehingga dewasa yang akhirnya menjadikan mereka seorang yang kasar dan penuh emosi negatif.

2. Fasa disiplin dan tanggungjawab

Umur anak-anak 7 hingga 14 tahun. Peringkat umur begini anak-anak sudah bersedia menerima peraturan dalam hidup mereka. Jiwa yang dipenuhi dengan kasih sayang akan senang dibentuk dan lebih mendengar arahan.

Rasulullah SAW menyuruh ibu ayah;

Perintahkan anak dirikan solat,

asingkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan.

Ibu ayah boleh melakukan penegasan jika anak-anak tidak memenuhi tuntutan dengan memukul sebagai pengajaran. Perlu diingat, pukulan itu tidak bermaksud menyakitkan tapi sebagai proses mendidik dan mengingatkan.

Cantik sangat Rasulullah SAW menyusun proses pendidikan dalam kehidupan manusia. Jelas, perkara yang paling ditekankan ialah adab, agar adab ini berkembang melitupi setiap tindakan. Tinggi perasaan hormatnya pada orang lain.

3. Fasa berkawan

Umur anak-anak 15 hingga 21 tahun. Ramai ibu ayah yang mengakui bahawa fasa ini merupakan paling mencabar kerana anak-anak kuat memberontak dan cuba mempertahankan kemahuannya.

Anak-anak yang mampu meluahkan segala masalah dan bebanan jiwa mereka pada ibu ayah akan dapat mengawal emosi dengan baik.

Anggap anak-anak seperti kawan. Berkongsi kesukaan, kesedihan, kepenatan menuntut ilmu, ketakutan ketika menghadapi ujian dan sama-sama mendorong saat patah hati.

4. Fasa kepercayaan dan kebebasan

Ketika berumur 21 tahun anak sudah mampu membuat keputusan sendiri. Ibu ayah serahkan sepenuhnya kepada Allah, tidak perlu risau atau rasa was-was terhadap setiap tindak tanduk mereka.

Demi Allah dengan didikan yang betul dari awal akan membuatkan anak-anak membesar sebagai individu yang seimbang dan bijaksana.

Biarlah mereka lebarkan sayap dan terbang tinggi dengan hidayah dan petunjuk Allah .

Sumber: Aminah Mat Yusoff