Mendidik anak bukan mudah, baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Kedua-duanya perlukan kaedah Islam yang efektif, mak ayah kena lah tahu teknik psikologi.
Cara didikan ini penting untuk membantu anak-anak menjalani kehidupan dengan baik apabila dewasa.
Nak tahu cara panduan ini, ikuti 15 tip cara didik anak mengikut acuan Islamik.
1.ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS
Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.
2.ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil. Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
3.AJAR ANAK SOLAT
Dalam mendidik anak mengikut cara Islam, solat adalah kunci utama.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )
“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.
4.NAMA PANGGILAN YANG BAIK
Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.
Ads
5.PELUK ANAK SETIAP HARI
Dalam mendidik anak cara Islam, kasih sayang dari ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak sangat bermakna buatnya. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
6.PANDANGAN KASIH SAYANG
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
7.BERIKAN PUJIAN PADA ANAK
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
8.AKUI KESILAPAN ANAK
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9.UTAMAKAN KELUARGA BERBANDING PERKARA LAIN
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi, hargailah masa bersama semasa proses anak-anak membesar.
Ads
10.ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Dalam mendidik anak cara islam, kesabaran yang tinggi amat penting. Elakkan mengeluh. Ucapkan Astagfirullah.
11.DENGAR BILA ANAK BERCAKAP
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, jadilah pendengar yang baik.
12.TENANGKAN ANAK
Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
13.TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI
Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
Ads
14.BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK.
Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.
15.TERIMA ANAK SEADANYA
Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.
Sering kali gula menjadi satu-satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan adik aktif dan sukar dikawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan impak kepada kelakuan anak. Antaranya ialah:
1. Produk tenusu
Minum susu memberikan khasiat yang berguna kepada si manja untuk Namun bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka kana menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
2. Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak-kanak terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang.
3. Pewarna tiruan
Tidak ramai yang tahu perwarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactivity dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Hati-hati akan kehadiran pewarna tiruan ini selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti atau tairu.
4. Bahan perasa
Bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactivity kepada kanak-kanak.
5. Bahan pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak nak kelihatan cantik. Ramai wanita sanggup makan pelbagai produk atau ke pusat kecantikkan untuk kekal anggun.
Namun cantik juga bukan hanya pada wajah semata, tetapi juga kepada tubuh badan. Bahagian yang sering menjadi igauan pada wanita adalah bahagian perut.
Selain mencuna senaman dan menjagarutin pemakanan, apa kata cuba petua secara alami.
Ikuti perkongsian wanita ini. Katanya nak nampak kesan, perlu makan secara konsisten.
Pengalaman sendiri
Saya kongsikan balik petua ni. Petua ni lah yang saya ikut lepas beranak anak kedua,memang menjadi. Sebab time tu pantang anak kedua ni dulu saya tak pantang betul-betul sampai la masuk keje ada seorang membre cakap ‘asal perut k.anna nmpk macam pregnant lg? hahaha..Maksud dbuncit la. Masa tu memang rasa segan pun ada,tapi kita ambik positif dengan teguran tu.
Carilah petua dalam fb,jumpa yang ini. Cubalah, tak sampai seminggu boleh kempiskan perut dgn petua ni,yang tu paling penting bagi wanita yang lpas bsalin akan ambik berat bhagian perut dahulu. Betul tak? Baru lah kita jaga bahagian lain. Lelaki perempuan, kahwin atau belum boleh cuba. Blender pun boleh, saya blender je.
Petua kempiskan perut dan buang angin dalam badan.
3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Cara-cara:
Toskan halba yang direndam tadi. Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Cara makan 2 biji pagi & 2 biji malam selepas makan
Khasiat :Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar.
Pantang larang:Ibu mengandung tidak sesuai, Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis) dulu.
Pesanan: Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Bukan mudah menguruskan anak tanpa isteri. Lebih-lebih anak-anak yang sedang membesar yang punya pelbagai karenah. Bagi Encik Khairul Abdullah yang kehilangan isteri tahun lepas, mengakui cabarannya memang ada bergelar bapa tunggal.
Melalui perkongsiannya di laman facebooknya baru-baru ini, Khairul Abdullah telah berkongsi cerita cabaran yang dihadapi apabila hanya seorang sahaja yang menguruskan anak-anak. Namun harus dilalui dengan tabah dan sabar demi anak-anak.
Saya tak pernah menyangka yang saya boleh tahan dalam menguruskan 3 orang anak kecil ini.
Dulu setiap kali arwah isteri out-station atau kerja overtime saya akan rasa stress gila dan asyik menunggu sahaja bila lah dia nak balik.
Bukan saya tak boleh buat atau uruskan.
Saya boleh buat semuanya, dari urusan pakaian ke makan minum dan sebagainya. Yang saya tak tahan adalah melayan kerenah budak-budak yang sedang membesar.
Saya mudah marah.
Yang si abang terjun sofa, yang si adik panjat meja, yang si baby sepahkan segala. Tadi baby panjat meja makan dan tuang bubur semangkuk habis ke lantai. Saya sedang di sinki baru basuh tangan nak suapkan dia makan.
Lantai habis melekit dengan segala sisa, sofa habis penuh dengan cap tangan, cap hidung dan cap kaki masing-masing. Habis diconteng segenap ceruk dinding, sofa, meja, tv, malahan di dalam kereta pun penuh contengan.
Stress, nak marah, nak tampar pun ada. Biasanya meninggikan suara namun tak jalan juga. Lalu beristighfar dan menahan sabar sahaja.
Kalau dulu bila dengar sahaja kereta isteri dah sampai, maka nafas panjang boleh dihela. Nampak sahaja dia buka pintu, anak-anak mula menerpa, maka terlepaslah segala beban di bahu.
Padahal dia pun penat juga, bekerja, tetapi tetap akan ambil-alih dari saya.
Demi anak
Kini, penat macamanapun, stress macam mana sekalipun saya tidak boleh menunggu pintu dibuka dan ada orang akan muncul membantu. Tiada lagi bunyi kereta, pintu dibuka, derap kaki atau kelibat dia.
Tiada.
Kadang-kadang hanya terlintas, ehh bila lah nak balik dia ni, lama dah out-station. Letih sangat dah rasanya. Tetapi tersentak dan tersedar kembali yang dia tak akan balik lagi.
Tak akan balik selamanya.
Jadi, kerahlah semua tenaga dan semangat yang ada, walau sakit kepala, walau selsema melanda, walaupun penat dan jerih tak terkata.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.