Merancang untuk keluarga bercuti itu biasa kita dengar, namun lain kisahnya dengan keluarga besar Ummu Naufal ini bila mana bab makanan juga turut diberi tumpuan khusus.
Bagi ibu kepada enam orang anak ini, untuk pastikan keluarganya tetap dapat menikmati hidangan yang dimasak dari air tangannya sendiri itu satu kepuasan buatnya, walau di mana mereka bercuti sekali pun.
Bahkan bukan itu sahaja, perancangan rapi juga dibuat untuk pastikan sekembalinya daripada bercuti, anak tetap dapat menikmati masakan yang dimasak olehnya.
Nak tahu bagaimana yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsian menarik daripadanya.
Tempoh percutian sememangnya mengasyikkan. Namun persiapan bukan sekadar menyiapkan wang, pakaian, penginapan dan pengangkutan semata-mata. Pengurusan makanan keluarga sama pentingnya. Maka, sangat penting untuk kita, para ibu terutamanya, mengatur strategi “out of the box” agar ia memudah dan melancarkan percutian dari awal hingga bila pulang dari bercuti.
Hampir setiap tahun kami sekeluarga akan pergi bercuti di luar Saudi. Bercuti bersama 6 orang anak, yang sulung kelainan upaya, banyak cabaran di sebalik keseronokkan. Maka, sebagaimana pentingnya kami merancang awal percutian, begitulah juga kami perlu merancang awal selepas kembali dari percutian. InshaAllah.
Kisah-kisah kembara kami ke beberapa buah negara ada dikongsikan di dalam buku travelog ‘Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya’. Namun, urusan perancangan makanan tidak dimasukkan dalam travelog. Lalu, saya kongsikan di sini InshaAllah.
Ramai telah meminta panduan ini. Maaf kerana kelewatan. Semoga perkongsian sedikit ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk percutian keluarga puan di masa hadapan. InshaAllah.
✈ Tips: Panduan Pengurusan Makanan Dalam Percutian Keluarga Besar Kami ✈
Stok Bekalan Makanan Untuk Dibawa
1. Jika percutian lebih dari seminggu, kami akan mencari apartment yang berdapur. Masak sendiri untuk keluarga besar jauh lebih menjimatkan. InshaAllah.
Ads
2. Mental Menu Planning (Merancang Menu secara Mental) …agar mudah merancang bahan bekalan yang mahu dibawa dari rumah.
3. Kami akan sentiasa pastikan setiap beg yang boleh dibawa kurang dari yang ditetapkan.
1 beg akan dikhaskan untuk stok bekalan kering sahaja. (Beg ini akan kosong bila stok bekalan telah digunakan nanti…bolehlah isi pula dengan barang belian dari percutian pula )
4. Yang dibawa biasanya; ?rempah: kurma, sup, kari ?beras untuk anggaran sahaja (sehari sekali masak untuk keluarga) ?peket budu….sebagai penaik selera ganti sambal belacan. Nanti beli sahaja bawang dan cili, patahkan dan makan dengan nasi panas dan lauk utama. ?sambal bilis kering…boleh dimakan dengan nasi atau roti ketika dalam perjalanan / “on the go”. ?snek yang ada di rumah, dibawakan sahaja untuk kudapan dalam perjalanan. ?rice cooker @ 1 periuk sederhana dan 1 senduk (jika apartment tidak menyediakan perkakas atau kami ke negara bukan Islam)
5. Isikan bekalan stok makanan dalam ziplock bags agar tidak memberatkan beg. Bawa extra ziplock bags bersama…banyak kegunaannya nanti inshaAllah. Boleh didapati di IKEA, di sana ada pelbagai saiz.
6. Kadang kala saya bawa span kecil (dipotong dua) dan sabun basuh sedikit (pastikan ia diletakkan dalam bekas yang tidak meleleh keluar) supaya jika dapur apartment tidak menyediakan, kami tidak perlu membelinya ketika percutian. Ringan sahaja span dan sedikit pencuci pinggan. Span boleh dibuang sebelum pulang dari percutian. Menjimatkan perbelanjaan tanpa perlu beli span dan sabun basuh pinggan yang agak besar untuk dipakai cuma seminggu dua sahaja. InshaAllah.
Ads
7. Jika ada buah-buahan yang masih belum dimakan, masukkan dalam ziplock bag dan bekukan. Supaya tidak membazir. Bila pulang nanti boleh dibuat smoothies. InshaAllah.
Stok Makanan Beku Selepas Pulang dari Percutian
1. Biasanya selepas pulang dari percutian, badan mula rasa penat, ada yang kurang sihat, barangan dari beg-beg perlu dikemaskan, pakaian kotor perlu dibasuh, lapar dan sebagainya. Maka, persiapan makanan beku untuk kegunaan selepas pulang dari percutian sangat penting pada saya.
2. Jadi, seminggu atau 2 sebelum percutian, saya akan memasak lauk harian lebih kuantitinya dari biasa. Separuh akan diketepikan lebih awal untuk dibekukan. Ini akan menjadi stok makanan beku selepas pulang dari percutian. Tinggal masak nasi sahaja. Jadi, bolehlah fokus pada urusan mengemas dan juga berehat, disamping masih dapat menjamu keluarga dengan ‘homemade food’ yang mengikut selera kita.
3. Boleh juga menyediakan ‘casserole dishes’ seperti chicken and mushroom casserole. Jika ia dibekukan, saya akan tuliskan ‘arahan memanaskan’ di atas aluminium foil yang digunakan untuk menutupinya. Ini supaya, suami mahupun anak-anak remaja boleh bantu menyediakannya bila mahu memakannya.
Ads
4. Jika tarikh pulang beberapa hari sahaja sebelum anak-anak mula persekolahan, saya akan bekukan bekalan bento mereka seperti; ? waffles ? karipap ? mini chicken mushroom casserole ? pre cooked bolognese sauce ? garlic baguettes ? mini chicken pie ? banana muffins ? apple strudels ? mini lasagna
Juga disedia dan disiapkan seminggu dua sebelum pergi bercuti.
5. Bekalan bento yang dibekukan dipastikan yang memerlukan pengendalian minimum bila mahu digunakan. Biasanya yang perlu dipanaskan di dalam oven sahaja atau di atas dapur pada pagi hari persekolahan.
6. Setiap makanan yang dibekukan ditandakan nama makanan (dan bagus juga diletakkan tarikh ia disediakan terutama jika bercuti lama). Ini supaya memudahkan mengambil makanan mengikut tarikh yang lebih awal ia disediakan.
7. Pastikan pengendalian makanan untuk dibekukan dilakukan dengan baik agar makanan yang dibekukan tidak rosak.
InshaAllah ini sekadar panduan sahaja. Lain keluarga lain keperluan dan keadaannya. Ubahsuai mengikut selera dan keadaan keluarga kita inshaAllah.
Ucapkanlah MasyaAllah Tabarakallah. Semua kebaikan, ilham dan kekuatan adalah dariNya semata-mata. Semoga bermanfaat buat semua.
Orang Malaysia ni, pantang ada cuti lebih sikit, pasti akan bawa keluarga pergi jalan-jalan atau bercuti! Ada orang dah plan dari awal nak ke mana, ada sesetengah orang lebih suka planning last minute untuk ke satu destinasi tu.
Lebih-lebih lagi sekarang ni kuasa semua di hujung jari, tinggal buat carian di internet sahaja, segala apa yang kita nak semua ada. Lebih-lebih lagi, di Agoda!
Selalunya, untuk buat carian ni, kita akan buka banyak pautan untuk memilih yang terbaik untuk keluarga kita. Betul tak? Jangan tipu tau sebab min pun macam tu sebelum ni! End up, kita jadi rambang mata nak memilih sampai hari nak bercuti apa pun tak pilih.
Jadi, nak senangkan kerja anda semua untuk memilih, akses sahaja laman web Agoda, bukan hanya penginapan, nak tempah tiket penerbangan atau aktiviti, semua boleh!
3 Hari 2 Malam Menginap Di Bayou Residences, Johor Bahru
Macam min sendiri, minggu lepas berkesempatan bercuti dengan keluarga pergi ke Johor Bahru. Kalau nak tahu, Johor Bahru ni berada di tempat ke-2 kawasan yang paling top meletop di Malaysia tau di Agoda! Mana tidaknya, macam-macam aktiviti yang anda boleh buat kat sana! Yang suka food hunting? Dari makanan ikut bajet sampai terlebih bajet pun ada!
Untuk percutian kami, setelah buat pilihan di Agoda, kami memilih untuk tinggal di Bayou Residences, sebuah rumah yang cantik dan sangat selesa kalau nak datang dengan keluarga! Selalunya, kalau nak bercuti mesti akan tempah banyak bilik hotel untuk muatkan ahli keluarga yang ramai kan? Tapi, dengan Agoda Home, tempah 1 rumah je, semua boleh tinggal sekali! Anak-anak rasa selesa, mak ayah pun senyum gembira sebab lebih jimat kos untuk penginapan!
Cara nak buat tempahan, pertama sekali masuk ke laman web Agoda, bila dah klik pada pautan, anda boleh memilih rumah atau hotel mengikut keperluan anda sendiri dari segi tarikh dan bilangan ahli keluarga yang akan ikut nanti!
Bila nak bercuti, paling penting semestinya tempat untuk tidur atau berehat. Betul tak? Jadi, rumah ini sememangnya menjadi pilihan buat yang datang bersama keluarga kerana terdapat 3 bilik tidur yang selesa dan dilengkapi dengan perabot yang bersesuaian mengikut bilik tertentu.
Bila dah berkumpul ramai-ramai pergi bercuti, takkan nak berkurung di bilik sahaja kan? Dengan memilih rumah yang berkonsepkan eco living ini sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang ramai kerana terdapat ruang tamu yang luas dan dilengkapi dengan smart tv.
Bukan tu je, yang gemar untuk duduk lepak coffee-coffee tu, jangan risau di sebelah ruang tamu terdapat balkoni yang dilengkapi dengan kerusi, meja dan kipas. Malah di setiap ruang yang ada dilengkapi dengan pendingin hawa. Jadi, tiada isu lah anda kepanasan dalam rumah ini!
Ada sesetengah mak-mak ni, walaupun bercuti masih lagi nak masuk ke dapur. Haaa rumah ni memang pilihan yang bijak untuk anda inap kerana bukan sahaja dilengkapi dengan dapur kering dan basah, malah ada oven juga tau!
Selain itu, ada juga terdapat fasiliti lain di kawasan rumah ini seperti kolam renang, taman permainan dan juga gim. Malah, paling mendapat pujian dari kami sistem keselamatan di sana sangat terjaga dengan sekuriti yang ketat. Jadi, boleh tidur lena sepanjang malam tanpa perlu memikirkan perkara yang tidak diingini berlaku!
Seharian Di Legoland Jadi Pilihan
Bila dah tempah tempat penginapan, tak perlu susah-susah fikir apa yang ada di kawasan yang anda duduk tu, boleh terus ke bahagian aktiviti di website Agoda untuk lihat dan buat tempahan tiket ke kawasan menarik sekitar itu. Macam kami, bila dah bercuti kat Johor ni tak sah lah kalau memilih untuk pergi ke Legoland!
Kaki ‘Food Hunter’, Johor Pilihan Terbaik Untuk Makan-Makan!
Selain dari aktiviti, sekitar Johor Bahru ni memang tak dinafikan banyak makanan menarik untuk anda pilih. Dari ke makanan melayu hingga western, semua ada! Perut kami sentiasa penuh bila berada di sana. Tak percaya? Ini antara kedai makan yang kami sempat singgah bila berada di sana. Jangan terliur pula ye!
Makan Malam di Nasi Lemak Wak KentutBreakfast di Kacang Pool HajiBoleh Hi Tea atau makan tengahari di Ume FloralSup Tulang ZZPlanet Shellout
Itulah sahaja percutian kami di Johor. Bagi yang masih lagi berkira-kira ke mana destinasi bercuti dengan keluarga, boleh ikut destinasi pilihan kami ini, memang terbaik! Paling penting, ke mana sahaja anda pergi, jangan lupa buat carian hanya di Agoda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai ke mak ayah guna alasan “Urusan Keluarga” bila anak tak datang sekolah? Kenyataan urusan keluarga ini semakin popular memenuhi grup Whatapps sekolah anak-anak.
Adakah alasan ini sesuai? Menurut perkongsian Sinar Harian, alasan ini yang sering dijadikan alasan untuk memontengkan anak lebih awal untuk bercuti atau balik kampung bukanlah satu perkembangan yang sihat.
Menurut Penulis Keibubapaan, Pn Maryam Jamadi alasan ini biarlah bertempat. Mungkin bagi sesetengah keadaan ia sesuai digunakan daripada memberitahu masalah sebenar yang lebih rumit. Namun pastinya ia menyenangkan guru-guru.
Ikuti perkongsian beliau.
1. Sebenarnya bila tulis urusan keluarga, kita tak mahu memanjangkan sebab itu. Contohnya,
Mak ayah tak sihat
Adik tak sihat
Ada emergency keluarga
Kereta rosak
Mak ayah ada urusan luar
Lagi-lagi kalau mak/ayah tunggal, jaga anak seorang diri. Lagi banyak urusan keluarga yang kalau boleh tak mahu diceritakan kepada semua.
2. Pendapat saya tak ada masalah pun selagi punca anak tak pergi sekolah disebabkan mak ayah yang malas hantar atau memang niat tak mahu sekolahkan anak. Tapi masing-masing punya pendapatlah kan.
3. Lagi satu mungkin zaman sekarang lebih ramai mak ayah yang jadi “overprotective”, kurang percaya pada orang lain untuk hantar ambil anak ataupun minta orang jagakan anak.
Dengan banyak kes sexual harrassment, kes culik, kes van tinggal anak tepi jalan untuk lintas jalan. Isu-isu ini yang buat mak ayah jadi overprotective.
4. Selagi mampu hantar dan ambil anak sendiri, kita cuba. Ikut pemerhatian saya, perkhidmatan bas atau van sekolah banyak yang kurang aspek keselamatan.
– Tak ada dashcam atau camera dalam kenderaan
– Tak ada seatbelt
– Tinggal sahaja anak tepi jalan untuk lintas
– Sumbat ramai-ramai
Isu ini yang buat parents kurang trust. Ramai mak ayah yang memang tak dapat urus pergi balik anak, tawakal sahaja. Sebab dah tak ada pilihan.
5. Tapi saya suka sistem sekolah sekarang, ada online boleh check kedatangan anak.
Meninjau diruangan komen, ramai yang meninggalkan komen bahawa istilah
‘Urusan Keluarga’ itu sebenarnya tidak wujud dalam system ‘apdm’, jadi ia menyukarkan guru-guru untuk merekodkan kedatangan murid.
So mak ayah semua, lepas ni be specific reason untuk memudahkan cikgu isi tau. Kalau masalah tak mahu orang lain tahu, boleh pm je cikgu. Kita sama-sama mudahkan para cikgu ❤️
Malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut. Peribahasa ini boleh dijadikan tauladan dalam hidup, memandangkan bukan semua perkara kita tahu dan jika ragu-ragu lebih baik bertanyakan pada yang pakar agar setiap keputusan dan tindakan yang kita ingin buat adalah yang tidak merugikan diri sendiri.
Apatah lagi dalam memantau tahap kesihatan jika disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di rumah. Boleh jadi ada yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa hingga mengakibatkan adanya kes-kes BID atau kematian dibawa ke hospital akibat tidak dapat diberi bantuan awal atau sebagainya.
Kemaskini Simptom
Tidak mahu kejadian seperti ini berlaku, Dr Hana Hadzrami menyarankan kepada yang positif Covid dan sedang menjalani kuarantin di rumah, sila kemaskini simptom anda setiap hari melalui MySejahtera.
Ujarnya,” Jika anda isi ruangan ‘Heath Assessment’ dan didapati ada tanda-tanda amaran; pasti anda akan dapat mesej begini:
RM0 KKM: Anda adalah COVID-19 BERGEJALA BERTANDA AMARAN. Sila ke CAC terdekat untuk rawatan lanjut
Ataupun jika anda telefon hotline dan ada tanda amaran; pasti ada suara komputer menyuruh anda ke CAC, KK atau hospital terdekat.
“Maka pergilah segera. Tak semua kes ambulans mampu dan sempat ambil.
Kalau warga asing pun mampu datang ke kecemasan walau tanpa kenderaan sendiri, anda lagilah boleh. Hanya yang sihat disuruh kuarantin di rumah. Warga emas dan mereka yang berpenyakit kronik semua kuarantin di PKRC.
Wad kecemasan dan PKRC sentiasa akan menerima pesakit yang ada warning signs.
Tapi jika anda berdiam diri dalam rumah, siapa nak tahu? Bagaimana kami nak bantu?
Tahukah anda sebaik ada tanda amaran; anda sebenarnya dah kategori 3 dan sedang bertukar menjadi kategori 4.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.