“Hebat Hari Ke 8 Dah Pakai Kasut Tumit Tinggi.” Wawa Zainal Dalam Pantang Dah Mula Kerja, Cepatnya Kurus!

Share

WawaUsahawan yang juga pelakon, Wawa Zainal  dilihat berkunjung ke pejabatnya bagi tujuan pemeriksaan produk keluaran terbaru iaitu minyak wangi keluaran syarikatnya.

Seolah-olah sudah menjadi perkara biasa buat wanita ini, usai melahirkan anak sudah mula kembali bekerja.

Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal yang baru genap seminggu menjalani tempoh berpantang selepas bersalin anak keempat dilihat kembali berkerja dan hadir ke pejabat perniagaan miliknya.

“Day 8 pantang & singgah oficce kejap check stock #wawaparfum mendarat di HQ.

“Alhamdulillah sambutan luar biasa yela customer @wawacosmeticshq da lama sgt ternanti nanti perfume saiz besar ni kan sumpah wangi,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan Wawa sebagai seorang wanita yang hebat kerana tampak aktif serta cergas meski dirinya masih dalam tempoh berpantang.

nursyamielia waduh waduh, 8 hari pantang saya masih kain batik lg sis 🥺
monaqu99 Wow..Hari ke8 pantang perut dh hilang.Dahsyat..Ank 4 pn maintain sis❤️❤️
imurni9204 Disini rancak, disana rancak berdosa!! Hebat hari ke 8 da pakai high heel

Tak kurang juga yang memberi nasihat buat anak kelahiran Negeri DiBawah Bayu itu.

sabaz.sabariah Bagusnya habiskan pantang sbb rahim lum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umor anti. Sekadar nasehat syg. Jgn kecam mama yea
sumaziana_ali 8 Hari Berpantang? Walaupun belum lagi alami Namun ilmu Makmak dulu larang sangat aktif lagi, semua siblings saya ikut peraturan🙌 #sharingiscaring
shima__samsudin Masa ni tak rasa lg .. 😢 tgu tua

Sumber: w4w4_zainal