WawaUsahawan yang juga pelakon, Wawa Zainal dilihat berkunjung ke pejabatnya bagi tujuan pemeriksaan produk keluaran terbaru iaitu minyak wangi keluaran syarikatnya.
Seolah-olah sudah menjadi perkara biasa buat wanita ini, usai melahirkan anak sudah mula kembali bekerja.
Pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal yang baru genap seminggu menjalani tempoh berpantang selepas bersalin anak keempat dilihat kembali berkerja dan hadir ke pejabat perniagaan miliknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan Wawa sebagai seorang wanita yang hebat kerana tampak aktif serta cergas meski dirinya masih dalam tempoh berpantang.
Ads
nursyamielia waduh waduh, 8 hari pantang saya masih kain batik lg sis 🥺
imurni9204Disini rancak, disana rancak berdosa!! Hebat hari ke 8 da pakai high heel
Tak kurang juga yang memberi nasihat buat anak kelahiran Negeri DiBawah Bayu itu.
sabaz.sabariah Bagusnya habiskan pantang sbb rahim lum pulih sepenuhnya. Kesannya bila dah meningkat umor anti. Sekadar nasehat syg. Jgn kecam mama yea
sumaziana_ali 8 Hari Berpantang? Walaupun belum lagi alami Namun ilmu Makmak dulu larang sangat aktif lagi, semua siblings saya ikut peraturan🙌 #sharingiscaring
Gara-gara membuat kesilapan sewaktu mendarat ketika pergerakan akrobatik sewaktu menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show (THSS) pada minggu lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui kawasan jahitan pembedahannya mengalami kesakitan.
Semuanya kerana kesilapannya sewaktu mendarat hingga memberikan kesan pada bahagian perutnya yang kini masih dalam proses pemulihan selepas bersalin secara pembedahan (czer) pada Disember lalu.
Hal itu dikongsikan Ayda menerusi satu hantarannya di media sosial miliknya semalam.
Pun begitu tambah Ayda dia tidak berputus asa sebaliknya mencuba dan berlatih lagi sehingga membuat aksi lompatan itu sempurna.
“Percubaan pertama mendarat ke depan. Berdenyut tempat czer. Satu malam tak buat dah.
“Esok cuba lagi. Terbang berpusing dan mendarat ke belakang. Alhamdulillah. Berlatih sampai sempurna,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan malah menasihati penyanyi kesayangan ramai itu untuk tidak terlalu extreme dalam membuat persembahan demi menjaga kesihatan dirinya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Disember lalu.
Mereka juga menasihati Ayda untuk beristirehat dan melakukan pemeriksaan pada bahagian perut lebih-lebih lagi penyanyi berusia 32 tahun itu belum pulih sepenuhnya.
Sepanjang menjayakan persembahan di The Hardest Singing Show yang bersiaran di Astro itu, Ayda dilihat sentiasa mempamerkan persembahan cemerlang dan terbaik setiap minggu.
“Sakit itu pasti.” Kapsyen ringkas di Instastory penyanyi, pelakon, pengacara dan pengacara televisyen Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan setelah kembali stabil setelah rebah ketika ditemubual secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 tengah hari petang semalam (29/2/ 2022).
Untuk makluman, dalam siaran langsung berkenaan, Cik Lan dilihat sedang ditemu bual oleh dua pengacara iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana, namun secara tiba-tiba mula batuk dan kemudian jatuh ke lantai.
Siaran ketika itu terpaksa dihentikan dan diganti dengan iklan bagi memberi ruang para krew produksi serta doktorl panel tv3 memberikan bantuan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Sg Buloh oleh ambulans.
Beliau kini masih dirawat dan di bawah pemantauan doktor.
Tentunya ramai antara kita memang suka makan mi segera, dari usia kanak-kanak hingga dewasa sekali pun merasakan betapa enaknya makan mi segera. Apatah lagi murah harganya dan mudah pula untuk disediakan. Jadi bila-bila masa boleh sahaja menikmati mi segera untuk mengalas perut yang lapar.
Pun begitu, tahukah anda bahaya mi segera kalau dimakan selalu dek kerana mi segera tersebut mengandungi garam yang tinggi. Diharapkan selepas membaca artikel ini, kita sebagai ibu dapat mengawal pengambilan mi segera oleh anak-anak kita demi menjaga kesihatan mereka juga. Jom semak laporan yang dimaksudkan itu.
Lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi, manakala bakinya pula mengandungi kandungan garam sederhana.
Itu hasil kajian bertajuk ‘Kandungan garam mi segera di Malaysia: Satu kajian keratan lintang’, membabitkan 707 produk mi segera pelbagai perisa, yang dijual di enam pasar raya dan rantaian peruncit, serta di laman sesawang produk berkenaan.
Kajian yang dilakukan oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London itu mendapati tiada satu pun mi segera di pasaran Malaysia, boleh dikategorikan sebagai makanan rendah gram, sangat rendah garam atau bebas garam.
Kajian yang diterbitkan pada Mei lalu itu juga mendapati kira-kira 40 peratus atau lebih 250 produk mi segera yang dikaji, tidak mempamerkan kandungan garam atau nutrisi pada produk masing-masing.
“Purata kandungan garam dalam mi segera di Malaysia adalah sekitar 4.5 gram (g) per 100g, iaitu empat kali lebih tinggi daripada tahap makanan yang dikategorikan sebagai tinggi kandungan garam iaitu kurang 1.2g per 100g, seperti digariskan kerajaan.
“Memakan sebungkus mi segera hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang 5g sehari.
“Lebih teruk, kandungan garam pada 10 peratus mi segera, melebihi saranan WHO itu, dengan mi segera yang memiliki kandungan tertinggi adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada saranan WHO, iaitu 8.5g dalam satu sajian.
“Disebabkan kandungan garam tinggi serta populariti mi segera berdasarkan jualan tinggi setiap hari, pengurangan kandungan garam dalam mi segera akan memberi impak ketara dalam mengurangkan pengambilan garam harian oleh rakyat Malaysia,” kata kajian itu yang boleh diakses menerusi portal BMJ Open.
Ahad lalu, pelatih pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi laporan kajian itu menerusi Twitter peribadinya.
Dr Nur Amalina yang turut memetik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menggesa kerajaan bertindak segera mengatasi isu pengambilan garam tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Malaysia Salt Action menyarankan pengurangan pengambilan garam kurang 6g sehari bagi rakyat Malaysia dewasa. Kadar garam tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.
“Saya sendiri sudah tidak memakan mi segera sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya.
Jangan jadikan menu harian, amal diet sihat
Kandungan garam yang tinggi dalam mi segera tidak menghalang sebilangan besar rakyat Malaysia daripada terus menikmati makanan segera itu.
Biarpun tahu kesan buruk pengambilan garam berlebihan, mereka terus memakan produk berasaskan tepung gandum itu kerana ia mudah disediakan dan murah berbanding hidangan lain.
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa, berkata umum tahu mengenai kandungan garam yang tinggi di dalam mi segera, tetapi hampir mustahil untuk berhenti daripada memakannya.
Katanya, sifat mi segera yang murah, sedap dan mudah disediakan menjadi tarikan utama masyarakat untuk menjadikannya sebagai menu harian, khususnya pelajar.
“Pelbagai kempen dan nasihat sudah diberikan kepada umum, tetapi ia tidak memberi kesan.
“Walaupun setakat ini belum ada kes kronik berhubung individu yang mengamalkannya, tetapi pengambilan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit buah pinggang.
“Galakan untuk makan mi segera ini lebih hebat dengan lantikan selebriti sebagai duta serta pengenalan pelbagai perisa baharu yang kelihatan menarik, selain cabaran untuk memakannya.
“Saya nasihatkan umum untuk kurangkan pengambilan mi segera itu kerana itu adalah sebaik-baiknya. Jika sukar, maka pelbagaikan ramuan nutrisi didalamnya seperti udang atau sayur,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Navin Kumar Devaraj, yang terbabit dalam kajian kandungan garam dalam mi segera di Malaysia itu, berharap orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat.
“Kajian ini hanya dijalankan sekali sahaja dan pada akhirnya kami mahu masyarakat mengamalkan diet yang sihat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, berikutan kandungan garam yangtinggi, mi segera tidak seharusnya dijadikan hidangan setiap hari.
“Mi segera masih boleh diambil, tetapi jangan jadikan ia satu-satunya hidangan anda dalam sehari. Amalkan diet sihat,” katanya.