Bila disebut-sebut ada sekolah yang disenarai pendek menjadi antara sekolah terbaik dunia, tentu sahaja kita semua berasa bangga dan teruja. Apatah lagi buat warga sekolah tersebut, ianya suatu pencapaian yang cukup besar dan bermakna.
Bahkan sebagai ibu ayah juga tidak dinafikan turut terasa tempiasnya, maklumlah anak-anak belajar di sekolah tersebut. Pasti sahaja tumpang gembira di atas kejayaan mencipta rekod bertaraf dunia.
Lantaran itu, ucapan tahniah harus diberikan kepada dua Sekolah Amanah Malaysia yang ternyata cukup luar biasa pencapaiannya. Dua sekolah ini telah disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD250,000 (RM1.1 juta).
Memetik laporan Bernama, sekolah yang dimaksudkan itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori Inovasi.
Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor bagi kategori Menangani Cabaran.
Tiga lagi kategori adalah Cabaran Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar dan Menyokong Kehidupan Sihat.
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia itu dilancarkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini.
Ads
Beri Inspirasi
Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bertujuan meraikan sekolah yang memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi masa depan dan memberi sumbangan besar terhadap kemajuan masyarakat terutama semasa pandemik Covid-19.
Para pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week dan setiap pemenang akan menerima AS$50,000.
Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, para finalis contoh terbaik sekolah yang mantap dengan kisah kejayaan yang memberi inspirasi.
“Kami amat berbangga kerana dua buah Sekolah Amanah Malaysia antara yang tersenarai membuktikan bahawa sekolah awam mampu menjadi antara yang terbaik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ads
Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota pula berkata, sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh.
“Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.
“Kini para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya.
Sumber : Bernama
Ads
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Umum mengetahui figura seni bernama Fasha Sandha kini diuli bahagia apabila bakal bergelar ibu tidak lagi lagi. Baru habis pengambaran drama dua takdir cinta 65 episod untuk astro, jelas isteri kesayangan Mohd Aidil Abdul Aziz ini, biarpun ada beberapa tawaran tetapi dia memilih untuk rehat sebentar.
Sementalah itu adalah permintaan dari suami supaua dia berehat dan tak terlalu aktif. Jadi sekarang saya lebih banyak berehat dan tidak bekerja sehingga selamat melahirkan kelak.
“Sekarang kandungan saya memasuki trimester kedua. Saya kurang mahu bercakap tentang kehamilan kali ini kerana sebelum ini pernah beberapa kali keguguran, jadi tidak mahu terlalu seronok, saya mengambil langkah untuk lebih tenang dan berhati-hati sehingga saya selamat melahirkan.
“Tambahan pula,alahan kali ini amat teruk mungkin kerana usia semakin banyak tapi tak mengapa, saya tak mengeluh malah saya bersyukur,” ujar Fasha yang memberitahu suami dan anak-anak adalah orang yang paling gembira apabila mengetahui dirinya hamil.
Anak adalah harta yang diamanahkan oleh Allah jadi jagalah amanah itu sebaiknya, Itu antara ketegasan yang diungkapkan oleh Fasha. Malah, dia juga tak kisah walaupun suaminya, Aidil mahukan 3 anak bersama, lebih-lebih lagi anak lelaki.
“Kalau ikutkan plan memang suami nak lagi tiga manakala saya tak kisah. Selepas melahirkan nanti, saya memilih pantang secara tradisional.
“Tapi penjagaan, cara moden je.Tu pun sebab mama paksa cara tradisional tu,” seloroh Fasha sambil memberitahu akan fokus kepada anak dahulu, mungkin lepas berhenti menyusukan anak baru aktif sekiranya suami mengizinkan.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Tentu ramai yang suka makan kulit ayam. Rasanya yang sangat sedap serta rangup membuatkan ia menjadi kudapan yang digemari ramai.
Biarpun tahu bahawa ia merupakan kudapan yang tidak sihat dengan kandungan lemak yang terdapat pada kulit ayam, namun sekali sekali tentu teringin ingin mencuba.
Baru-baru ini jenama sebuah makanan terkenal pun memperkenalkan kulit ayan sebagai salah satu promosi menu hidanganya.
Bagaimana menarik untuk dicuba dengan perkongsian lelaki ini yang menunjukan satu resipi mengoreng ‘kulit ayam’ tapi uniknya ia bukan mengunakan kulit ayam tetapi mengunakan telur yang disaluti dengan adunan tepung serba guna.
Hasilnya memang rangup, krup krap,. Nak cuba ikuti resipi ini.
Nak makan kulit ayam goreng rasa mcm takut gemuk. . Ni abam sediakan resepi kulit ayam goreng Tapi tak pakai kulit ayam!
“Sukar Dibayangkan Bila Pasangan Menemui Allah Dulu, Yang Tinggal Pasti Kesunyian.”
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
Bila pasangan kita naik suara, berang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.